Showing posts with label Khasiat Dari Sumber Alam. Show all posts
Showing posts with label Khasiat Dari Sumber Alam. Show all posts

Monday, June 21, 2010

Khasiat Buah Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Delima dalam bahasa arab dikenali sebagai rummam dan dalam bahasa botani dikenali sebagai punica granatum adalah tanaman buah-buahan yang dapat tumbuh hingga 5-8 m. Tanaman perdu berbatang kayu ini mempunyai batang berduri, daunnya lonjong, kecil dan bertepi rata. Kulit buah delima biasanya berwarna hijau kekuningan. Bentuk buahnya seperti epal dengan kelopak bermahkota. Di dalamnya mempunyai beratus-ratus biji.

Delima berasal dari Iran, namun telah lama dikembangbiakkan di daerah Mediteranian. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon.

Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.

Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Khasiat Buah Delima
  1. Buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.
  2. Buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman".
  3. Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan sertamenyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan hababersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam.
  4. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.
  5. Disamping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan.
  6. Pokok delima juga digunakan dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu .
  7. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik.
  8. Kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%.
  9. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.
Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

(Artikel dipetik dari Institut Kemahiran Islam Malaysia)

Wednesday, June 9, 2010

Pokok Lidah Buaya (Aloe vera)

Pokok Lidah Buaya atau Aloe Vera merupakan satu spesis tumbuhan dari famili Asphodelaceae yang berasal dari Afrika Utara. Pokok ini tergolong dalam tumbuhan berbunga, pokok saka dan tumbuhan herba, juga tergolong dalam famili yang sama dengan bawang merah dan bawang putih. Merupakan sejenis tanaman yang mudah tumbuh sama ada di dalam pasu ataupun di kawasan tanah lapang.

Pokok Lidah Buaya tidak mempunyai atau hanya mempunyai batang pokok yang amat pendek, dan tumbuh sehingga 80-100 sentimeter tingginya. Daunnya berwarna hijau muda dan berbentuk runcing serta berduri tajam. Daunnya berlendir dan sangat tinggi kegunaannya:-

Antaranya khasiat yang didapati dari lendir Lidah Buaya:
- mempercepatkan proses penggantian sel,
- merawat masalah kegatalan kulit seperti ekzema

- merawat kulit terbakar

- menghilangkan parut kudis dan jerawat

- meredakan bisul


Kini, Lendir Lidah Buaya telah dikomersialkan untuk dijadikan jus supaya mudah digunakan. Antara kebaikan jus lidah buaya ini adalah
- mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah jantung
- membaik pulih luka didalam badan
- mengurangkan sembelit
- mengurangkan sakit sendi

- menyenangkan proses penyingkiran toksik dari dalam badan
- serta mengurangkan pelbagai masalah kesihatan.


Walau bagaimanapun, wanita hamil adalah ditegah mengambilnya kerana dikhuatiri boleh mengganggu kesihatan kandungan.

Thursday, May 13, 2010

Belimbing Besi dan Khasiatnya

Image: credit to Google

Pokok Belimbing Besi merupakan tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Juga dikenali dengan nama saintifiknya Averrhoa, Carambola, Averrhoaceae tau Oxalidaceace. Belimbing besi juga dipanggil starfruit di dalam bahasa Inggeris.

Belimbing besi ini berasal dari Sri Lanka dan popular di seluruh Asia Tenggara. Mempunyai pokok yang yang renek dan berbungan putih keungguan di hujung rantingnya. Warna buahnya adalah hijau sehingga kuning keemas dan apabila dipotong ianya menyerupai bentuk bintang.Ia juga sesuai dijadikan sebagai pokok penghias laman.

Khasiat
Buah belimbing ini mengandungi banyak air, berjus dan juga berserat dan amat berkhasiat untuk:

1. Menurunkan tekanan darah tinggi.

2. Sebagai antioksida yang boleh mengawal penyebaran sel barah atau kanser keseluruh tubuh badan pesakit.

3. Melancarkan sistem pencernaan dan juga menurunkan paras kolestrol dalam badan kita.

4. Sebagai agen pembersih usus perut.

5. Membekalkan vitamin C, zat besi dan kapur yang baik untuk kesihatan.

Cara pengambilan
1. Mengamalkan meminum jus ini setiap pagi tanpa dicampurkan bahan lain seperti gula. Buah yang digunakan mestilah yang telah matang dan masih hijau.

2. Boleh juga dimakan begitu sahaja sebagai pencuci mulut selepas makan.

3. Dicampurkan dalam pelbagai jenis masakan seperti gulai lemak, kerabu, halwa dan sebagainya.



Wednesday, May 5, 2010

Khasiat Limau Nipis



Limau nipis atau nama botaninya Citrus Aurantifolia merupakan sejenis tumbuhan yang mana buahnya boleh dijadikan air minuman dan kadangkala jusnya di campur dalam masakan. Ianya berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara dan mengadungi vitamin A dan C.

Antara Khasiat Limau Nipis

1) Limau nipis boleh menegangkan kulit muka dan mengecutkan jerawat - caranya ialah dgn membersihkan muka dahulu dengan air bersih. Kemudian potong nipis2 limau itu lalu digosokkan di muka dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air bersih. Sekiranya dilakukan 4 hari seminggu Insyaallah muka anda akan licin dan bebas dari jerawat.

2) Membuang lemak dan menguruskan badan - Amalkanlah meminum jus limau nipis selepas makan. Anda juga boleh campurkan jus limau nipis dengan teh tanpa gula.

3) Mengempis perut yang buncit - Campurkan jus limau nipis dengan kapur makan dan sapukan pada perut setiap malam. Jika diamalkan insyaallah berkesan

4) Menghilangkan hanyir ikan - Rendam ikan yang telah disiang kedalam bekas yang di isi perahan limau nipis. Kemudian bilas dengan air bersih. k

5) Menghilangkan kelemumur - Gosokkan limau nipis yang telah dipotong kecil ke kulit kepala dan bilas lah dengan air bersih

6) Menyembuhkan sakit tekak bagi kanak-kanak - campurkan perahan air limau dengan sedikit madu lalu di minum.

7) Mengenakakn sambal belacan - Perahkan jus limau nipis pada sambal belacan yang ditumbuk. Keenakannya pasti terserlah jika ditambah dengan ulam-ulaman.
Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews