Wednesday, June 9, 2010

Pokok Lidah Buaya (Aloe vera)

Pokok Lidah Buaya atau Aloe Vera merupakan satu spesis tumbuhan dari famili Asphodelaceae yang berasal dari Afrika Utara. Pokok ini tergolong dalam tumbuhan berbunga, pokok saka dan tumbuhan herba, juga tergolong dalam famili yang sama dengan bawang merah dan bawang putih. Merupakan sejenis tanaman yang mudah tumbuh sama ada di dalam pasu ataupun di kawasan tanah lapang.

Pokok Lidah Buaya tidak mempunyai atau hanya mempunyai batang pokok yang amat pendek, dan tumbuh sehingga 80-100 sentimeter tingginya. Daunnya berwarna hijau muda dan berbentuk runcing serta berduri tajam. Daunnya berlendir dan sangat tinggi kegunaannya:-

Antaranya khasiat yang didapati dari lendir Lidah Buaya:
- mempercepatkan proses penggantian sel,
- merawat masalah kegatalan kulit seperti ekzema

- merawat kulit terbakar

- menghilangkan parut kudis dan jerawat

- meredakan bisul


Kini, Lendir Lidah Buaya telah dikomersialkan untuk dijadikan jus supaya mudah digunakan. Antara kebaikan jus lidah buaya ini adalah
- mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah jantung
- membaik pulih luka didalam badan
- mengurangkan sembelit
- mengurangkan sakit sendi

- menyenangkan proses penyingkiran toksik dari dalam badan
- serta mengurangkan pelbagai masalah kesihatan.


Walau bagaimanapun, wanita hamil adalah ditegah mengambilnya kerana dikhuatiri boleh mengganggu kesihatan kandungan.

6 comments:

  1. gud info kak, tapi asal orang hamil xleh guna?? :)

    kak, pasal yang software tuh, akak nampak x barner yang ada kat entry sya tuh??

    http://slumberblogger-freedownload.blogspot.com/2010/06/blogtrack-aka-blogwalking-software.html

    barner tu akak letak la kat mana2 dalam blog aka, copy paste jer, nanti kalau dah letak bagitau sya, pasal IE tuh, apsal akak xinstall lain jer??

    satu lagi kak, tolong2 la ajak kawan akak join skali mende nieh,hehehe.. cepat sikit sya nak lancarkan software tuh.. :p

    time kasih.. :)

    ReplyDelete
  2. wahh.. kalau akak nak ajak kawan, suruh la dia register kat blog wadud..

    1.)tinggal kan URL Blog.
    2.)Letak barner macam akak letak tuh.

    tu je yang penting, tapi emsti dalam blog wadud tau.. time kasih kak kalau dah ajak kawan2 yang lain.. :p saya dah listkan nama akak.. :)

    http://slumberblogger-freedownload.blogspot.com/2010/06/blogtrack-aka-blogwalking-software.html

    pasal IE tuh,kalau betol kene hacked, kalau kita pakai gak IE tu keluar ape? warning ke?

    ReplyDelete
  3. suka guna aloe vera ni..buat mask..
    hehehe

    ReplyDelete
  4. aloe vera dalam pencuci muka.. ^^.

    ReplyDelete
  5. saye suke campur lidah buaye dlm jus.. mcm dlm marigold jus tu.. yummy!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews