Wednesday, September 29, 2010

Novel Utk Dijual - Prince Charming

Ni novel honeyz beli last 2 month. Dah abih baca dan nak di let go.

Prince Charming (RM20)
Penulis: Ratu Bulan
Harga Asal : RM 22.90
Jumlah Ms : 496
Cetakan: 2010

Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

“Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah Prince Charming yang sebenar? Atau, bukan dalam kalangan mereka? Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yang membuatnya? Apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar?

Monday, September 27, 2010

Coklat Wording For Majlis Perkahwinan

Ni coklat yang di tempah oleh Nazri untuk majlis perkahwinan kakak sepupunya yang berlangsung semalam. Selamat pengantin baru di ucapkan kepada Fatie & Faizal, Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Thursday, September 23, 2010

Tip mengadakan Rumah Terbuka

Gambar ehsan dari google

Diam tak diam, sudah 14 hari kita menyambut Aidil Fitri dan ada baki lagi 15 hari lagi untuk sesiapa mengadakan rumah terbuka. Sepanjang 2 minggu ini sudah pasti kita telah disajikan dengan pelbagai jenis menu yang berat-berat, seperti nasi beriani, lontong, mee laksa mee kari dan sebagainya. Dan kita juga di sajikan dengan air manis serta berkarbonat. Ini bukan sahaja menambahkan kalori serta pengambilan gula oleh tubuh badan malah sedikit demi sedikit telah merosakkan sistem penghadaman yang telah kita bina sepanjang sebulan berpuasa.

Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang teringin nak buat open house selepas ini, anda dinasihatkan mengikut tip2 berikut.

Sediakanlah Air Kosong selain Air Manis.
Sediakanlah air kosong selain air manis untuk para tetamu. Ini kerana kebanyakan tetamu segan untuk meminta air kosong dari tuan rumah kerana terasa seperti menyusahkan. Dengan adanya air kosong maka tetamu dapat mengurangkan pengambilan gula pada hari tersebut. Menurut pakar kita dikehendaki meminum lapan gelas air kosong sehari untuk membantu sistem penghadaman selain mengalirkannya kepada setiap organ-organ yang ada pada tubuh badan.

Perbanyakkan Sayur-Sayuran Dalam Setiap Hidangan.
Campurkanlah lebih banyak sayur-sayuran dalam setiap menu yang anda sediakan. Contohnya kuah lontong yang mengandungi sayur-sayuran. Juga lebihkan sayuran dalam mee, meehon goreng atau pasta. Anda juga boleh menyediakan salad atau vegetarian sandwic sebagai menu tambahan.

Sediakan Buah-buah
Sediakanlah sekurang-kurangnya 2 jenis buah-buahan sebagai pencuci mulut dan bukannya kek, puding atau kuih muih yang mengandungi banyak kandungan gula. Ini kerana tubuh badan kita hanya memerlukan gula dari kabohidrat yang telah kita ambil seperti nasi, mee atau pasta untuk ditukarkan kepada tenaga. Selain itu ia dapat membantu kanak2 mengambil serat dalam menu harian sekiranya mereka alergi terhadap sayur-sayuran.

Monday, September 20, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin


Teratak Honeyz mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua Teman2 dan Saudara-Mara yang jauh atau yang dekat. Sebenarnya dah lama nak pos ucapan ni tapi kabel kamera x jumpa plak. baru je jumpa balik semalam.

Tuesday, September 14, 2010

Ombak Rindu - Sold Out


Sold to Nadiah from UTP

Kak honeyz mengucapkan terima kasih pada nadiah kerana sudi membeli novel terpakai kak honeyz. Jgn lupa jenguk blog akak lagi ye...

Monday, September 6, 2010

Selesai Sudah Tempahan Coklat & Tart



Semalam 5 September 2010 selesai sudah honeyz menyiapkan tempahan coklat dan tart yang ditempah oleh customer tetap dan sahabat handai untuk hari lebaran ini. Kesemuanya 140 box 50 pcs coklat, 90 box tart gulung serta 50 box 20 pcs coklat. Jenuh juga nak menyiapkan tempahan sampai terpaksa mengambil cuti selama seminggu. Kepada mereka yang membeli, honeyz mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda yang tak putus-putus. Kepada mereka yang tempahannya x dapat di penuhi kerana kesuntukan masa dan terlambat membuat tempahan, honeyz minta maaf banyak2 dan pesanan untuk kalian semoga membuat tempahan awal pada tahun depan. InsyaAllah.

Ni jelah sebahagian gambar tempahan yang dapat di snapkan, sebab yang lain2 tu terlupa nak ambil sebab tengah rushing waktu tu.



'SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN'
Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews