Friday, July 30, 2010

Makna Doa Semasa Duduk Diantara Dua Sujud

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

Thursday, July 29, 2010

Coklat untuk Aqiqah

Ni tempahan coklat untuk minggu ni, majlis aqiqah yang berasingan.
50 pcs doorgift xde bunga

100 pcs doorgift dgn bunga reben

Juga 9 box 50 pcs dan 3 box 20 pcs

Tuesday, July 27, 2010

Pil Suplemen


Korang ada ambil pil suplemen tiap-tiap hari tak? Sebab apa korang ambil pil tersebut? Honeyz juga ada ambil suplemen tambahan setiap hari setelah di nasihatkan oleh doktor. Suplemen yang honeyz ambil adalah Evening Primrose Oil brand Naturalle, Vitamin E brand Natopherol serta Vitamin C 500mg brand Appeton. Jom honeyz kongsikan kebaikan pil-pil tersebut:

Vitamin C

Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat. Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine. Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" . Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

Vitamin E

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Evening Primrose Oil (EPO)

Evening Primrose Oil (EPO) berkualiti untuk kesihatan dan kecantikan. Sejenis bunga liar berwarna kuning, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. EPO yang diperah daripada biji, kaya dengan Asid Gamma – Linolenik (GLA), sejenis asid lemak diperlukan kulit.

Antara khasiat minyak EPO:

  • Membantu mengawal atur kitaran haid.
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
  • Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.


Monday, July 26, 2010

Tempahan Coklat dari Nurul & Alang

gambar x berapa clear pakai camera hp

Ni lah coklat- coklat dorgift yang ditempah oleh alang untuk bday anak dia yg ke 12 tahun...50 box with 2 pcs coklat sumenya... To Alang, thank you very much for your support and Happy birthday to farhana semoga success dalam peperiksaan UPSR tahun ni... belajar rajin-rajin tau.....

Yang ni pulak dari regular customer... almost every day ada tempahan... Gambar ni pun diambil masa dalam keta on d way to deliver this tempahan...Semuanya 9 box of 50pcs, 5 box of 20 pcs, 2 pack of 10 pcs dan 10 box of door gift.. Ni kira tempahan paling banyak dalam sehari.. sampai x cukup tido di buatnya... To Nurul thank you very much for your support...

Kawan Lama

Setelah 20 tahun tak berjumpa maka semalam honeyz berjumpa kembali dengan kawan sekolah yang telah lama putus hubungan. Disebabkan masing2 dah berkeluarga dan berkerjaya, kami memang xpernah berjumpa walaupun jarak tempat tinggal kami tidak jauh cuma berlainan daerah dalam negeri yang sama. Tu lah kan kata orang, kalau ada rezeki x kemana. Macam perjumpaan singkat ni ha... kalau kita plan nak jumpa tapi Allah x perkenankan x jumpa gak kan...


p/s : Aritu jumpa syahda ingat nak snap photo gak.. tapi tu lah... bila jumpa lupa segalanya... Jumpa pun kejap gak macam jumpa alang... tapi frust sebab x dapat amik gambar...

Tuesday, July 20, 2010

Coklat dengan wording

Ni coklat yang di tempah oleh kawan honeyz untuk di berikan kepada bos dia. Dia nak guna bekas sendiri. Bekas dari brand Tupperware untuk di berikan sebagai hadiah selain dari coklat. so ni lah hasilnya....

Monday, July 19, 2010

Coklat Door Gift for Birthday


Ni order dari Pak Abu di Kampung Pandan untuk birthday anak dia. Kesemuanya 30 box yang bercampur-campur warna dan coklatnya. Honeyz harap mereka berpuas hati dengan coklat ini. Honeyz juga ingin mengucapkan Happy Birthday, semoga panjang umur dan murah rezeki.

Thursday, July 15, 2010

Foot Detox Patch

Harga : RM 18 sepeket (ada 10 sachet)
Caj Pos : RM 5
Sesiapa berminat nak cuba email ke honeyz_73@yahoo.com.my



Ni pulak Foot Detox patch yang dibeli oleh kawan kak honeyz. Awal bulan hari tu dia beli dua. Ni dia order 3 pula.... terima kasih honeyz ucapkan kepada beliau... support member nye product...

Apa Dia Detosifikasi

Detosifikasi adalah proses penyingkiran himpunan toksin yang terkumpul di dalam tubuh badan terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik. Tubuh manusia secara fitrahnya mempunyai kekuatan dalaman yang mampu mengawal kesihatan diri, tetapi mekanisme ini tidak akan berfungsi apabila tubuh anda telah dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksid. Keadaan menjadi semakin serius apabila toksid ini tidakdapat dikeluarkan dengan sempurnadan badan juga tidak mendapat zat nutrien yang secukupnya (40 jenis nutrien ). Maka dengan penggunaan Foot Detox Pach secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksid yang merbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.

Serba sedikit tentang Foot Detox Patch

Merupakan detox termurah, kesan yang sama dengan jenama terkenal pada harga yang teramat murah!!! Terbukti berkesan... Seeloknya pakai sebelum tidur di tapak kaki selama 5 - 8 jam untuk kesan maksimum. Dengan hanya menggunakan dalam tempoh satu malam sahaja kita akan dapat melihat kesan penggunaan iaitu perubahan dari segi warna dan bau foot detox sachet ( dari warna cerah ke warna coklat perang/hitam).

Kandungan Foot Detox Patch

Vinegar Wood Vinegar Extract, Bamboo vinegar, Chitosan, Plant Power Vitamin C. Tourmaline. Cornstarch.

Buah Tangan

Buah tangan dari coklat yang di bawa oleh hubby semalam ketika melawat member dia yang excident 2 hari lepas.

Wednesday, July 14, 2010

Dini's 4th Giveaway

Blog Dni & Contest @ Giveaway sekali lagi mengadakan giveaway nya yang keempat. Dini's 4th Giveaway ni pun kak honeyz tau setelah di tagkan oleh Peanut. Setelah membaca syarat-syarat penyertaan xlah susah mana so kak honeyz pun join je lah Giveaway ni... dah org bagi ye tak...Sila klik banner diatas untuk melihat syarat penyertaan dan hadiah2 yg ditawarkan .

Hadiah yang ditawarkan juga amat memberansangkan so kawan-kawan, apa kata kita join giveaway ni... dan kak honeyz tagkan 3 org untuk giveaway ni...


Kepada sesiapa yang telah di tag silalah join giveaway ni. Dan pada sesiapa yang x di tagkan pun boleh join giveaway ni dengan letak link blog kak honeyz sebagai referral.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Ogos 2010 jam 1 tengahari

Tuesday, July 13, 2010

Tip Mengeratkan Hubungan

Gambar cilok dari pakcik google

Honeyz lupakan dunia coklat sebentar dan nak kongsikan tip untuk merapatkan hubungan. Tidak kira sama ada diantara adik beradik, saudara -mara, suami isteri atau pun sahabat handai.. renung2kanlah dan praktikkanlah dalam kehidupan kita...Paling penting, tetap hormat menghirmati di antara satu sama lain
  1. Saling memahami
  2. Bertolak ansur
  3. Jangan panjangkan pertelingkahan atau salah faham yang timbul
  4. Jangan mengungkit kesilapan lalu yang pernah dilakukan
  5. Berfikiran terbuka dalam menerima teguran. Tidak kira dari sesiapa walaupun mereka lebih muda dari kita
  6. Jangan malu memhon maaf sekiranya anda telah melakukan kesilapan
  7. Jangan campur tangan dalam urusan org lain
  8. Jangan mengungkit setiap bantuan yang telah diberikan tidak kira dari segi material atau tenaga yang telah anda dihulurkan.
  9. Selalu berhubung di antara satu dengan yang lain tidak kira melalui surat, telefon ataupun emel
  10. Saling menziarahi diantara satu dengan yang lain
  11. Jangan wujudkan kroni dikalangan adik- beradik. Sebaik-baiknya sekiranya ada adik-beradik yang bertengkar kita hendaklah mendamaikan mereka tanpa menyebelahi sesiapa...

Monday, July 12, 2010

Door Gift Coklat

Ni sample door gift coklat yang dibeli oleh kak zurah untuk di pilih buat majlis bertunang August ni..

Friday, July 9, 2010

Lagi tempahan Coklat

Another 2 set mixed coklat yang di order oleh kawan Abg E untuk ari ni.

Sejak berjinak2 dengan dunia coklat last week, honeyz x putus-putus menerima tempahan coklat. Walaupun masih dalam kuantiti yang kecil tapi honeyz telah menerima tempahan doorgift untuk majlis bertunang dan wedding yang akan berlangsung tidak lama lagi. Syukur sekali lagi kepada Allah s.w.t yang memberikan rezeki yang berterusan.
Ni sample doorgift yang diminta oleh kawan


Wednesday, July 7, 2010

Homemade Coklat


Syukur Alhamdulillah kepada Allah s.w.t kerana memberi rezeki pada honeyz hari ini. Walaupun x banyak, cuma 2 container kecil tapi honeyz rasa memadai buat permulaan sebab baru je terjebak dgn dunia coklat. Tempahan coklat yang di minta oleh jiran dan kawan abg e. Kepada mereka yang membeli kak honeyz ucapkan terima kasih..

Friday, July 2, 2010

Novel2 Utk Dijual - Gerimis Di Hati

Gerimis Di Hati (RM 8)
Penulis: Sharifah Abu Salem
Harga Asal : RM 15.00
Jumlah Ms : 391
Cetakan: 2001

Gerimis di hati bermula apabila Emily datang ke Malaysia untuk menemui ayahnya, Syed Mukri yang sedang nazak. Kedatangan Emily telah menimbulkan kekecohan kerana selama ini Tengku Habibah, isteri pertama ayahnya tidak mengetahui bahawa Syed Mukri pernah berkahwin lagi dengan wanita Inggeris. Rahsia kewujudan Emily
hanya terbongkar apabila Syed Mukri menamakan Emily sebagai salah seorang penerima harta pusaka.

Sharifah Yasmin. kakak Emily tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia mempunyai adik yang bakal mewarisi kekayaan ayahnya. Apatah lagi, melihatkan kemesraan Tengku Farid, sepupunya dengan Emily semakin menambah sakit di hati. Dia bertindak cuba memisahkan kedua mereka asalkan cintanya pada Tengku Farid
berbalas.

Berjayakah Sharifah Yasmin melakukannya? Bagaimanakah Tengku Farid melalui kehidupan tanpa Emily? Mampukah Tengku Farid melakukan pengorbanan atau Tengku Farid Sendiri yang terpaksa menjadi korban?

Dengan garapan bahasa yang indah, lembut dan bersahaja, GERIMIS DI HATI pasti meruntun perasaan anda. Sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang pengorbanan!

Novel2 Utk Dijual-Kau Untukku


Kau Untukku (SOLD OUT)
Penulis: Aisya Sofea
Harga Asal : RM 19.90
Jumlah Ms : 521
Cetakan: 2001

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja.

Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.

Kau Untukku; indah, Romantis dan membuai perasaan.

Novel2 Utk Dijual - Sehangat Asmara

Sehangat Asmara (SOLD OUT)
Penulis: Aisya Sofea
Harga Asal : RM 19.90
Jumlah Ms : 548
Cetakan: 2003

Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati. Kebahagian mereka tiba - tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara. Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya menuntut Misya, anak comel yang selama ini disembunyikan oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya?

Thursday, July 1, 2010

Tekanan Darah Rendah (hipotensi)


Tekanan darah yang dianggap rendah untuk anda mungkin normal seseorang individu lain. Kebanyakan doktor mendiagnos tekanan darah rendah sebagai TERLALU RENDAH hanya jika ia menyebabkan simptom-simptom yang dapat anda rasai.

Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.

Tekanan Darah Rendah = Tekanan darah kurang 90/60 mmHg.

Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah ini yang rendah (sama ada sistolik sahaja atau diastolik sahaja), tekanan darah anda tetap dikira rendah.

Cth: 115 / 50 = tekanan darah rendah @ 85 / 70 = tekanan darah rendah
......(normal) (rendah)......................................
(rendah) (normal)

Kejatuhan tekanan darah secara tiba-tiba boleh membahayakan. Penurunan tekanan darah walaupun hanya sebanyak 20 mmHg (cth: drp. 130mmHg à 110mmHg) boleh menyebabkan pening dan pitam apabila otak gagal mendapat bekalan darah yang cukup

Faktor-Faktor yang menyebabkan Tekanan darah menjadi rendah
  • Mengandung: Disebabkan sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat semasa mengandung, tekanan darah sangat cenderung untuk menjadi rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan darah sistolik lazimnya menurun sebanyak 5 – 10 mmHg dan tekanan diastolik menurun sebanyak 10-15 mmHg. Ini normal bagi ibu mengandung. Tekanan darah lazimnya kembali normal selepas melahirkan anak.
  • Masalah Jantung: Masalah-masalah jantung yang boleh membawa kepada tekanan darah rendah termasuklah kadar degupan jantung yang sangat rendah (bradycardia), masalah injap jantung, serangan jantung dan kegagalan jantung. Keadaan-keadaan ini menghalang pengaliran darah secukupnya ke seluruh badan dan boleh menyebabkan tekanan darah rendah.
  • Masalah Endokrin: Masalah kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) atau kelenjar tiroid yang terlebih aktif (hyperthyroidism) boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Selain itu, masalah lain seperti ketidakcukupan Kelenjar Adrenal ( Penyakit Addison), gula dalam darah yang rendah atau penyakit diabetis boleh menyebabkan tekanan darah rendah.
  • Dehidrasi: Dehidrasi adalah keadaaan di mana badan anda kehilangan air lebih banyak daripada jumlah air yang anda ambil (minum). Dehidrasi boleh menyebabkan kelemahan, pening, dan kelesuan. Demam, muntah-muntah, cirit-birit yang teruk, terlebih menggunakan ubat diuretik (menyebabkan pembuangan air kencing) dan senaman yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi.
  • Yang lebih serius ialah ”hypovolemic shock” (isipadu darah yang sangat rendah), satu komplikasi dehidrasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan kejatuhan tekanan darah secara mendadak dan mengurangkan bekalan oksigen ke tisu-tisu badan. Jika tidak dirawat, hypovolemic shock yang teruk boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa jam atau beberapa minit sahaja.
  • Kehilangan Darah: Kehilangan darah disebabkan kecederaan yang parah atau pendarahan dalaman mengurangkan jumlah darah dalam badan anda, membawa kepada penurunan tekanan darah yang teruk.
  • Jangkitan yang teruk (Septicemia): Septisemia berlaku apabila jangkitan di dalam badan memasuki saluran darah. Keadaan ini boleh membawa kepada kejatuhan tekanan darah yang mengancam nyawa. Keadaan ini dipanggil ”septic shock’.
  • Tindak balas alahan yang teruk (anaphylaxis): Anaphylaxis adalah serius dan berpotensi mengancam nyawa. Pencetus-pencetus anaphylaxis yang lazim ialah makanan, sesetengah ubat, bisa serangga dan bisa ular. Anaphylaxis boleh menyebabkan masalah pernafasan, kegatalan,p embengkakan kerongkong dan kejatuhan tekanan darah.
  • Kurang zat dalam diet anda: Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia– keadaan di mana badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah secukupnya lalu menyebabkan tekanan darah rendah.
Ubat-ubatan yang Boleh Menyebabkan Tekanan Darah Rendah
  • Diuretik: ubat darah tinggi yang menyebabkan kencing yang banyak.
  • Alfa-Blockers (ubat darah tinggi)
  • Beta-blockers (ubat darah tinggi)
  • Ubat-ubat untuk penyakit Parkinson
  • Sesetengah jenis ubat penenang (anti-depressant)
  • Sidenafil (Viagra), terutamanya jika digunakan bersama nitrogliserin (sejenis ubat jantung)
Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah:

Tekanan Darah Rendah Apabila Bangun Berdiri (Postural Hypotension)
Terjadi apabila anda berdiri dari posisi duduk atau bangun dari posisi berbaring. Graviti menyebabkan darah terkumpul ke kaki apabila anda berdiri. Bagi individu normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah postural hypotension, jantung dan urat darah tidak dapat bertindakbalas secukupnya terhadap graviti- lalu tekanan darah menjadi rendah, menyebabkan simptom-simptom pening, pandangan kabur dan kadangkala menyebabkan pitam.

Tekanan Darah Rendah Selepas Makan (Postprandial Hypotension).
Selalunya dihadapi oleh mereka yang berumur. Sejumlah besar darah berkumpul ke saluran penghadaman selepas anda makan. Bagi mereka yang normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah, mekanisme ini gagal berfungsi lalu menyebabkan tekakan darah menurun.

Cara-cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah
  • Makan lebih garam dalam diet anda- tetapi jangan terlalu berlebihan kerana natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.
  • Minum lebih banyak air – terutamanya sewaktu cuaca panas dan ketika anda sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan isipadu darah anda dan menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan (cth: Oral Rehydration Salt, ORS).
  • Bersenam selalu untuk menggalakkan pengaliran darah.
  • Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan.Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.
  • Pakai stoking elastik (gut/ compression stocking) – memakai stoking ini pada kaki boleh mengurangkan darah turun ke kaki, lalu mengekalkan lebih darah di bahagian atas badan.
  • Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.
Jika langkah-langkah di atas tidak dapat memperbaiki tekanan darah anda, anda mungkin memerlukan bantuan ubat-ubatan.

Ubat-ubatan untuk Tekanan Darah Rendah
  • Fludrocortisone – sejenis mineralocortikosteroid yang berkesan untuk ’postural hypotension’ dan tekanan darah rendah. Ia menyekat penyingkiran natrium oleh buah pinggang, menyebabkan penahanan bendalir badan dan sedikit bengkak. Ini perlu untuk menaikkan tekanan darah. Akan tetapi, penyekatan natrium ini juga akan menyebabkan kehilangan kalium. Jadi, amat penting untuk anada mendapatkan supplemen kalium setiap hari jika anada mengambil ubat fludrocortisone.
  • Midodrine – ia berkesan memperbaiki tekanan darah bagi mereka yang mengalami postural hypotension. Ia bertindak dengan menyekat kebolehan urat darah untuk mengembang, justeru menaikkan takanan darah.
Dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews