Showing posts with label oven. Show all posts
Showing posts with label oven. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

Cerita Di Sebalik Oven Baru

Nilah oven baru honeyz. Stainless steel. Alamak comot sikit ada kesan minyak lekat kat oven sebab honeyz nya table tob kecik sikit. so bila nak buka kena pegang badan oven supaya x gelongsor ke depan. Nak letak kat bawah takut sakit pinggang.

Last Friday honeyz gi kedai letrik yang selalu honeyz pergi untuk beli oven baru. Nak beli yg baru?????????? Oven yg beli ari tu dh rosak ke??????? Bukan sebab rosak tapi sebab tempahan muffin yg di terima semakin meningkat... so ingat nak rembat oven brand Europa jet cook system. Tengok arga pasaran dalam RM1400. honeyz berkira2 bleh mintak kurang hingga RM900 - RM 1k. Tapi bila sampai kedai tokei terus kasi RM1,100 minta kurang dia kata dh xleh.. Adeh... merayu punya pasal last 2 tokey kedai tu suh amik brand fagor.. dia kata harga asal RM 2k++ dia bagi RM 1, 400 ++.

Adeh, nak buat camne ni... nak budget last 2 husband suh amik gak fagor sebab tengok dianya condition lagi tough dari europa...serta jaminan yg ditawarkan 2 tahun berbanding europa 1 tahun sahaja. Bincang nye bincang lagi... husband suh extend waranty ke 5 years.. Tambah duit lagi... Last 2 honeyz bayar RM 1600 tuk oven tu termasuk ngan extended waranty 5 years serta fius tuk oven tersebut.

Nak jadi cerita malam tu oven sampai. Dan technician yg dia anta tak berapa paham ngan oven tu... so masa pemasangan fius soket telah berlaku letupan akibat pendawaian yg salah serta telah membakar fius utama rumah.. Pe lagi honeyz n hubby naik angin sebab kena bergelap sekejap. Tapi syukur lah at last bos tu anta technician yg baru serta tukarkan sume benda yg terbakar dengan yang baru. Untuk meredakan kemarahan kami juga tokey tu berikan extended wayar tuk oven tu for FOC.

Tuesday, November 9, 2010

Oven Baru

Oven yang lama berkhidmat

Align CenterBrand yang tak canggih tapi tahan lasak

Ni oven yang kak honeyz dapat semasa majlis perkahwinan kak honeyz 14 tahun lepas. Setelah sekian lama memberi khidmat pada kak honeyz, dengan rasminya ianya tak lagi berfungsi lagi pada ahad lepas semasa kak honeyz sedang sibuk membakar kulit cheese tat yang di tempah oleh pelanggan. Walaupun jenamanya taklah se-gah mana, tapi ketahanannya amat terserlah.

Dan yang ini pula oven baru yang kak honeyz beli semalam. Harap2 ianya dapat berkhidmat lama seperti IMAR.
Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews