Showing posts with label Bekal utk anak. Show all posts
Showing posts with label Bekal utk anak. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

Bento lagi

Lagi bento untuk hari ini. Samalam 2 bekas, hari ni ada 3 lak. tambahan bekas untuk hubby. Hubby pun nak join bawak bekal.. seronok pulak katanya.. so menu 4 today are nasi goreng, rendang daging, telur goreng serta chicken coktail, chicken ball dan surimi crab.

Wednesday, February 8, 2012

Bento 4 Today


Ini adalah bento atau bekalan untuk kak honeyz n Dayana untuk hari ini. Ayahnya bekalan x sempat nk snap sebb last minute baru nak tapau... sudah mau pergi kerja.. Nasi lemak berlaukkan ayam goreng, telur rebus serta bilis. Nasi lemak ni guna daun pandan yang di tanam di kebun mini kak honeyz..

Thursday, December 8, 2011

My 1st Bento

My 1st Bento :
Nasi goreng, Ayam Goreng, Mini sosej serta timun dan baby tomato


Bento merupakan bekal makanan yang dibawa ke sekolah atau ke pejabat. Dalam bekas makanan ini di isi dengan pelbagai jenis makanan untuk mencukupkan nutrisi harian. Ianya amat popular di Jepun. Kalau dijepun mereka akan menghias bekalan ini dengan pelbagai rupa dan bentuk. Teruja sangat dengan kreativiti depa so kak honeyz pun nak mencuba juga buat bento ni walaupun anak kak honeyz sedang bercuti sekarang. Dan inilah hasil pertama ku. Agak2 bilalah berpeluang nak buat bento seperti orang jepun tu ye...

Tuesday, June 29, 2010

Breakfast and Lunch Today


Semalam anak2 honeyz sume bising cakap nape honeyz malas dah buat bekal sekolah utk depa lately. Honeyz cakap la.. bukannya malas.. tapi byk sangat benda nak kena buat... bayangkanlah kalau every morning nak kena siap bekalan depa 3 beradik dengan lain2 menu yang digemari pastu nak masakkan lunch tuk depa kemudian baru gi kerja. Mesti kelam-kabut nak kejar masa... kalau buat 1 jenis breakfast dan x banyak bunyi dari mulut depa xpe... senang kerja ..ni tidak ... yg ni suka, yang tu pula x suka. So senang kira honeyz bagi duit belanja biar depa beli sendiri ... Tapi katanya x sedaplah pulak...Kadang2 tu sanggup berlapar kat sekolah sebab makanan x sedap...Kadangkala honeyz cakap kat derang balik "dah bawa bekal ni duit belanja x yahlah" ... tapi depa mau jugak sebab nak simpan katanya... kadang2 depa nak beli sesuatu barang yg mereka suka duit tulah yang dipakainya....so lepas discussion... alamak macam nak buat kerja office lak.... depa suh honeyz masak nasik goreng aje. Memula tu cakap nak nasik goreng kosong jek... Oklah bg honeyz... tapi adalak tambahan menunya ... bersama daging goreng... Ni yang malas... nak dengar tu... so selepas berkompromi maka menu tuk hari ini adalah Nasi putih, Daging Goreng, Sayur campur serta kurma daging bercampur telur.. Senang kerja... So Abg E dan Angah bawa bekal nasi ke sekolah dan behoon goreng untuk si bongsu (bihun beli aje sbb dia sorang jek yg nak makan.

(honeyz terkenang masa zaman kanak2 dulu, mana berani nak minta itu dan ini dari mak. Apa yang ada makan aje, x banyak bunyi...)

Wednesday, April 28, 2010

KEBAB

My hubby semalam sibuk tanak makan nasik. Jemu katanya. Tetiba dia nampak roti pita yang akubeli kat carre4 semalam untuk bekal Angah pagi tadi. So apalagi... dia suh buat kebab. Since dah lama tak makan kebab jadi... inilah hasilnya....
Keba
b

Bahan-bahan yang diperlukan

5 keping roti pita
6 keping Ber ger ramly (Ayam/Daging)
1 batang carrot - potong dadu
1 biji bawang besar kuning - potong dadu
2 biji tomato - potong dadu
Daun salad (optional)
Tomato sos & Cili Sos
Lada Sulah dan Gula jika mahu

Cara-caranya

1. Roti dipanaskan atas frying pan sampai hingga sedikit kekuningan. Belahkan dua
2. Pecah-pecah kan daging berger ke dalam pan. Jgn bubuh minyak.. sebab berger akan kuarkan minyak nanti
3 Masukkan bawang dan carrot setelah daging agak garing
4 Masukkan cili sos & tomato sos apabila bawang dan carrot sedikit layu
5 Masukkan buah tomato dan gaul rata. Tambahkan sedikit lada sulah serta gula jika mahu
6. Isikan inti daging berger yang telah di masak tadi kedalam roti pita dan tambahkan mayonis diatasnya.
7. Siap untuk di mamam.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews