Showing posts with label Diet dan kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Diet dan kesihatan. Show all posts

Thursday, September 23, 2010

Tip mengadakan Rumah Terbuka

Gambar ehsan dari google

Diam tak diam, sudah 14 hari kita menyambut Aidil Fitri dan ada baki lagi 15 hari lagi untuk sesiapa mengadakan rumah terbuka. Sepanjang 2 minggu ini sudah pasti kita telah disajikan dengan pelbagai jenis menu yang berat-berat, seperti nasi beriani, lontong, mee laksa mee kari dan sebagainya. Dan kita juga di sajikan dengan air manis serta berkarbonat. Ini bukan sahaja menambahkan kalori serta pengambilan gula oleh tubuh badan malah sedikit demi sedikit telah merosakkan sistem penghadaman yang telah kita bina sepanjang sebulan berpuasa.

Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang teringin nak buat open house selepas ini, anda dinasihatkan mengikut tip2 berikut.

Sediakanlah Air Kosong selain Air Manis.
Sediakanlah air kosong selain air manis untuk para tetamu. Ini kerana kebanyakan tetamu segan untuk meminta air kosong dari tuan rumah kerana terasa seperti menyusahkan. Dengan adanya air kosong maka tetamu dapat mengurangkan pengambilan gula pada hari tersebut. Menurut pakar kita dikehendaki meminum lapan gelas air kosong sehari untuk membantu sistem penghadaman selain mengalirkannya kepada setiap organ-organ yang ada pada tubuh badan.

Perbanyakkan Sayur-Sayuran Dalam Setiap Hidangan.
Campurkanlah lebih banyak sayur-sayuran dalam setiap menu yang anda sediakan. Contohnya kuah lontong yang mengandungi sayur-sayuran. Juga lebihkan sayuran dalam mee, meehon goreng atau pasta. Anda juga boleh menyediakan salad atau vegetarian sandwic sebagai menu tambahan.

Sediakan Buah-buah
Sediakanlah sekurang-kurangnya 2 jenis buah-buahan sebagai pencuci mulut dan bukannya kek, puding atau kuih muih yang mengandungi banyak kandungan gula. Ini kerana tubuh badan kita hanya memerlukan gula dari kabohidrat yang telah kita ambil seperti nasi, mee atau pasta untuk ditukarkan kepada tenaga. Selain itu ia dapat membantu kanak2 mengambil serat dalam menu harian sekiranya mereka alergi terhadap sayur-sayuran.

Tuesday, June 15, 2010

Bagaimana Mengajar Anak Makan Sayur-Sayuran


Sayur-sayuran merupakan nama yang diberi kepada pokok-pokok atau bahagian-bahagian pokok yang dimakan oleh manusia. Kandungan nutrisi untuk setiap sayuran adalah berbeza-beza diantara satu sama lain dan ianya amat baik untuk tubuh badan kita.

Tetapi disebalik kebaikan nutrisinya, kita seringkali mendengar ada kanak-kanak yang tidak mahu menjamah sayur-sayuran dan kadangkala geli melihat sayur yang berwarna di dalam pinggan mereka. Keadan anti sayuran ini bukan sahaja berlaku di kalangan kanak-kanak bahkan orang dewasa juga mengalaminya.
Sebagai seorang ibu, pasti anda merasa sedikit kecewa sekiranya sayuran yang disajikan tidak terusik atau anda melihat anak anda sibuk mengasingkan sayuran dari sajian yang telah anda buat.
Berikut adalah sebahagian tip-tip untuk mengajar anak anda menerima sayur-sayuran dalam hidup mereka.
  1. Masukkan sayur yang agak disukai kedalam sajian kegemaran
  2. Masak sup sayur, campurkan bahan-bahan yang digemari seperti chicken ball.
  3. Buat salad buah tetapi masukkan hirisan sayur yang berwarna warni supaya ia bukan saja menarik tetapi lebih berkhasiat
  4. Hidangkan sayur sebagai ulam dan pastikan ianya dilengkapi sambal belacan, budu dan sebagainya mengikut kesukaan.
  5. Elakkan memasak sayur terlalu lama sehingga menjadi lembik dan nampak hodoh. Biasanya selera kita akan terbuka sekiranya sayuran yang dimasak nampak segar dan mepunyai warna yang menarik.
  6. Jika anda membuat pizza sendiri, taburkan hirisan kecil sayur-sayuran di atasnya. Antara sayur yg boleh digunakan ialah brokoli, batang saderi, lada benggala, bayam, tomato, lobak merah dan jagung
  7. Buat jus sayur. Sekiranya rasanya tak boleh di terima, campurkan dengan buah-buahan untuk mempelbagaikan rasanya,
  8. Pelbagaikan kaedah memasak sayur. Jgn terhad kepada sup dan tumis sahaja. Kadang kala kita boleh campurkan sayur bersama ikan yang hendak di kukus, di goreng bersama salutan tepung dan di cicah bersama sos. Cth sayur peria dan terung
  9. Masukkan juga sayuran dalam jemput-jemput ikan bilis atau cucur udang. Antara sayur yg boleh di masukkan bersama ialah, carot, tauge, daun kucai daun bawang. Pilih sayur yang tidak mepunyai rasa atau bau kerana ianya boleh mematahkan selera mereka untuk memakannya
  10. Gril atau bakar. Barbeku daging atau ayam dan cucukkan sayur berselang seli dengan daging-daging tersebut.
  11. Jangan beri mereka hadiah sekiranya mereka berjaya makan atau menghabiskan sayuran yang di buat. Ini adalah kerana tabiat memberi hadiah boleh mengancam minat makan sayuran dan menyebabkan suasana makan bukan lagi waktu yang menyeronokkan.
  12. Sensitif dan peka dengan sayur atau kaedah yang digemari oleh keluarga anda.
  13. Ajak anak untuk turut serta dalam menyediakan makanan. Sambil itu kita menerangkan kebaikan yang boleh didapati dari sayur tersebut.

Wednesday, June 2, 2010

Jom Bakar Kalori.............

Sekiranya dulu badan kita slim tapi kini saiz badan naik 2 kali ganda. Alasannya xde masa untuk melakukan senaman dan banyak masa diperlukan untuk keluarga. Hari ini kak honeyz nak berikan sedikit tip untuk bakarkan lemak yang berlebihan.. Jom kita beriadah bersama keluarga sambil membakar kalori...



1. Lakukan Aerobik dalam air (Jumlah Kalori yang dibakar :200 kalori /30 minit)
Sekiranya anda sukakan air dan mempunyai kolam renang sekitar kediaman anda... so jangan lepaskan peluang ini. X kira tua atau muda masih boleh melakukannya. Lakukan senaman didalam air mengikut keupayaan anda. Tip: semakin dalam air maka semakin berat gerakan anda dan senaman anda semakin payah dilakukan. Sekiranya anda masih baru dalam aktiviti ini, mulakan dengan kedalaman air yang tidak melebihi paras dada.



2. Mengharungi Jeram (Jumlah Kalori yang dibakar :190 kalori /30 minit)
Mungkin x ramai yang menggemari aktiviti ini. Tetapi kepada sesiapa yang gemarkan aktiviti lasak seperti Jungle tracking, mungkin boleh mencuba aktiviti ini. Tip: Jangan mengayuh dengan jarak yang terlalu dekat dengan air. Kayuhlah dengan tangan dekat pada tubuh. Cara inidapat mengurangkan rasa penat.



3. Berenang di laut/Sungai (Jumlah Kalori yang dibakar :200 - 300 kalori /30 minit)
Berenang dan menyelam di laut atau di sungai sememangnya menyenangkan berbanding di kolam renang. Anda juga tidak perlu mematuhi peraturan gaya renang. Namun perlu diingatkan risiko yang perlu dihadapi. Anda perlu tahu keadaan cuaca seperti arus sungai, gelombang ombak, suhu dan pasang surut air. Untuk keselamatan, berenanglah secara berkumpulan.



4. Yoga di tepi pantai (Jumlah Kalori yang dibakar :100 - 200 kalori /30 minit)
sesuai untuk sesiapa yang inginkan latihan high impact dan ingin melepaskan stress sambilmenghayati panorama pantai yang indah. Jangan lupa memakai sunblok.



5. Pilates di taman (Jumlah Kalori yang dibakar :150 kalori /30 minit)
Amat sesuai untuk sesiapa yang sukakan latihan low-impact sambil menghirup udara segar bersama keluarga. latihan ini juga dapat memperbaiki postur tubuh atau mendapatkan perut yang rata. Sila dapatkan teknik yang betul sebelum melakukan aktiviti ini dengan menonton video atau dari buku serta internet. Sekiranya gerakan yang dilakukan tidak betul maka sia-sia ajalah usaha anda.



6. Joging (Jumlah Kalori yang dibakar :300 kalori /30 minit)
Baik untuk anda yang suka berlumba sendiri, dan boleh dilakukan pada bila2 masa yang terluang. Cuba berlari dengan menggunakan seluruh bahagian kaki anda iaitu dengan mendarat menggunakan tumit sepenuhnya hingga jari kaki dinaikkan untuk langkah kaki seterusnya.



7. Badminton (Jumlah Kalori yang dibakar :275 kalori /30 minit)
Boleh dilakukan di sekitar rumah anda...



8. Boling (Jumlah Kalori yang dibakar :150 kalori /30 minit)

Kepada sesiapa yang gemar bersosial atau menghabiskan masa dengan rakan2 di hujung minggu, boling merupakan salah satu riadah yang bagus untuk anda..

(Sumber dari Majalah MIDI dan credit to google for the image..)
Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews