Sayur-sayuran merupakan nama yang diberi kepada pokok-pokok atau bahagian-bahagian pokok yang dimakan oleh manusia. Kandungan nutrisi untuk setiap sayuran adalah berbeza-beza diantara satu sama lain dan ianya amat baik untuk tubuh badan kita.
Tetapi disebalik kebaikan nutrisinya, kita seringkali mendengar ada kanak-kanak yang tidak mahu menjamah sayur-sayuran dan kadangkala geli melihat sayur yang berwarna di dalam pinggan mereka. Keadan anti sayuran ini bukan sahaja berlaku di kalangan kanak-kanak bahkan orang dewasa juga mengalaminya.
Sebagai seorang ibu, pasti anda merasa sedikit kecewa sekiranya sayuran yang disajikan tidak terusik atau anda melihat anak anda sibuk mengasingkan sayuran dari sajian yang telah anda buat.Berikut adalah sebahagian tip-tip untuk mengajar anak anda menerima sayur-sayuran dalam hidup mereka.
Tetapi disebalik kebaikan nutrisinya, kita seringkali mendengar ada kanak-kanak yang tidak mahu menjamah sayur-sayuran dan kadangkala geli melihat sayur yang berwarna di dalam pinggan mereka. Keadan anti sayuran ini bukan sahaja berlaku di kalangan kanak-kanak bahkan orang dewasa juga mengalaminya.
Sebagai seorang ibu, pasti anda merasa sedikit kecewa sekiranya sayuran yang disajikan tidak terusik atau anda melihat anak anda sibuk mengasingkan sayuran dari sajian yang telah anda buat.Berikut adalah sebahagian tip-tip untuk mengajar anak anda menerima sayur-sayuran dalam hidup mereka.
- Masukkan sayur yang agak disukai kedalam sajian kegemaran
- Masak sup sayur, campurkan bahan-bahan yang digemari seperti chicken ball.
- Buat salad buah tetapi masukkan hirisan sayur yang berwarna warni supaya ia bukan saja menarik tetapi lebih berkhasiat
- Hidangkan sayur sebagai ulam dan pastikan ianya dilengkapi sambal belacan, budu dan sebagainya mengikut kesukaan.
- Elakkan memasak sayur terlalu lama sehingga menjadi lembik dan nampak hodoh. Biasanya selera kita akan terbuka sekiranya sayuran yang dimasak nampak segar dan mepunyai warna yang menarik.
- Jika anda membuat pizza sendiri, taburkan hirisan kecil sayur-sayuran di atasnya. Antara sayur yg boleh digunakan ialah brokoli, batang saderi, lada benggala, bayam, tomato, lobak merah dan jagung
- Buat jus sayur. Sekiranya rasanya tak boleh di terima, campurkan dengan buah-buahan untuk mempelbagaikan rasanya,
- Pelbagaikan kaedah memasak sayur. Jgn terhad kepada sup dan tumis sahaja. Kadang kala kita boleh campurkan sayur bersama ikan yang hendak di kukus, di goreng bersama salutan tepung dan di cicah bersama sos. Cth sayur peria dan terung
- Masukkan juga sayuran dalam jemput-jemput ikan bilis atau cucur udang. Antara sayur yg boleh di masukkan bersama ialah, carot, tauge, daun kucai daun bawang. Pilih sayur yang tidak mepunyai rasa atau bau kerana ianya boleh mematahkan selera mereka untuk memakannya
- Gril atau bakar. Barbeku daging atau ayam dan cucukkan sayur berselang seli dengan daging-daging tersebut.
- Jangan beri mereka hadiah sekiranya mereka berjaya makan atau menghabiskan sayuran yang di buat. Ini adalah kerana tabiat memberi hadiah boleh mengancam minat makan sayuran dan menyebabkan suasana makan bukan lagi waktu yang menyeronokkan.
- Sensitif dan peka dengan sayur atau kaedah yang digemari oleh keluarga anda.
- Ajak anak untuk turut serta dalam menyediakan makanan. Sambil itu kita menerangkan kebaikan yang boleh didapati dari sayur tersebut.
eee.....tak suke sayur! nak2 lagi sayur yg kaler hijau walaupun tau yg hijau la paling banyk khasiat...
ReplyDeleteanak2 sy dah besar pon susah betul nk makan sayur..lebih lg sayur hijau..
ReplyDeletepergh sembang pizza lak.. adehh.. sedap tuh kak.. kalau makan sayur?? saya agak kureng, tapi dipaksa oleh mama.. huhuhu
ReplyDeletewaaa...
ReplyDeletepizza..nanak..
klu saya boh sayur pon saya akan buang ke tepi sayur 2..
x suka..hak
info yg bagus..thank
ReplyDeletetips yang baik..=)
ReplyDeletetapi aku dari kecik mmg x suka makan sayur.
dah umo 20 tahun baru makan..hahaha..teruk tak? =p
kan dah cakap. bukan kanak2 je yg x suka sayur... nampaknya org besar pun sama...
ReplyDeletejamn skrg anak sulit mkn sayur, kl dirumah sih kt bs menyediakan dg berbagai variasi , kl mkn di luar susah cari yg ada menu sayurannya.
ReplyDelete