Monday, October 31, 2011

Lagi Brownie Cheese

Marble Cheese Brownie
Saiz: 6x6 in (RM16)
Berat: (+ -) 600 gram

Ni tempahan untuk hari ini. 3 set brownie cheese bersaiz 6x6 in dari CIMB jalan Tun Perak. Thanx for ur order.

Sunday, October 30, 2011

Tempahan Kek Angy Bird, Fruit Tat dan Choc oreo




Tempahan dari ipar kak honeyz untuk besday anaknya. Kek coklat moist yang disalut fresh cream serta edible imej angry bird. Selain itu ipar honeyz turut menempah chock oreo angry bird dan fruit tat. Harap memuaskan hati.




Saturday, October 29, 2011

Doorgift Coklat




50 sets 2pcs with ribbon


Tempahan dari zairul puchong untuk birthday anaknya. Thanx n kak honeyz harap zairul berpuas ati ye.

Thursday, October 27, 2011

Tempahan Cheese tat



Tempahan Cheese tat lagi untuk hari ini. Kali ini dari Dayah n Friend. Dayah order 30pcs mix blueberry n stobery cheese tat dan kawannya 150 pcs blueberry cheese tat. Tima kasih kepada sume.

Wednesday, October 26, 2011

Tempahan brownie cheese dan cheese tat





Brownie cheese


Harga: RM16 (saiz 6x6 in)


RM40 (saiz 10x10 in)


Tempahan ini dibuat oleh ex-schoolmate kak honeyz, erni dan officemate nye. kali ini brownie cheese yang ditempah adalah bersaiz kecil iaitu 6x6in berbanding saiz biasa yang kak honeyz buat iaitu 10x10 in. selain brownie cheese erni menempah sebanyak 80 cheese tat blueberry, coklat dan plain. Thanx ye dear.



Thanx jugak kpd jiran kat honeyz Idah Megat atas kesudian untuk membeli lagi sebiji brownie tersebut. harap anda sukakannya.

Kepada sesiapa yg nak tempah brownie cheese bolehlah hubungi kak honeyz ye.

Friday, October 21, 2011

Roti Jala

Hmm... pagi2 tadi lagi kak honeyz dah pergi menjala. Menjala ikan ke? Eh bukanlah.. kak honeyz pergi menjala roti kat atas dapur. Sebabnya ank kak honeyz yang sulung tu suka benor makan roti jala. Tapi dia suka makan kosong je. Lagi pulak semalam ada buat kari ayam so ada lebih kuahnya. Jadi x payah membazirkan... boleh dicicah ngan roti jala tersebut. Ni kasi close up gambar:



Kepada sesiapa yang mahu menempah roti jala boleh hubungi kak honeyz melalui sms atau email. Kak honeyz jual roti jala ni bersama kuahnya sekali. Harga2 boleh dilihat pada halaman "Harga Juadah Sampingan" ye.

Fakta: Roti jala atau roti kirai merupakan makanan tradisi malaysia sejak turun temurun lamanya. Roti jala ini dibuat daripada tepung gandum yang di adun bersama dengan susu serta air. Ianya sesuai dimakan dengan kuah kari ayam/daging. Untuk negeri2 disebelah Utara Malaysia, Roti jala ini dimakan bersama-sama dengan kuah durian.

Wednesday, October 19, 2011

Choc Oreo: Demam Angry Bird


Tempahan Choc Oreo ini dibuat oleh best friend kak honeyz sbg besday present studentnya. Selain tu dia juga minta asingkan 2pcs coklat praline setiap satu untuk di agihkan pada studentnya yang lain. Tq ye ita... nanti tempah lagi ye..

Monday, October 17, 2011

Lagi Cheese Brownie n Fruit Tat

Cheese dan fruit tat ini ditempah oleh kenalan lama honeyz. Zunaida dari Kepong. TQSM gengs.

Tuesday, October 11, 2011

Kek Coklat Moist

Kek Coklat Moist
Saiz : 6 in
RM 10

Tempahan Kek Coklat Moist buat julung2 kalinya dari my neighbour. Kek ini bersaiz 6 inci dan sangatlah comelnya. Jiran kak honeyz meminta sebanyak 2 biji untuk majlis perpisahan sekolah anaknya. Tqvm bbnisyah for your order.

Monday, October 10, 2011

Resepi Tepung Pelita

Semalam honeyz buat kuih Tepung Pelita. Ingatkan susah sangat lah mula tapi rupanya sungguh mudah. Yg lagi best boleh makan byk2.. Hee hehe.. Sapa2 yang nak resepi sila ambil kat sini ye.

Resepinya: (copy & paste dari fp kak nina)

Bahan-bahan ( 20 cups- bergantung pd saiz bekas )
• 1 cawan tepung beras
• 1 cawan gula
• 5 cawan air
• 4 sudu besar tepung beras (ratakan)
• 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
• 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
• sedikit garam
• sedikit air kapur (aries omit)

Cara-cara membuat adunan yg warna hijau
1. Tepung (1 cawan) , air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.

Cara-cara membuat adunan yg warna putih
1. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
2. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
3. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
4. Sejukkan.

Sunday, October 9, 2011

Lagi Coklat praline dan Cheese tat




Ni tempahan susulan dari my regular customer. Nor dan zul dari Taman tun Perak. TQVM ye.

Tempahan coklat dan Aneka cheese Tat

1st time order dari adik Rehan dari Ampang. Dia minta mixkan packaging fruit tat dan cheese tat serta coklat paraline beserta dgn wording. Harap rehan puas hati dan sila kunjungi Teratak honeyz lagi sekiranya ada tempahan lagi. tima kasih byk2.


Sample muffin

Sample muffin ini dibeli oleh adik noraini dari Bangsar. Dia minta mix flavour yg terdiri dari bluebery, coklat, vanila dan pandan. Tima kasih ye dik

Thursday, October 6, 2011

Krim puff n Cheese Tat


1st time order dari Muliati- Bukit Subang. 20 pcs Krim puff serta 3 pack mix blueberry n coklat cheese tat. Harap berpuas ati n TQ.

Tuesday, October 4, 2011

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


Pernah makan siput sedut x? Suka x? Kak honeyz pun suka makan tapi dulu x tau camnelah nak masak siput ni. Mula2 dulu geli gak nak makan tapi masa preggy anak kedua terliur pulak tengok kawan kak honeyz makan siput sedut ni. Berdesit2 dia menyedut siput tu. Mulai hari tersebut kak honeyz pun sudah pandai makan benda ni. Tapi beli je lah bila nak makan.

Tapi 2 ari lepas kak honeyz berkobar2 nak masak sendiri siput ni. Sebabnya kat umah sudah ada 3 org yg suka makan :- Hubby, kak honeyz & ank bongsu kak honeyz. So pe lagi lepas je anta tempahan kak honeyz terus ke Tesco. Kebetulan ada pulak siput ni kat sana, x banyak pun yg tinggal dapat le lebih kurang semangkuk. Jadile buat permulaan.

Cara nak cuci siput berlumpur ni. Kak honeyz ikut petua yg dapat kat tenet
1) Lumurkan hampas kelapa dengan siput yg belumpur. Tujuan untuk membuang segala lumpur dan hanyir siput.
2) Biarkan seketika. Kalau boleh tutuple bekas tu sebabnya siput ni sangat merayap2
3) Bilas 3 kali dengan air bersih
4) Potong bontot siput dengan playar. X payah guna pisau atau parang. Guna playar lagi senang. Sekali kepit dah terpotong bontotnya.
5) Bilas sekali lagi dan sedia untuk di masak.
6) Masaklah seperti masak lemak cili api ayam kesukaan korang.

Ha tengoklah siput sedut yg kak honeyz masak tu. Orang kata sedap masak ngan batang keladi atau buah labu. Tapi kak honeyz masak dengan daun kunyit je pun dah sedap. Nak nye pulak tambah dengan ikan goreng, ikan masin serta sambal tempoyak. Terangkattttttt....

Monday, October 3, 2011

Lagi Marble Cheese Brownie


Ni lagi tempahan cheese brownie oleh Nur' Aliah Nadhirah. Aliah meminta brownie ini dipotong sebanyak 50 pcs. Selain brownie cheese, Aliah juga menempah 2 pack of cis tat. Hope u like dear n please come back again next time.
Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews