Wednesday, June 30, 2010

Award Tag


Sebelum ni honeyz tertanya-tanya gaklah apalah bendanya Award dan Tag di dunia blogging ni. Bila jenguk blog org nampak org tu kena tag, org ni kena tag. Skang ni fahamlah sikit2.. walau pun tak banyak..

Semalam Kak honeyz dapat award ini dari sorang adik (wadud) yang sedang belajar di Acheh. Kak honeyz kenal pun sebab dia rajin komen dekat blog kak honeyz. Hampir semua post dia komen. Tu yang kira baik tu.. cheewah

So bila dah dapat award ni nak kena jawab soklan lah pulak.. Macam dapat soklan sebab terima anugerah.. hi.hi.. Oklah skang kak honeyz nak jawab..

1. apa nama blog dan knp letak nama itu?

Nama blog kak honeyz " Teratak Honeyz". kak honeyz letak nama ni sebab Teratak tu maksudnya rumah atau pondok. Dan honeyz tu adalah gabungan dari nama hani dan initaial ayah kak honeyz. so teratak ni kira umah persinggahan kak honeyz di alam maya.

2. apa nama URL blog dan dari mana datangnya idea itu?

url blog http://teratakhoneyz.blogspot.com/ . Idea untuk membina blog ini dah lama ada... tapi x berkesempatan sbb xde masa. Jadi disebabkan kak honeyz punya waktu yang terluang di opis daripada duk melangut di opis so kak honeyz binalah blog ni.


3. apa method dlm penulisan anda?

Di blog ini kak honeyz suka berkongsi info-info yang berguna dengan blogger2 yang lain. Sambil2 tu kak honeyz promote gak lar brg2 yang honeyz jual...

4. pernah terasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?

x pernah lak.


5. pernah ahli keluarga anda baca blog anda?

pernah. Kakak dan abg2 kak honeyz


6. apa perasaan anda bila org kata blog anda buruk sdgkan org lain kata blog anda cantik?

Pandangan manusia berbeza-beza so perasaan akak biasa aje. Komen adalah di terima untuk penambah baikan.


7. bila blog anda diberanakkan?

Baru je lagi dalam minggu ke 4 dalam bulan April 2010.


8. siapa org pertama yg tahu anda ada blog?

kawan kak honeyz. X yah lah letak nama...akak panggil ita jek


9. apa perasaan anda bila ada org berkata ttg blog anda d sekolah?

Kak honeyz dah lama tinggalkan sekolah.. so x tau lah nak cakap pe...

10. sepuluh org sterusnya bakal di tag. ( Jgn marah ye sapa2 yang dah kena tag )

1.)peanut
2.)Mommy Pinky
3.)Pu3 Love Storylife
4.)Yanfie Cottage
5.)kak ngah
6.)anymz
7.)ultraman88
8.)CT Fad
9.)princess diary
10.)Salmia

So sesapa yang dah kena tag sila ambil award ye...

Tuesday, June 29, 2010

Breakfast and Lunch Today


Semalam anak2 honeyz sume bising cakap nape honeyz malas dah buat bekal sekolah utk depa lately. Honeyz cakap la.. bukannya malas.. tapi byk sangat benda nak kena buat... bayangkanlah kalau every morning nak kena siap bekalan depa 3 beradik dengan lain2 menu yang digemari pastu nak masakkan lunch tuk depa kemudian baru gi kerja. Mesti kelam-kabut nak kejar masa... kalau buat 1 jenis breakfast dan x banyak bunyi dari mulut depa xpe... senang kerja ..ni tidak ... yg ni suka, yang tu pula x suka. So senang kira honeyz bagi duit belanja biar depa beli sendiri ... Tapi katanya x sedaplah pulak...Kadang2 tu sanggup berlapar kat sekolah sebab makanan x sedap...Kadangkala honeyz cakap kat derang balik "dah bawa bekal ni duit belanja x yahlah" ... tapi depa mau jugak sebab nak simpan katanya... kadang2 depa nak beli sesuatu barang yg mereka suka duit tulah yang dipakainya....so lepas discussion... alamak macam nak buat kerja office lak.... depa suh honeyz masak nasik goreng aje. Memula tu cakap nak nasik goreng kosong jek... Oklah bg honeyz... tapi adalak tambahan menunya ... bersama daging goreng... Ni yang malas... nak dengar tu... so selepas berkompromi maka menu tuk hari ini adalah Nasi putih, Daging Goreng, Sayur campur serta kurma daging bercampur telur.. Senang kerja... So Abg E dan Angah bawa bekal nasi ke sekolah dan behoon goreng untuk si bongsu (bihun beli aje sbb dia sorang jek yg nak makan.

(honeyz terkenang masa zaman kanak2 dulu, mana berani nak minta itu dan ini dari mak. Apa yang ada makan aje, x banyak bunyi...)

Monday, June 28, 2010

Novel Untuk Dijual - kemilau Mutiara Raudhah

Kemilau Mutiara Raudhah (RM 19)
Penulis: Saidatul Saffaa
Harga Asal : RM 22
Jumlah Ms : 616
Cetakan: 2009
Biar setinggi mana langit digapai, sedalam mana bumi digali, takkankau temui cinta hakiki, kerana cinta itu letaknya di hati seorang abdi. Kerana pasir, terbentuknya mutiara. Kerana tanah, lahirnya manusia.

Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan. Kembara hati dalam jiwa hamba. Kembara daripada hina kepada mulia. Ini kisah kembarahidup. Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembaramereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.

Kata Raudhah, dia punya sejarah jahiliah tersendiri. Katanya pula,Raudhah ibarat bidadari yang turun dari langit untuk menyebarkan keindahannya. Lalu kata mereka, langit kawannya bumi laut pasangannya pantai siang temannya malam petang sahabatnya pagi isteri pula pendampingnya suami.

Bukankah kita diciptakan berbeza untuk saling melengkapi, lantas nikmat Tuhan yang mana lagi mahu didustakan?.

Sebuah kisah cinta indah titipan daripada-Nya, tersusun tertib dalam Kemilau Mutiara Raudhah hasil kreatif seorang pelajar perubatan SAIDATUL SAFFAA.

Novel Untuk Dijual - Gerhana Hati Lara

Gerhana hati Lara (RM 15)
Penulis: Hani Sofea
Harga Asal : RM 18
Jumlah Ms : 439
Cetakan: 2008

Gerhana Hati Lara atau singkatannya GHL memaparkan kisah konflik yang biasa berlaku dalam masyarakat kita hari ini yang merangkumi konflik keluarga, persahabatan dan percintaan. Kesan daripada konflik ini telah menyebabkan watak utama yang bernama Fatini terasa dirinya sentiasa hidup dalam gerhana yang tiada penghujungnya. Ditambah pula 'permergian' insan-insan yang amat disayanginya membuatkan hati makin lara. Meskipun Fatini pernah mengecapi kebahagiaan namun ia hanya sementara. Dia dihina dan disakiti sejak usianya kecil lagi. Untuk mengetahui selanjutnya, sila dapatkan GHL hari ini juga untuk mengetahui bagaimana Fatini mengharungi hidupnya yang penuh pancaroba.

Untuk Dijual - Novel Bertakhta di Hati

Bertakhta Di Hati (RM 17)
Penulis: Marwati Wahab
Harga Asal : RM 19.90
Jumlah Ms : 631
Cetakan: 2008

Najmi Syahadat... merenung wajah itu buat kali kedua, terasa seperti menoreh luka di hati sendiri. Bertahun-tahun masa berlalu, dia masih menanti penjelasan yang tak pernah kunjung tiba. Tapi lain yang diharap, lain pulak takdir yang datang. Lelaki itu hanya mampu mengungkapkan kata maaf untuk hidangan jiwanya yang parah.

Dan... dia sudah puas menangis suatu masa dahulu.. ditinggalkan orang tersayang rasanya sakit sekali. tapi ditinggalkan tanpa penjelasan, rasanya lebih sakit lagi. Pun, siapa dia mahu mempersoalkan semua itu? Sedangkan lelaki yg punya jawapan itu sudah membawa pergi senda tawa impian yang tidak sempat untuk ditunaikan.

"Merayulah, Najmi... menangislah selagi masih berupaya menangis. Hakikatnya hati sudah begitu jerih untuk mengembalikan janji itu. Aku tak akan pernah berpaling."

Itu tekad Khairunasrya, tekad seorang yang pernah membilang tangga demi tangga walaupun ketika melangkah, hatinya sudah lama mati.

Friday, June 25, 2010

Petua Hari ini 25/06/10


Mengurangkan Berat Badan
Ambil 1 1/2 sudu teh jus limau kasturi dan campurkan sedikit dengan madu lebah asli. Minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari, InsyaAllah berat badan anda akan turun sedikit demi sedikit.

Menghilangkan sakit kepala.
Ambil beberapa helai daun sireh kemudian diramas atau di tumbuk sehingga mengeluarkan air. Kemudian tampalkan daun sireh tersebut pada dahi.

Mencerahkan kulit wajah.
Air soya memang sedap diminum. Sekiranya anda selalu membuat air soya sendiri hampas soya jgn dibuang kerana ianya boleh mencerahkan wajah. Caranya ialah dengan menggosok hampas tersebut ke muka anda 3 kali seminggu. InsyaAllah muka anda akan cerah dan gebu..

**** Selamat Mencuba ****

Monday, June 21, 2010

Khasiat Buah Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Delima dalam bahasa arab dikenali sebagai rummam dan dalam bahasa botani dikenali sebagai punica granatum adalah tanaman buah-buahan yang dapat tumbuh hingga 5-8 m. Tanaman perdu berbatang kayu ini mempunyai batang berduri, daunnya lonjong, kecil dan bertepi rata. Kulit buah delima biasanya berwarna hijau kekuningan. Bentuk buahnya seperti epal dengan kelopak bermahkota. Di dalamnya mempunyai beratus-ratus biji.

Delima berasal dari Iran, namun telah lama dikembangbiakkan di daerah Mediteranian. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon.

Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.

Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Khasiat Buah Delima
  1. Buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.
  2. Buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman".
  3. Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan sertamenyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan hababersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam.
  4. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.
  5. Disamping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan.
  6. Pokok delima juga digunakan dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu .
  7. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik.
  8. Kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%.
  9. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.
Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

(Artikel dipetik dari Institut Kemahiran Islam Malaysia)

Thursday, June 17, 2010

Parcel untuk Novel yang Diorder

Terlebih dahulu honeyz ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada Silverstar dari Terengganu dan Ida dari Kundang kerana sudi memborong novel2 2nd hand honeyz. Harap anda semua berpuas hati dengan novel -novel tersebut. Sila kunjungi Teratak Honeyz lagi di lain masa.
Urusan pembungkusan Novel untuk Silverstar

Novel yang telah sedia untuk di pos

Lain-lain novel akan di upload minggu depan

Tuesday, June 15, 2010

Bagaimana Mengajar Anak Makan Sayur-Sayuran


Sayur-sayuran merupakan nama yang diberi kepada pokok-pokok atau bahagian-bahagian pokok yang dimakan oleh manusia. Kandungan nutrisi untuk setiap sayuran adalah berbeza-beza diantara satu sama lain dan ianya amat baik untuk tubuh badan kita.

Tetapi disebalik kebaikan nutrisinya, kita seringkali mendengar ada kanak-kanak yang tidak mahu menjamah sayur-sayuran dan kadangkala geli melihat sayur yang berwarna di dalam pinggan mereka. Keadan anti sayuran ini bukan sahaja berlaku di kalangan kanak-kanak bahkan orang dewasa juga mengalaminya.
Sebagai seorang ibu, pasti anda merasa sedikit kecewa sekiranya sayuran yang disajikan tidak terusik atau anda melihat anak anda sibuk mengasingkan sayuran dari sajian yang telah anda buat.
Berikut adalah sebahagian tip-tip untuk mengajar anak anda menerima sayur-sayuran dalam hidup mereka.
  1. Masukkan sayur yang agak disukai kedalam sajian kegemaran
  2. Masak sup sayur, campurkan bahan-bahan yang digemari seperti chicken ball.
  3. Buat salad buah tetapi masukkan hirisan sayur yang berwarna warni supaya ia bukan saja menarik tetapi lebih berkhasiat
  4. Hidangkan sayur sebagai ulam dan pastikan ianya dilengkapi sambal belacan, budu dan sebagainya mengikut kesukaan.
  5. Elakkan memasak sayur terlalu lama sehingga menjadi lembik dan nampak hodoh. Biasanya selera kita akan terbuka sekiranya sayuran yang dimasak nampak segar dan mepunyai warna yang menarik.
  6. Jika anda membuat pizza sendiri, taburkan hirisan kecil sayur-sayuran di atasnya. Antara sayur yg boleh digunakan ialah brokoli, batang saderi, lada benggala, bayam, tomato, lobak merah dan jagung
  7. Buat jus sayur. Sekiranya rasanya tak boleh di terima, campurkan dengan buah-buahan untuk mempelbagaikan rasanya,
  8. Pelbagaikan kaedah memasak sayur. Jgn terhad kepada sup dan tumis sahaja. Kadang kala kita boleh campurkan sayur bersama ikan yang hendak di kukus, di goreng bersama salutan tepung dan di cicah bersama sos. Cth sayur peria dan terung
  9. Masukkan juga sayuran dalam jemput-jemput ikan bilis atau cucur udang. Antara sayur yg boleh di masukkan bersama ialah, carot, tauge, daun kucai daun bawang. Pilih sayur yang tidak mepunyai rasa atau bau kerana ianya boleh mematahkan selera mereka untuk memakannya
  10. Gril atau bakar. Barbeku daging atau ayam dan cucukkan sayur berselang seli dengan daging-daging tersebut.
  11. Jangan beri mereka hadiah sekiranya mereka berjaya makan atau menghabiskan sayuran yang di buat. Ini adalah kerana tabiat memberi hadiah boleh mengancam minat makan sayuran dan menyebabkan suasana makan bukan lagi waktu yang menyeronokkan.
  12. Sensitif dan peka dengan sayur atau kaedah yang digemari oleh keluarga anda.
  13. Ajak anak untuk turut serta dalam menyediakan makanan. Sambil itu kita menerangkan kebaikan yang boleh didapati dari sayur tersebut.

Monday, June 14, 2010

Kuih Bakar atau Bingka


Malam tadi buat kuih bakar ni lagi untuk breakfast esok. Last week dah buat masa kakak honeyz datang ngan family dia tapi x puas makan sebab dapat rasa sorang sikit jek. Abih dah ramai ye dak... so sesiapa yang nak resepi kuih bakar ni lehlah ambil kat sini.. resepi ni pun honeyz follow dari resepi kak hanieliza... Terima kasih kak hanieliza untuk resepi kuih bakar ni... memang sedap... anak2 honeyz pun suka...

Acuan Kuih Bakar



honeyz guna acuan ni


Boleh juga guna yang ni kalau xde yang acuan di atas

Resepi Kuih Bakar
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
2 cawan santan dari 1 biji kelapa
3 cawan air daun pandan (10 helai daun pandan)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau jika mahu (honeyz x pakai)
sedikit bijan yang digoreng tanpa minyak (honeyz x pakai)

Cara membuatnya
  1. Satukan tepung, gula, garam, santan dan air pandan dalam bekas. Kacau hingga sebati. Masukkan telur dan kacau lagi sampai sebati. Kemudian tapiskan. Kalau malas bolehlah diblenderkan aje bahan kemudian tapiskan.
  2. Lengserkan acuan kuih bakar atau loyang dengan sedikit minyak.
  3. Masukkan adunan yang telah ditapis kedalam acuan dan bakarkan di atas api yang kecil.
  4. Sekiranya anda menggunakan loyang, sila bakarkan dengan menggunakan oven dengan suhu 180'C selama 1 jam dengan api atas bawah.
  5. Bagi penggemar bijan, bolehlah ditaburkan bijan yang telah digoreng tanpa minyak keatas kuih bakar tadi selepas 30 minit ianya dibakar.


Friday, June 11, 2010

Birthday surprise for Hubby



Semalam honeyz cuti sebab ingatkan nak masak untuk tahlil yang selalu hubby pergi every thursday night. Kiranya nak buat sedekahlah. Alih2 hubby kata jgn buat pape semalam sebab dorang dah order catering pasal buat kat tempat lain. dan crowd pun ramai dari kebiasaannya...

So, disebabkan honeyz dah apply cuti dan kebetulan semalam hubby nye birthday. yang ke-42 .. so honeyz plan ngan anak2 honeyz tuk buat birthday surprise untuk ayah dia...

So pepagi semalam keluar rumah pergi carik barang keperluan dapur dan kek.. dapatlah kek yang kecik dari King's Confectionery... perisa coklat cofee.. jadilah....tuk 5 of us... bukan nak buat besar-besar pun... saje jek...
Tapi dalam kelam-kabut semalam tu ini lah makanan yang dapat dibuat....

Dalam pada tu pun, honeyz geram ngan anak2 honeyz... ye ye oo jek kata nak tolong honeyz siapkan makanan... alih2 si abang bantai tidor selepas penat temankan honeyz beli barang2 dapur.... x bleh di harap langsung.... Yang si Angah dan si bongsu lak x abih2 dok memanggil kita yang tengah sibuk di dapur... jadinya adalah slack sikit dalam masakan honeyz semalam... walaupun sedap (alamak angkat bakul sendirik pula). Mee goreng mamak yang terlebih pedas... Kuih keria yang x kering gulanya... Ni sebab nak kejar masa hubby dah nak sampai rumah dari opis..

Tapi hati senang sebab hubby suka ngan surprise yang kami buat...dan makanan pun licin....

Wednesday, June 9, 2010

Pokok Lidah Buaya (Aloe vera)

Pokok Lidah Buaya atau Aloe Vera merupakan satu spesis tumbuhan dari famili Asphodelaceae yang berasal dari Afrika Utara. Pokok ini tergolong dalam tumbuhan berbunga, pokok saka dan tumbuhan herba, juga tergolong dalam famili yang sama dengan bawang merah dan bawang putih. Merupakan sejenis tanaman yang mudah tumbuh sama ada di dalam pasu ataupun di kawasan tanah lapang.

Pokok Lidah Buaya tidak mempunyai atau hanya mempunyai batang pokok yang amat pendek, dan tumbuh sehingga 80-100 sentimeter tingginya. Daunnya berwarna hijau muda dan berbentuk runcing serta berduri tajam. Daunnya berlendir dan sangat tinggi kegunaannya:-

Antaranya khasiat yang didapati dari lendir Lidah Buaya:
- mempercepatkan proses penggantian sel,
- merawat masalah kegatalan kulit seperti ekzema

- merawat kulit terbakar

- menghilangkan parut kudis dan jerawat

- meredakan bisul


Kini, Lendir Lidah Buaya telah dikomersialkan untuk dijadikan jus supaya mudah digunakan. Antara kebaikan jus lidah buaya ini adalah
- mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah jantung
- membaik pulih luka didalam badan
- mengurangkan sembelit
- mengurangkan sakit sendi

- menyenangkan proses penyingkiran toksik dari dalam badan
- serta mengurangkan pelbagai masalah kesihatan.


Walau bagaimanapun, wanita hamil adalah ditegah mengambilnya kerana dikhuatiri boleh mengganggu kesihatan kandungan.

Thursday, June 3, 2010

Lagi Novel-Novel 2nd Hand

Seperti yang dijanjikan, Honeyz letakkan lagi novel-novel terpakai ini untuk jualan seterusnya. Semua gambar buku adalah terus dari koleksi honeyz sendiri. Kepada sesiapa yang berminat nak beli novel-novel ini, bolehlah sms honeyz di 016-315 2524 atau emailkan ke honeyz_73@yahoo.com.my. Setiap novel yang dah dijual akan ditagkan dengan sold out untuk mengelakkan kekeliruan. Harga-harga yang tertera adalah termasuk harga pos.

**** Hadiah Misteri Menanti Anda ***
****Untuk Setiap Buku yang dijual disini ****
**** Stok Adalah Terhad****


SOLD TO SILVER
Siapakah Di Hatiku (RM 16)
Penulis: Adila Tasha
Harga Asal : RM 18
Jumlah Ms : 450
Cetakan: September 2009

Sinopsis Siapakah Di Hatiku

Kata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala cemburu itu membuat diri menjadi tak tentu hala.
Perhubungan kasih yang cuba di hulurkan Tuan Megat membuat Miera dalam dilema. Hatinya masih menunggu kehadiran Haikal iaitu cinta pertamanya. Kehilangan Haikal bertahun lamanya tanpa khabar berita membuat Miera tertanya-tanya. Apa salahnya? Dalam masa yang sama sikap Tuan Megat yang sentiasa memburu cintanya meletakkan dia di persimpangan. Seperti janji Tuhan, setiap makhluknya tidak sempurna semuanya. Begitu juga dengan Tuan Megat. Dalam keperibadian yang terjaga masih ada kecacatannya. Demi keluarga, Miera menerima Tuan Megat dengan bersyarat dan cuba memberi ruang untuk mengenali lelaki itu.

Tetapi tidak semuanya indah belaka. Panas yang diharapkan gerimis gugur juga. Kehadiran teman lamanya Jay Jay yang lebih bersikap tomboy dan kemunculan Haikal mencabar keegoaan Tuan Megat.

Siapakah yang dapat mengetuk pintu hati Miera hanya beliau sahaja yang tahu. Adakah Haikal kembali merebut takhta dan Tuan Megat menjeruk rasa? Dapatkah Tuan Megat memenuhi syarat yang ditetapkan dan bagaimana pula perhubungan Miera dengan teman karibnya. Perlukah Miera berkorban lagi untuk senyuman orang lain dan gerimis masih meniti bibir hatinya.




Gelora Jiwa (SOLD OUT)
Penulis: Aisya Sofea
Harga Asal : RM 17
Jumlah Ms : 404
Cetakan: 2005

Sinopsis Gelora Jiwa
Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang?Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara.

Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan, setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata!

Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.
Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu realiti. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Jadi, bagaimana?

Dia tekad dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepenuh hati. Tapi siapakah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat?

SOLD TO SILVER
Setulus Janji (RM 13)
Penulis: Aina Emir
Harga Asal : RM 18
Jumlah Ms : 448
Cetakan: 2005

Sinopsis Setulus Janji
Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Akid Ajmal. Malangnya, lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrina memujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun-tahun dia merawat hatinya sendiri.


Rindu Semalam (RM 9)
Penulis: Puteri Andalas
Harga Asal : RM 15
Jumlah Ms : 410
Cetakan: 2002

Sinopsis Rindu Semalam
Cinta yang tidak dilafazkan ibarat pohon rendang yang tak berbuah. Begitulah derita yang membekam di hati Maizura. Dia menanti Wan Baharin melafazkan cintanya. Namun, lelaki itu kian jauh tanpa sebarang janji untuk sehidup semati.Sejak itu hanya rindu saja yang memujuk hatinya agar terus menanti. Tiga lelaki datang silih berganti untuk menagih kasihnya. Namun, bayangan Wan Bharin menghantui kenangannya. Dan dia sendiri masih terus mengharap,sedangkan harga sebuah penantian sentiasa dibayar dengan air mata...

SOLD TO SILVER
Kau Yang Satu (RM 9)
Penulis: Nia Azalea
Harga Asal : RM 14
Jumlah Ms : 416
Cetakan: 2003

Sinopsis Kau Yang Satu
Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cjina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan
SOLD TO SILVER
Jalinan Kasih (RM 6)
Penulis: Puteri Andalas
Harga Asal : RM 12
Jumlah Ms : 292
Cetakan: 2001
Sinopsis Jalinan Kasih

Cinta tidak mengenal bangsa. Mengimbau kembali lorong berduri yang pernah disusuri, Rosalina rela meninggalkan agama asal demi kasihnya pada Hadi. Agung sungguh perasaan yang bernama cinta; meskipun terpaksa buang emak, buang saudara, namun perkahwinan penuh kerikil ini tetap diteruskan.

Tiada siapa mengimpikan perpisahan. Trauma kehilangan Hadi di saat Rosalina berjuangmelahirkan Aliff diterimanya sebagai ketentuan takdir yang ingin menguji keimanannya. Pun, hidup perlu diteruskan. Berdiri atas kasih sejati seorang Islam, Rosalina akur dengan tanggungjawab untuk mempertahankan akidahnya.

Kehadiran semula Rodney, pemuda Kanada yang pernah singgah di hati bagaikan mencabar ketakwaannya. Saat diri berada dalam kekeliruan, ketulusan Dr. Hilmi yang ingin mengisi ruang bahagia bersamanya menambah resah di dada. Tidak sanggup dibelenggu kenangan lalu, hatinya terbuka menerima pengganti. Apatah lagi
menatap bening mata Aliff yang rindukan belaian seorang ayah, membuatkan Rosalina terpaksa memilih antara dua.

Jalinan Kasih, keunikan sejarah cinta dua insan di dalam lingkaran kehidupan sosial masa kini. Sesungguhnya, cinta bersifat universal. Abadinya kasih suci; tidak membatasi konflik keluarga, keturunan, budaya malah antara dua benua sekalipun. Hanya kekuatan dan keyakinan diri dapat mengatasi segala rintangan yang melanda.

Wednesday, June 2, 2010

Jom Bakar Kalori.............

Sekiranya dulu badan kita slim tapi kini saiz badan naik 2 kali ganda. Alasannya xde masa untuk melakukan senaman dan banyak masa diperlukan untuk keluarga. Hari ini kak honeyz nak berikan sedikit tip untuk bakarkan lemak yang berlebihan.. Jom kita beriadah bersama keluarga sambil membakar kalori...



1. Lakukan Aerobik dalam air (Jumlah Kalori yang dibakar :200 kalori /30 minit)
Sekiranya anda sukakan air dan mempunyai kolam renang sekitar kediaman anda... so jangan lepaskan peluang ini. X kira tua atau muda masih boleh melakukannya. Lakukan senaman didalam air mengikut keupayaan anda. Tip: semakin dalam air maka semakin berat gerakan anda dan senaman anda semakin payah dilakukan. Sekiranya anda masih baru dalam aktiviti ini, mulakan dengan kedalaman air yang tidak melebihi paras dada.



2. Mengharungi Jeram (Jumlah Kalori yang dibakar :190 kalori /30 minit)
Mungkin x ramai yang menggemari aktiviti ini. Tetapi kepada sesiapa yang gemarkan aktiviti lasak seperti Jungle tracking, mungkin boleh mencuba aktiviti ini. Tip: Jangan mengayuh dengan jarak yang terlalu dekat dengan air. Kayuhlah dengan tangan dekat pada tubuh. Cara inidapat mengurangkan rasa penat.



3. Berenang di laut/Sungai (Jumlah Kalori yang dibakar :200 - 300 kalori /30 minit)
Berenang dan menyelam di laut atau di sungai sememangnya menyenangkan berbanding di kolam renang. Anda juga tidak perlu mematuhi peraturan gaya renang. Namun perlu diingatkan risiko yang perlu dihadapi. Anda perlu tahu keadaan cuaca seperti arus sungai, gelombang ombak, suhu dan pasang surut air. Untuk keselamatan, berenanglah secara berkumpulan.



4. Yoga di tepi pantai (Jumlah Kalori yang dibakar :100 - 200 kalori /30 minit)
sesuai untuk sesiapa yang inginkan latihan high impact dan ingin melepaskan stress sambilmenghayati panorama pantai yang indah. Jangan lupa memakai sunblok.



5. Pilates di taman (Jumlah Kalori yang dibakar :150 kalori /30 minit)
Amat sesuai untuk sesiapa yang sukakan latihan low-impact sambil menghirup udara segar bersama keluarga. latihan ini juga dapat memperbaiki postur tubuh atau mendapatkan perut yang rata. Sila dapatkan teknik yang betul sebelum melakukan aktiviti ini dengan menonton video atau dari buku serta internet. Sekiranya gerakan yang dilakukan tidak betul maka sia-sia ajalah usaha anda.



6. Joging (Jumlah Kalori yang dibakar :300 kalori /30 minit)
Baik untuk anda yang suka berlumba sendiri, dan boleh dilakukan pada bila2 masa yang terluang. Cuba berlari dengan menggunakan seluruh bahagian kaki anda iaitu dengan mendarat menggunakan tumit sepenuhnya hingga jari kaki dinaikkan untuk langkah kaki seterusnya.



7. Badminton (Jumlah Kalori yang dibakar :275 kalori /30 minit)
Boleh dilakukan di sekitar rumah anda...



8. Boling (Jumlah Kalori yang dibakar :150 kalori /30 minit)

Kepada sesiapa yang gemar bersosial atau menghabiskan masa dengan rakan2 di hujung minggu, boling merupakan salah satu riadah yang bagus untuk anda..

(Sumber dari Majalah MIDI dan credit to google for the image..)

Tuesday, June 1, 2010

Shrek Forever After



Last Saturday, honeyz dan family gi Tropicana City Mall, Damansara. Tengok Movie Shrek Forever After.. Honeyz dan anak2 duduk seat yang paling atas sekali... sebelah honeyz ada Minah Saleh duduk ngan anak dia sekali... rasa umurnya lebih kurang 2 tahun lebih kut... dari mula movie ni start dah ada gangguan dari that boy.... asyik merengek aje... dahlah tu merengek punyalah kuat....asyik2 tanyak mak dia " It's not scary mummy?" dan mak dia asyik cakap "It is not?... Asyik ulang ayat tu nak dekat setengah jam... last last budak tu nangis masa tengok Rumpelstiltskin... takut punya hal kot...alih2.... mak dia terpaksa bawa dia kuar..... baru lah aman sikit nak tengok ... Kepada sesiapa yang belum tengok movie ni... pergilah tengok.... berbaloi.... dan ada pengajaran dari movie tersebut.... Anak2 honeyz pun enjoy..... Honeyz bagi rate 4/5 untuk cerita ni...
Anak kak honeyz dengan banner Shrek

ni sinopsis ceritanya...

Menerusi filem keempat ini Shrek menikmati kehidupan bahagia di samping Fiona dan tiga cahaya mata. Tidak lagi menakutkan penduduk kampung, Shrek melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan baik.

Paparan ‘manis’ itu bagaimanapun bertukar rentak apabila Shrek mula dihantui perasaan bosan melakukan perkara sama setiap hari. Pengarah membawa penonton menyelami rasa rindu Shrek terhadap kehidupan lamanya sebelum bertemu Fiona. Jiwanya memberontak mahu menjadi makhluk yang bebas berbuat apa saja hingga digeruni manusia.

Rumpelstiltskin cuba mempedayakan shrek

Naratif semakin menarik apabila Shrek terpedaya dengan kata-kata Rumpelstiltskin supaya melakukan perjanjian yang membolehkannya kembali merasai kehidupan lama tanpa mengetahui teman barunya itu mempunyai agenda tersembunyi.

Shrek ketika menandatangani perjanjian

Selepas menandatangani perjanjian, impian Shrek menjadi kenyataan. Dia diburu manusia namun kegembiraan itu sementara saja kerana banyak kejutan menanti, termasuk takhta mentuanya menjadi milik Rumpelstiltskin dan paling menyedihkan, Fiona tidak mengenalinya.

Shrek menyedari kesilapannya lalu nekad membetulkan kembali keadaan demi menyelamatkan keluarga dan rakan.

Tidak dinafikan tiga filem terdahulu sungguh menghiburkan yang sarat dengan elemen komedi, namun berbeza kali ini apabila lebih dramatik dengan adanya suntikan ‘mood’ sedih, kecewa dan penyesalan.

Puss yang berubah bentuk badan setelah dimanja oleh Fiona

Shrek bagaikan hilang arah apabila Fiona dan dua teman baiknya iaitu Donkey serta Puss tidak mengenalinya. Lebih mengecewakan apabila tiada lagi cinta sejati dan dia harus berusaha keras untuk membuktikan Fiona adalah isterinya.

Pengembaraan Shrek kali ini diserikan dengan kumpulan pemberontak gergasi hijau yang diketuai Fiona dan ramai ahli sihir yang menjadi suruhan Rumpelstiltskin. Puss tampil berbeza dengan tubuhnya yang gempal kerana terlalu dimanjakan oleh Fiona.


Princess Fiona yang bertukar menjadi pahlawan

Sebelum ini Fiona puteri yang lemah lembut tetapi dalam edisi keempat ini dia pahlawan yang berani dan disegani pengikutnya. Aksinya yang lasak menggeletek hati, apatah lagi dia lebih ‘ganas’ daripada Shrek.
Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews