Tuesday, June 12, 2012

Sandwich Ala-ala Subway

Smalam tengah-tengah menggoogles, tetiba nampak sandwich subway... apa lagi... kecur air liur dibuatnya dan otak pun mula mereka-reka menu untuk di jamu apabila sampai di rumah... Menu yang ringkas dan cepat.. tanpa membuang masa kuhayunkan kaki ke Carre4 yang terletak di sebelah opisku untuk membeli roti wholemeal bersaiz besar. Tak lupa ku belikan salad, tomato serta chicken meatloaf dari 3 brand yang berlainan... dan inilah hasilnya... Sandwich ala-ala subway ... sungguh menyelerakan dan mengenyangkan....

Monday, June 11, 2012

Tempahan Coklat Loly Bouquet dan lain2









Tempahan Coklat Loly Bouquet ni di tempah oleh regular customer kak honeyz - Dr. Ja (Paediatrik KL). Loly Bouquet yang bertemakan pink-putih ini di tempah untuk dijadikan hantaran buat majlis kenalannya. Ditambah juga untuk hantaran ialah Cheese tat. Selain itu Dr Ja juga meminta tambahan loose coklat buat ank2nya. Thank you Dr. Ja for ur continuos support di 'Teratak Honeyz'.

Tempahan Krim Puff


Tempahan krim puff dari Hashida buat ank daranya yang kembali ke asrama semalam. Thanks shida

Wednesday, June 6, 2012

Chicken Burrito

 Tortila yg telah siap digulung dan  isi dengan kepingan ayam, sosej, tomato, celeri, salad dan karot
 Disiram dengan sos tomato yang di campur daun selasih serta di taburi dengan Keju .. Menanti masuk oven
Siap untuk masuk kedalam mulut... masa ada 4 mulut sedang menanti sambil menelan air liur

Chicken Burito merupakan salah satu makanan dari mexico... baru tau masa  tengok episod penyingkiran selebriti masterchef. Mula2 ingatkan Lasagna... rupanya lebih kurang macam sama.. tapi bila chef2 mengatakan makanan ni adalah Chicken Burrito.. teruja sangat nk mencubanya..Bahan2 asas yang diperlukan adalah Kepingan Tortilla, isi ayam/daging serta sayur-sayuran.. Inti boleh dipelbagaikan... Kadang2 boleh juga masukkan nasi kedalam tortila bersama2 bahan lain... Ianya di makan bersama krim masam.. Ini Chicken Burrito kak honeyz.. buat malam kelmarin selepas menyiapkan tempahan coklat2. Ank2 Lapar.. so apa lagi bersilat sekejap di dapur untuk menghasilkan Chicken Burrito yang tersangatlah sedapnya serta mengenyangkan......

Tempahan Coklat Maroon Color

Tempahan dari Kak Su jiran kak Honeyz.. Nak warna maroon untuk dipadankan dengan kek coklat moist dia..

Tempahan Coklat dari Kawan2 Mak Yang

Ni kali 2nd time order dari kawan2 Mak Yang selepas mereka order 2 bekas last week. Hari tu punya x sempat nk amik gambar. Dok kelam kabut ngan macam2 hal.. Ni gambar untuk minggu ini... Tima kasih Mak Yang a.ka My sister....

Friday, June 1, 2012

Kek Kahwin Bertemakan Hijau


Kek ini di tempah oleh jiran sebelah umah kakak kak honeyz untuk majlis sambut menantu yg akan berlangsung malam ini. Kek bertemakan hijau dan diselitkan sejambak mawar pink untuk menaikkan seri. Tima kasih kak.... kerana sudi menempah kek ini daripada saya

Coklat Wording

Tempahan coklat wording dari adik Nora-rakan FB untuk dijadikan hantaran pertunangan adiknya. Juga 50 pcs milk and white coklat untuk makan2 di rumah. TQVM 4 ur continuos support.
Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews