Thursday, August 12, 2010

My First Handmade Card

My 1st Handmade Card

Pandangan Dari Dalam

Isnin yang baru ni, jiran honeyz telah melahirkan seorang lagi anak perempuannya yang ke lima. Muda lagi orangnya baru 38 tahun. Honeyz belum sempat lagi nak jenguk orang baru. Dengarnya kelahiran kali ni dia kena scissors sebab baby melintang. Apa- apa pun tahniah dari honeyz sekeluarga.. dan kad ini di buat khas untuknya... disamping sepasang baju untuk orang baru....

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Persediaan kita menyambut Ramadhan AlMubarak 1430 Hijrah.

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan
berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas
dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah
Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di
masjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas
NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan)
- Tarikh turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik


*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik
angin....Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan
tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba
amalkan.

Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal (sudah mati) menangis kerana
peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita Takbir Di Malam Raya.

Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-
amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh
itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan
seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan
yang akan datang.


''Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Selamat Berpuasa''

Friday, August 6, 2010

Tip Bekerja Di Bulan Ramadan


Minggu depan semua umat islam akan menyambut Ramadan. Jadi hari ini honeyz nak berkongsi sedikit tip yang amat berguna untuk semua. Tip ni pun honeyz dapat dari sebuah majalah keluaran tempatan baru baru ni...

1. Kekalkan Prestasi
Di bulan puasa momentum kerja tidak seharusnya menurun, sebaliknya ia harus dikekalkan malah lebih menarik sekiranya ia di tingkatkan. Kualiti dan kuantiti kerja harus dipantau agar tidak terjejas apatah lagi menerima teguran dari pihak atasan. Tidak kira apa jua keadaan, sebagai pekerja bertanggungjawab, anda harus sentiasa bersedia memberikan yang terbaik untuk syarikat.

2. Jangan bermalas-malas
Badan kita tentuakan berasa penat lebih-lebih lagi apabila terdedah di bawah mentari yang terik di bulan puasa. Namun janganlah bermalas2 di pejabat dan hanya duduk sahaja. Uruskan kerja yang pastinya sudah menimbuni di atas meja. Jika di layan perasaan malas itu sudah pastinya kerja tidak akan siap. Lawan perasaan itu dan selesaikan kerja dengan mengikut jadual tersusun.

3. Jangan Beri Alasan
Biarpun di bulan ramadan, namun kerja tidak akan berkurangan. Usah beri alasan berpuasa untuk menolak kerja yang diberikan oleh ketua. Terima secara terbuka dan susun jadual kerja sebaik mungkin.

4. Sentiasa segar dan Bertenaga
Tenaga yang ada pada tubuh mungkin berkurangan pada bulan puasa, namun anda tetap boleh tampil segar seperti selalu. Semuanya terpulang kepada pemakanan yang di ambil. Lebihkan sayur-sayuran serta buah-buahan kerana keduanya mampu memberikan tenaga yg diperlukan oleh tubuh. Selain itu jangan abaikan tidur anda kerana tidur yg secukupnya dapat menyegarkan tubuh anda keesokan harinya.

5. Dekati Allah
Bulan Ramadan adalah bulan yang istimewa. Kerana pada bulan ini banyak pahala yang boleh dikumpul. Oleh itu dekatkan diri anda dengan Tuhan yang Maha Esa walau dimana anda berada. Sesibuk mana anda menyiapkan kerja usah lupa untuk meluangkan sedikit masa untuk sujud dan memohon keberkatan dariNya.

6. Kurangkan Bercakap
Tidak salah untuk bersikap ramah namun apa kata kurangkan bercakap di bulan puasa. Ini adalah untuk mengelakkan diri dari memperkatakan hal yang tidak berfaedah yang secara tidak langsung akan mengurangkan pahala puasa anda.

7. Jaga Penampilan Diri
Sebagai menghormati bulan yang penuh kerahmatan ini, jagalah tingkah laku dan juga penampilan diri. Usah bersikap keterlaluan dan ketepikan nilai2 murni. Selain itu sarungkan pakaian yang lebih sopan dan menutup aurat. Plaing penting ia memberi keselesaan kepada anda dan juga org sekeliling.

Wednesday, August 4, 2010

Love & Rose Strawberry

(Asal gambar Luv ni bertukar warna plak selepas d upload. Gambar asal Pink)

Ni tempahan dari suhaimi cheras untuk majlis pertunangan adik perempuannya. Loose pack of 50 pcs Luv & Rose Strawberry.
Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews