Showing posts with label Kenali Jenis2 Penyakit. Show all posts
Showing posts with label Kenali Jenis2 Penyakit. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

Tekanan Darah Rendah (hipotensi)


Tekanan darah yang dianggap rendah untuk anda mungkin normal seseorang individu lain. Kebanyakan doktor mendiagnos tekanan darah rendah sebagai TERLALU RENDAH hanya jika ia menyebabkan simptom-simptom yang dapat anda rasai.

Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.

Tekanan Darah Rendah = Tekanan darah kurang 90/60 mmHg.

Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah ini yang rendah (sama ada sistolik sahaja atau diastolik sahaja), tekanan darah anda tetap dikira rendah.

Cth: 115 / 50 = tekanan darah rendah @ 85 / 70 = tekanan darah rendah
......(normal) (rendah)......................................
(rendah) (normal)

Kejatuhan tekanan darah secara tiba-tiba boleh membahayakan. Penurunan tekanan darah walaupun hanya sebanyak 20 mmHg (cth: drp. 130mmHg à 110mmHg) boleh menyebabkan pening dan pitam apabila otak gagal mendapat bekalan darah yang cukup

Faktor-Faktor yang menyebabkan Tekanan darah menjadi rendah
  • Mengandung: Disebabkan sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat semasa mengandung, tekanan darah sangat cenderung untuk menjadi rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan darah sistolik lazimnya menurun sebanyak 5 – 10 mmHg dan tekanan diastolik menurun sebanyak 10-15 mmHg. Ini normal bagi ibu mengandung. Tekanan darah lazimnya kembali normal selepas melahirkan anak.
  • Masalah Jantung: Masalah-masalah jantung yang boleh membawa kepada tekanan darah rendah termasuklah kadar degupan jantung yang sangat rendah (bradycardia), masalah injap jantung, serangan jantung dan kegagalan jantung. Keadaan-keadaan ini menghalang pengaliran darah secukupnya ke seluruh badan dan boleh menyebabkan tekanan darah rendah.
  • Masalah Endokrin: Masalah kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) atau kelenjar tiroid yang terlebih aktif (hyperthyroidism) boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Selain itu, masalah lain seperti ketidakcukupan Kelenjar Adrenal ( Penyakit Addison), gula dalam darah yang rendah atau penyakit diabetis boleh menyebabkan tekanan darah rendah.
  • Dehidrasi: Dehidrasi adalah keadaaan di mana badan anda kehilangan air lebih banyak daripada jumlah air yang anda ambil (minum). Dehidrasi boleh menyebabkan kelemahan, pening, dan kelesuan. Demam, muntah-muntah, cirit-birit yang teruk, terlebih menggunakan ubat diuretik (menyebabkan pembuangan air kencing) dan senaman yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi.
  • Yang lebih serius ialah ”hypovolemic shock” (isipadu darah yang sangat rendah), satu komplikasi dehidrasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan kejatuhan tekanan darah secara mendadak dan mengurangkan bekalan oksigen ke tisu-tisu badan. Jika tidak dirawat, hypovolemic shock yang teruk boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa jam atau beberapa minit sahaja.
  • Kehilangan Darah: Kehilangan darah disebabkan kecederaan yang parah atau pendarahan dalaman mengurangkan jumlah darah dalam badan anda, membawa kepada penurunan tekanan darah yang teruk.
  • Jangkitan yang teruk (Septicemia): Septisemia berlaku apabila jangkitan di dalam badan memasuki saluran darah. Keadaan ini boleh membawa kepada kejatuhan tekanan darah yang mengancam nyawa. Keadaan ini dipanggil ”septic shock’.
  • Tindak balas alahan yang teruk (anaphylaxis): Anaphylaxis adalah serius dan berpotensi mengancam nyawa. Pencetus-pencetus anaphylaxis yang lazim ialah makanan, sesetengah ubat, bisa serangga dan bisa ular. Anaphylaxis boleh menyebabkan masalah pernafasan, kegatalan,p embengkakan kerongkong dan kejatuhan tekanan darah.
  • Kurang zat dalam diet anda: Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia– keadaan di mana badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah secukupnya lalu menyebabkan tekanan darah rendah.
Ubat-ubatan yang Boleh Menyebabkan Tekanan Darah Rendah
  • Diuretik: ubat darah tinggi yang menyebabkan kencing yang banyak.
  • Alfa-Blockers (ubat darah tinggi)
  • Beta-blockers (ubat darah tinggi)
  • Ubat-ubat untuk penyakit Parkinson
  • Sesetengah jenis ubat penenang (anti-depressant)
  • Sidenafil (Viagra), terutamanya jika digunakan bersama nitrogliserin (sejenis ubat jantung)
Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah:

Tekanan Darah Rendah Apabila Bangun Berdiri (Postural Hypotension)
Terjadi apabila anda berdiri dari posisi duduk atau bangun dari posisi berbaring. Graviti menyebabkan darah terkumpul ke kaki apabila anda berdiri. Bagi individu normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah postural hypotension, jantung dan urat darah tidak dapat bertindakbalas secukupnya terhadap graviti- lalu tekanan darah menjadi rendah, menyebabkan simptom-simptom pening, pandangan kabur dan kadangkala menyebabkan pitam.

Tekanan Darah Rendah Selepas Makan (Postprandial Hypotension).
Selalunya dihadapi oleh mereka yang berumur. Sejumlah besar darah berkumpul ke saluran penghadaman selepas anda makan. Bagi mereka yang normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah, mekanisme ini gagal berfungsi lalu menyebabkan tekakan darah menurun.

Cara-cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah
  • Makan lebih garam dalam diet anda- tetapi jangan terlalu berlebihan kerana natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.
  • Minum lebih banyak air – terutamanya sewaktu cuaca panas dan ketika anda sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan isipadu darah anda dan menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan (cth: Oral Rehydration Salt, ORS).
  • Bersenam selalu untuk menggalakkan pengaliran darah.
  • Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan.Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.
  • Pakai stoking elastik (gut/ compression stocking) – memakai stoking ini pada kaki boleh mengurangkan darah turun ke kaki, lalu mengekalkan lebih darah di bahagian atas badan.
  • Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.
Jika langkah-langkah di atas tidak dapat memperbaiki tekanan darah anda, anda mungkin memerlukan bantuan ubat-ubatan.

Ubat-ubatan untuk Tekanan Darah Rendah
  • Fludrocortisone – sejenis mineralocortikosteroid yang berkesan untuk ’postural hypotension’ dan tekanan darah rendah. Ia menyekat penyingkiran natrium oleh buah pinggang, menyebabkan penahanan bendalir badan dan sedikit bengkak. Ini perlu untuk menaikkan tekanan darah. Akan tetapi, penyekatan natrium ini juga akan menyebabkan kehilangan kalium. Jadi, amat penting untuk anada mendapatkan supplemen kalium setiap hari jika anada mengambil ubat fludrocortisone.
  • Midodrine – ia berkesan memperbaiki tekanan darah bagi mereka yang mengalami postural hypotension. Ia bertindak dengan menyekat kebolehan urat darah untuk mengembang, justeru menaikkan takanan darah.
Dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.

Tuesday, May 11, 2010

Kenali Penyakit Tiroid

Oleh kerana salah seorang sahabat honeyz ada mengalami masalah Tiroid so honeyz ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang penyakit ini. Mungkin ada yang diantara kita yang tak tahu apa Tiroid ni kan so jom kita kenali serba sedikit penyakit ini.

Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Ianya berbentuk seperti rama-rama. Fungsinya ialah untuk mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia.

Apabila Tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, Ia boleh memberi kesan terhadap setiap aspek kesihatan- terutamanya terhadap berat, kemurungan dan tahap tenaga.

Penyakit Tiroid Terbahagi kepada dua jenis:-
i) Hipertiroidisme/Tirotosikosis
ii) Hipotiroidisme

"Hipertiroidisme" berlaku disebabkan hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada org biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah:

- Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya pesakit tiroid akan akan mengeluarkan hormon yang berlebihan pada setiap sel tiroidnya.
- Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh menjadi elok sendiri
- Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan.

Antara Tanda2 org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipertiroidisme":-
- Bengkak di leher
- Cirit Beret

- Degupan Jantung bertambah, sentiasa berdebar2

- Gementar dan gelisah, terketar2

- Haid tdk teratur, kurang atau tidak datang

- Kesuburan turun

- Penumpuan kurang

- Mata menjadi besar (bulging)

- Angin yang tidak menentu

- Kejang Otot

- Oesteoporosis

- Pengeluaran peluh yang banyak

- Suhu badan naik, tak tahan panas

- Rambut tidak kuat

- Sukar bernafas, Sukar tidur

- Tekanan darah naik

- Turun berat badan walau selera naik

- Lemah


"Hipotiroidism" merupakan keadaan tiriod yang sering berlaku dan biasa berlaku terhadap wanita. Ianya disebabkan oleh penghasilan hormon tiroid yang tidak mencukupi. Sekiranya ia tidak dirawat ia boleh menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat kegemukan (Obesiti), penyakit jantung dan kemurungan

Antara Tanda2 org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipotiroidism":-
- Kesukaran untuk menurunkan berat badan. Walau melakukan berbagai jenis
senaman,

- Penambahan berat badan. Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet.

- Kemurungan atau kegelisahan

- Cepat berasa letih

- Faktor Genetik

- Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period

- Masalah sembelit yang teruk

- Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus. Manakala kulit
menjadi kasar dan berkuping

- Sakit otot dan sendi. Masalah capal dan tendonitis.


Siapakah yang berisiko mendapat Tiroid
- Perempuan
- Mempunyai sejarah keluarga (Genetik)

- Mengidap sakit pituitari atau endokrin yang lain

- Usia lebih dari 60 tahun. Boleh juga berlaku pada org yang lebih muda.. seperti
kawan honeyz.. lewat 30-an

- Orang yang kuat merokok.


Oleh yang demikian, sesiapa yang mengalami simtom2 di atas digalakkan menjalani pemeriksaan doktor untuk menjana kesihatan yang lebih baik... Insya allah di lain hari honeyz berkongsi tentang penyakit yang lain pulak.

Tuesday, May 4, 2010

Penyakit Anemia

Anemia merupakan sejenis penyakit dimana tubuh badan mengalami kekurangan sel darah merah semasa proses pembawaan oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalakan oleh protein yang dipanggil hemoglobin. Anemia juga membawa maksud heamoglobin yang tidak mencukupi. Paras Hea moglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

Anemia disebabkan oleh perkara2 berikut:

1. Kehilangan darah (terbahagi kepada akut atau kronik)
- Kehilangan darah akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah
- Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan

2. Kurang penghasilan sel darah merah dalam sum-sum
- kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
- Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubatan
- Kekurangan hormone: Paras hormo tiroid rendah
- kerosakan sum-sum: kanser darah, penyakit sum-sum
- Gangguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia

3. Pemusnahan sel darah merah berlebihan
- berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat. Terbahagi kepada dua iaitu Anemia disebabkan kekurangan zat besi dan Talasemia.

Simptom dan Gejala Penyakit Anemia ini biasanya tidak disedari oleh penghidapnya. Sekiranya anda mengalami sebahagian simtom2 berikut, adalah disarankan anda menjalani pemeriksaan doktor untuk ujian kesihatan.
- Keletihan setiap masa
- Pening
- Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
- Kulit pucat
- Kadar denyutan jantung cepat
-Kurang daya ingatan

Kompilasi yang disebabkan oleh Anemia
- Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi
- mengalami masalah semasa mengandung seperti melahirkan bayi pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan

Tips untuk pesakit Anemia
Diet untuk memperbanyakkan hemogloblin makan makanan yg kaya dengan zat besi seperti daging merah, ikan, ayam, hati telur, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau, bayam, brokoli dan tauhu

Mempercepatkan penyerapan zat besi
-Makan atau minum jus limau, strawberi, brokoli atau buah-buahan dan sayur2an yang mengandungi vitamin C

Elakkan minum kopi atau teh selepas makan kerana kedua-dua minuman ini menyukarkan tubuh menyerap zat besi.

Berhati2 dengan kalsium kerana kalsium melemahkan penyerapan zat besi. Anda harus berbincang dgn doktor bagaiman cara terbaik mendapatkan kalsium dan zat besi sekali gus utk tubuh anda

Vitamin B12 dan Asid Folat penting untuk tubuh dan boleh didapati dari daging ayam, daging merah dan sayur2an

Suplemen Zat besi- berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil supleman ini kerana ianya mempunyai kesan sampingan seperti pening kepala, muntah dan alahan

Lakukan pemeriksaan kesihatan setiap 5 hingga 10 tahun
-sekiranya anda wanita yang tidak hamil di usia produktif, buat pemeriksaan darah untuk mengesan adakah anda menghidap anemia.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews