Showing posts with label Resepi Sajian keluargaku. Show all posts
Showing posts with label Resepi Sajian keluargaku. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Sandwich Ala-ala Subway

Smalam tengah-tengah menggoogles, tetiba nampak sandwich subway... apa lagi... kecur air liur dibuatnya dan otak pun mula mereka-reka menu untuk di jamu apabila sampai di rumah... Menu yang ringkas dan cepat.. tanpa membuang masa kuhayunkan kaki ke Carre4 yang terletak di sebelah opisku untuk membeli roti wholemeal bersaiz besar. Tak lupa ku belikan salad, tomato serta chicken meatloaf dari 3 brand yang berlainan... dan inilah hasilnya... Sandwich ala-ala subway ... sungguh menyelerakan dan mengenyangkan....

Wednesday, June 6, 2012

Chicken Burrito

 Tortila yg telah siap digulung dan  isi dengan kepingan ayam, sosej, tomato, celeri, salad dan karot
 Disiram dengan sos tomato yang di campur daun selasih serta di taburi dengan Keju .. Menanti masuk oven
Siap untuk masuk kedalam mulut... masa ada 4 mulut sedang menanti sambil menelan air liur

Chicken Burito merupakan salah satu makanan dari mexico... baru tau masa  tengok episod penyingkiran selebriti masterchef. Mula2 ingatkan Lasagna... rupanya lebih kurang macam sama.. tapi bila chef2 mengatakan makanan ni adalah Chicken Burrito.. teruja sangat nk mencubanya..Bahan2 asas yang diperlukan adalah Kepingan Tortilla, isi ayam/daging serta sayur-sayuran.. Inti boleh dipelbagaikan... Kadang2 boleh juga masukkan nasi kedalam tortila bersama2 bahan lain... Ianya di makan bersama krim masam.. Ini Chicken Burrito kak honeyz.. buat malam kelmarin selepas menyiapkan tempahan coklat2. Ank2 Lapar.. so apa lagi bersilat sekejap di dapur untuk menghasilkan Chicken Burrito yang tersangatlah sedapnya serta mengenyangkan......

Tuesday, March 27, 2012

Honey Roasted Chicken Rosemary

Walaupun nampak macam hangit... tapi x sebenarnya... sungguh lembut isinya  dan manis....

Chicken roasted ini juga dibuat khas untuk menyambut besday in advance anak kak honeyz. Hmmm sampai 3 ekor kak honeyz buat... tu pun x cukup.... gandingan herba rosemary mmg membangkitkan rasa... sungguh menyelerakan... menu sampingan kak honeyz ari tu ... KEK ALMOND BUTTERSCOTCH (gambar ntry sebelum), nasi karot, kuah dalca serta salatah yang mana x sempat nak ambil photo... x pe.. nanti kak honeyz akan buat lahi next month sempena besday anak ke dua kak honeyz...


Kepada sapa2 yang belum try, kak honeyz suggestkan buatlah chicken roasted ini ... mmg menyelerakan

Wednesday, January 25, 2012

Kek Pandan Layer


besar pulak loyang ni... lain kali guna bekas yg kecik sikit baru cantik


Kek ni kak honeyz cuba buat petang tadi lepas baca feedback dr ramai kata kek ni sedap. Oleh kerana masih bercuti so kak honeyz pun mencuba walaupun xde springform/loose tin, kak honeyz gagahkah jugak buat sbb nk tau kesedapannya. cuma kat sini bentuknya xdelah secantik mana sebb terguna loyang yg terbesar. Lain kali xde springform pun xpe pakaile apa2 bekas sbb kek ni snng lekang rupanya... sapa2 nk cuba boleh amik resepi hajah noraini... rasanya sedap dimakan ketika sejuk..dan x terlalu manis...



Bahan-bahan :1 biji kek span pandan bersaiz 9 inci


Bahan Kastad:
1000 gm air
125 gm gula
5 helai daun pandan,disimpulkan
110 gm susu cair Carnation/Ideal
2 gm mentega (sedikit saja)
1 1/2 sudu teh jeli segera (instant jelly)
85 gm tepung Hoen Kwee (hijau)
50 gm santan serbuk (segera)


Cara Membuatnya :
1. Kek span dihiris 3 lapisan. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan diatas ke dalam sebuah periuk.
3. Kacau diatas api sederhana hingga pekat dan mendidih. Angkat.
4. Sediakan tin springform atau loose tin bersaiz 9 inci.
5. Masuk lapisan kek pertama.Ia perlu kecil sedikit dari tin. Jika besar potong tepinya
6. Ambil satu cawan kastad dan tuangkan diatas dan kelilingnya. Ratakan.
7. Buat lapisan kedua dan ketiga.Habiskan kastad. Biarkan sejuk baru masuk petiais.
8. Sejukkan kek 5 jam dalam peti ais sebelum dipotong.
9. Hiaskan mengikut citarasa anda.

Monday, January 23, 2012

Kuih Gulung a.k.a Kuih Ketayap

Hujan pulak petang ni. Hmmm lapar pulak perut. Tadi dah beli kerepek kat kakak yg dtg jual dari rumah kerumah. X kenyanglah pulak. Dok terpikir apa menu yg paling ringkas. nk buat... aha...kuih gulung lah... Ni lah menu petang utk hari ini...Kuih Gulung.

Resepi

2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau.

-masuk kesemua bahan kedalam bekas dan adun sebati.
-panaskan kuali
-lengserkan sedikit minyak dan letak 1 senduk adunan kedalam kuali.
-lenggangkan kuali utk membentuk satu lapisan nipis.
-angkat apabila lapisan tepung lekang dari kuali.
-letakkan inti dan gulung.

initi

1/2 biji kelapa parut (putih sahaja)
1 cawan gula merah
3/4 cawan air.
daun pandan

cara buat inti
masukkan kelapa, gula merah serta daun pandan kedalam periuk dan masak sehingga kering. letak ke tepi.

Sunday, December 11, 2011

Chicken Poket Burger

Menu ringkas ini sesuai di buat breakfast atau bekalan untuk anak sekolah. cukup mengenyangkan dan mudah disediakan.

Bahan2 yg diperlukan:
roti pita
burger goreng ayamas (quick burger)
tomato, salad, timun
cili sos, tomato sos dan mayonis

cara2 membuatnya
1) panaskan roti pita di atas pan dan belah dua
2) goreng burger ayamas sehingga kekuningan
3) masukkan salad timun dan hirisan tomato dalam roti pita
4) selitkan burger dan letakkan mayonis serta cili sos.
5) siap dimakan sungguh menyelerakan

Selamat mencuba

Monday, October 10, 2011

Resepi Tepung Pelita

Semalam honeyz buat kuih Tepung Pelita. Ingatkan susah sangat lah mula tapi rupanya sungguh mudah. Yg lagi best boleh makan byk2.. Hee hehe.. Sapa2 yang nak resepi sila ambil kat sini ye.

Resepinya: (copy & paste dari fp kak nina)

Bahan-bahan ( 20 cups- bergantung pd saiz bekas )
• 1 cawan tepung beras
• 1 cawan gula
• 5 cawan air
• 4 sudu besar tepung beras (ratakan)
• 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
• 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
• sedikit garam
• sedikit air kapur (aries omit)

Cara-cara membuat adunan yg warna hijau
1. Tepung (1 cawan) , air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.

Cara-cara membuat adunan yg warna putih
1. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
2. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
3. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
4. Sejukkan.

Tuesday, October 4, 2011

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


Pernah makan siput sedut x? Suka x? Kak honeyz pun suka makan tapi dulu x tau camnelah nak masak siput ni. Mula2 dulu geli gak nak makan tapi masa preggy anak kedua terliur pulak tengok kawan kak honeyz makan siput sedut ni. Berdesit2 dia menyedut siput tu. Mulai hari tersebut kak honeyz pun sudah pandai makan benda ni. Tapi beli je lah bila nak makan.

Tapi 2 ari lepas kak honeyz berkobar2 nak masak sendiri siput ni. Sebabnya kat umah sudah ada 3 org yg suka makan :- Hubby, kak honeyz & ank bongsu kak honeyz. So pe lagi lepas je anta tempahan kak honeyz terus ke Tesco. Kebetulan ada pulak siput ni kat sana, x banyak pun yg tinggal dapat le lebih kurang semangkuk. Jadile buat permulaan.

Cara nak cuci siput berlumpur ni. Kak honeyz ikut petua yg dapat kat tenet
1) Lumurkan hampas kelapa dengan siput yg belumpur. Tujuan untuk membuang segala lumpur dan hanyir siput.
2) Biarkan seketika. Kalau boleh tutuple bekas tu sebabnya siput ni sangat merayap2
3) Bilas 3 kali dengan air bersih
4) Potong bontot siput dengan playar. X payah guna pisau atau parang. Guna playar lagi senang. Sekali kepit dah terpotong bontotnya.
5) Bilas sekali lagi dan sedia untuk di masak.
6) Masaklah seperti masak lemak cili api ayam kesukaan korang.

Ha tengoklah siput sedut yg kak honeyz masak tu. Orang kata sedap masak ngan batang keladi atau buah labu. Tapi kak honeyz masak dengan daun kunyit je pun dah sedap. Nak nye pulak tambah dengan ikan goreng, ikan masin serta sambal tempoyak. Terangkattttttt....

Monday, June 6, 2011

My Chicken Chop......



Last week honeyz buatkan chicken chop untuk family gara2 ank2 honeyz x dapat makan masa sambutan hari ibu yg dianjurkan oleh KRT di tempat honeyz.. So apa lagi... jom cuci mata... ye...

Thursday, May 12, 2011

Tempahan lain dari yang lain

ready to bake in the oven

Tempahan minggu ini agak lain sikit dari kebiasaannya... Kak honeyz buat pun atas sebab kawan. Abih dh selalu sangat dia bertanya ...so honeyz pun ambil keputusan untuk memenuhinya.. Ini lah dia tempahan minggu ini. Pizza ringkas..malas nak uli just guna roti gardenia aje.....kesemuanya 75 keping... Yang dah masak x sempat den nak snap sebab masa terlalu suntuk. Anyway Tqvm BB.

Friday, March 25, 2011

Jom buat Pizza

Pizza Tuna Island yg belum di masak

Ready to eat. Alamak gambar spoiled sikit terhangit

Ini piza yang honeyz buat utk ank2 makan last week. Ada Tuna Island, Hawaian Chiken dan sosej lover.. So sape 2 nak resepi piza ni bleh amik kat sini yer.. Ini resepi kak hanieliza.. Tapi toping tuk piza leh ikut cita rasa sendiri...

PIZZA

Bahan A

500 tepung roti
1 paket yeast mauripan
2 s/b gula
1 s/k garam
1 biji telur

Bahan B
3 s/b majerin/shorterning
250 ml air


cara:
1. Gaul rata semua bahan A sehingga sama rata.
2. Masukkan air dan uli sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan uli lagi sehingga menjadi doh yg lembut [anggaran 10 minit]
4. Bahagikan adunan pada 4 doh besar dan leperkan .
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.


INTI PIZZA

bahan

400 gm daging kisar [peroikan daging dan toskan]
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas -
1 cawan cendawan butang [belah 4]
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun aregano
garam

cara
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan daging kisar dan tambahkan garam serta daun aregano, tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga daging empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.


Thursday, March 17, 2011

Kari Kepala Ikan Tenggiri


Hari ini honeyz nak letak gambar kari kepala ikan lak. Sudah agak lama honeyz x masak untuk family. Depa tu, asyik2 makan nasi kedai jek... maklumlah tempahan coklat, muffin dan krim puff berderet aje. Menu mereka hari2 Nasi Goreng USA, kuetiau lah... sampai depa naik boring. Disebabkan jadual tempahan tidak terlalu pack dan lama lagi... maka honeyz masaklah lauk kegemaran hubby dan ank2.. kari... Husband honeyz ni mmg hantu kari... dari kecik sampailah besar maknya ari2 masak kari... x kiralah kari ikan, daging, ayam, telur atau ikan masin. Dan honeyz juga kena belajar masak kari ni every weekend ngan mak dia sebelum kahwin. Masa tu fed-up gaklah kan sebb kadang2 jadi kadang tercairlah... Tapi lama kelamaan honeyz dah expert dah. Dan yang paling honeyz suka masak kari mak mertua ni just main campak2 aje dan x perlu nak tengok atau kacaunya selalu... sampai masa padam api dan hidang... byk keje leh buat...walaupun xde daun kari... tapi baunya ... semerbak....dan rasanya... mmph sehingga menjilat jari...

Kari Kepala Ikan Tenggiri:

Kepala ikan tenggiri dibelah 2 dan dibersihkan dan digaulkan bersama garam dan kunyit
3 ulas bawang merah -dihiris
2 ulas bawang putih-di hiris
2 sudu besar rempah kari ikan - any brand (honeyz guna babas)
Air asam jawa secukupnya...
santan dari 1/2 biji kelapa (agak2 dapat 3/4 mangkuk tau fu fah)
sayur bendi atau terung
cili hijau jika suka untuk hiasan
1 biji tomato
minyak untuk menumis

caranya ringkas... aje

-panaskan minyak dan masukkan bawang putih serta merah sehingga naik bau
-masukkan rempah kari... kacau jgn bagi hangit
-masukkan air perahan asam jawa dan sebatikan rempah kari
-masukkan kepala ikan bila sebatian asam jawa dan rempah kari mendidih
-biarkan seketika sehingga nampak minyak naik...
-masukkan santan dan kecilkan api
-masa ni bleh ar masukkan garam ikut selera anda...
kemudian masukkan sayur bendi, terung, cili hijau dan tomato.
-biarkan ia mendidih sendiri sehingga masak.

* Honeyz nak tau kari tu dh masak senang aje... kalau honey dukkat depan.. dan tercium bau kari yang harum serta menyelerakan... so dh masaklah...

Sorylah honeyz x pandai nak ajar orang... serupa ngan MIL. Honeyz belajar pun dari pemerhatian secara langsung atau tidak langsung...

Friday, October 15, 2010

Chicken Lasagna


Ni chicken lasagna yang kak honeyz buat lagi last sunday. Baru ari ni nak buat posting... asyik bertangguh je.. Lasagna ni kak honeyz buat lagi sebab anak2 dan hubby suh buat sebab depa x puas makan masa kak honeyz buat pada 3rd Open House Raya di rumah kak honeyz di penghujung bulan Syawal. Tak sangka pulak kak honeyz buat 2 tray besar abis licin kesemuanya. Nak ambil gambar menu hari tersebut pun x sempat. Jiran2 yg dah beraya kat umah kak honeyz pun datang beraya lagi sebab dengar kak honeyz masak ala-ala western ari tu. Mana taknya, kak honeyz buat menu di luar kebiasaan (selalu wat nasi minyak, tomato, beriyani or nasi ayam). Nasib baik gambar lasagna ni pun kak honeyz sempat snap, tu pun selepas kak honeyz perasan lasagna dalam tray besar dah abis dimakan oleh anak2 dan hubby.

Kepada sesiapa yang nak resepi sila ambil kat sini ye:

Chicken Lasagna
Lasagna Sheet Secukupnya direbus
Sos putih
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 kotak 250 ml susu full cream(apa2 brand)
Mozarella Cheese (yang ni kak honeyz agak2 je ikut tekak kak honeyz)
Sedikit garam,
Sedikit lada sulah
Cara: Cairkan butter dalam kuali atau pan dengan api perlahan kemudian masukkan tepung kacau hingga sebati. Jgn sampai bergentel. Masukkan Susu kacau rata kemudian masukkan cheese, garam dan lada sulah. kacau rata sehingga kuah agak pekat. Ketepikan.

Sos Daging
1 paket ayam/daging kisar brand ramly
2 ulas bawang putih di cincang
1 biji bawang besar di potong dadu
1 batang carrot juga di dadu
1 biji buah tomato di dadu
1 tin tomato puree
sedikit oregano
gula dan garam secukupnya.
Cara: panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan ayam atau daging. Bila daging agak empuk, masukkan tomato puree dan bahan2 lain. Masukkan garam dan gula. Suaikan rasanya ye.. dan kalau boleh sos daging hendaklah mnis sedikit sebab sos putih akan berasa masin disebabkan ada cheese.(untuk sesiapa yang sukakan pedas- eloklah tambahkan cili sedikit dalam masakan)

Cara Melapis Lasagna
Ambil loyang dan ratakan sos daging di permukaan loyang. Kemudian taburkan sedikit mozarella cheese yang telah di parut. kemudian aturkan lasagna sheet rapat menutupi permukaan sos daging. kemudian letak lagi sos daging di ikuti dengan sos putih serta sedikit parutan cheese. Ikuti langkah ini sehingga penuh loyang tersebut. Kemudian bakar selama 40- 45 minit dengan suhu 185'C.



Monday, June 14, 2010

Kuih Bakar atau Bingka


Malam tadi buat kuih bakar ni lagi untuk breakfast esok. Last week dah buat masa kakak honeyz datang ngan family dia tapi x puas makan sebab dapat rasa sorang sikit jek. Abih dah ramai ye dak... so sesiapa yang nak resepi kuih bakar ni lehlah ambil kat sini.. resepi ni pun honeyz follow dari resepi kak hanieliza... Terima kasih kak hanieliza untuk resepi kuih bakar ni... memang sedap... anak2 honeyz pun suka...

Acuan Kuih Bakar



honeyz guna acuan ni


Boleh juga guna yang ni kalau xde yang acuan di atas

Resepi Kuih Bakar
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
2 cawan santan dari 1 biji kelapa
3 cawan air daun pandan (10 helai daun pandan)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau jika mahu (honeyz x pakai)
sedikit bijan yang digoreng tanpa minyak (honeyz x pakai)

Cara membuatnya
  1. Satukan tepung, gula, garam, santan dan air pandan dalam bekas. Kacau hingga sebati. Masukkan telur dan kacau lagi sampai sebati. Kemudian tapiskan. Kalau malas bolehlah diblenderkan aje bahan kemudian tapiskan.
  2. Lengserkan acuan kuih bakar atau loyang dengan sedikit minyak.
  3. Masukkan adunan yang telah ditapis kedalam acuan dan bakarkan di atas api yang kecil.
  4. Sekiranya anda menggunakan loyang, sila bakarkan dengan menggunakan oven dengan suhu 180'C selama 1 jam dengan api atas bawah.
  5. Bagi penggemar bijan, bolehlah ditaburkan bijan yang telah digoreng tanpa minyak keatas kuih bakar tadi selepas 30 minit ianya dibakar.


Monday, May 10, 2010

Sushi Style Honeyz


Semalam petang. X tahu nak makan apa..Tengok kabinet ade lak nori seaweed. Apa lagi buat sushilah tuk minum petang. Tapi honeyz nye sushi ni kelakar sikit. Sebab kitaorang tukarkan wasabe dengan cili padi.. ikut tekak melayukan..Tapi taste dia not bad ye..

Bahan2
2 cawan beras sushi
5 sudu besar cuka makan
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Seaweed
Timun di buang arinya dan dipotong memanjang
Carrot juga dipotong memanjang
(timun dan carot direndam dalam air garam untuk menjadi rangup)
Telur yang telah didadarkan di potong memanjang
Hotdog yangtelah dikukus
Sedikit mayonis.

Inti boleh digantikan dengan tuna, crab meat ataupun ayam goreng berempah yang dihiris nipis.


Cara2nya
- Basuh beras dan masak mengikut sukatan air yang diberikan
- Larutkann gula, garam bersama cuka
- Beras yang telah masak digaulkan bersama larutan cuka tadi dengan menggunakan sudip kayu
- Panas seaweed dalam oven lebih kurang 2 minit
- Hamparkan sehelai seaweed pada sushi mat
- Ratakan nasi keseluruh seaweed. Agak2 jgn terlalu banyak
- Letakkan Timun, carot serta salah satu bahan daging (telur, tuna atau hirisan ayam)
- Letakkan sedikit mayonis
- Gulung seaweed tadi dan potong
- Hidangkan bersama cilipadi bercampur kicap... Ini sushi melayu...

Monday, May 3, 2010

Nasi Ayam


Memandangkan madu lebah asli yang honeyz beli dengan orang asli dari Pahang banyak lagi so honeyz pun buatlah nasi ayam tengahari semalam. Dengan cara ni aje, baru madu tu luak sikit demi sikit. Lagipun honeyz kesian dengan brother org asli tu yang asyik telefon honeyz je bila turun KL sebab bawa madu dari hutan.

Rumah honeyz plak kalau masak nasik ayam je mesti kena masak 2 ekor untuk 5 orang. Kuat makan betul anak-anak aku ni.. Xpelah kan janji sihat...

Resepi Nasi Ayam Honeyz

Untuk rebusan
Ayam dibelah 4
2 ulas bawang putih- di tumbuk
2 cmhalia - di ketuk

Cara: Rebus air sehingga mendidih bersama bahan tumbuk, kemudian masukkan dan rebus sehingga empuk (sila cucuk isi ayam dengan garpu atau chopstik untuk pastikan isi ayam telah empuk)

Bahan perap.

Ayam yang telah empuk ditoskan dan diperap bersama kicap, sos tiram dan madu.

1 sudu besar sos Tiram
Kicap Pekat & Kicap Cair...(Kak honeyz pakai kicap kipas udang aje)
Madu.. (Ikut Anggaran Sendiri - Anak dan hubby kak honeyz suka madu banyak )

Bahan Sos
2 ulas bawang putih
2cm halia
8 biji Cili Masak dibuang biji
5 Limau nipis - diambil airnya (Nak pakai cuka pun boleh0
Blender bersama 2 senduk air rebusan ayam
Tambahkan Garam serta gula secukup rasa (rasa lemak manis sikit)

Sos Kicap
Lebihan kicap perap
2 biji bawang putih -ketuk
Didihkan lebihan perapan kicap bersama 1 senduk rebusan ayam

Untuk Nasi
5 cawan beras
3 sudu besar marjerin
1cm halia - tumbuk halus
4 ulas bawang putih - di tumbuk
Serai di ketuk
Sehelai daun pandan
Air rebusan ayam - anggaran 1 cawan beras bersamaan 11/2 cawan air rebusan bergantung pada jenis beras
Garam

cara: Tumis bahan tumbuk dengan marjerin hingga naik bau.. masukkan beras adan air rebusan ayam. Tambahkan garam secukup rasa. Masak seperti nasik biasa.

*** Kesedapan Nasi Ayam bergantung pada keenakan nasinya (nak tau nasik tu sedap ke idak - bleh try makan tanpa letak sos cili dan kicap) Sos cili tu sebagai pembuka selera aje yang digunakan untuk mencicah timun dan ayam.

Wednesday, April 28, 2010

KEBAB

My hubby semalam sibuk tanak makan nasik. Jemu katanya. Tetiba dia nampak roti pita yang akubeli kat carre4 semalam untuk bekal Angah pagi tadi. So apalagi... dia suh buat kebab. Since dah lama tak makan kebab jadi... inilah hasilnya....
Keba
b

Bahan-bahan yang diperlukan

5 keping roti pita
6 keping Ber ger ramly (Ayam/Daging)
1 batang carrot - potong dadu
1 biji bawang besar kuning - potong dadu
2 biji tomato - potong dadu
Daun salad (optional)
Tomato sos & Cili Sos
Lada Sulah dan Gula jika mahu

Cara-caranya

1. Roti dipanaskan atas frying pan sampai hingga sedikit kekuningan. Belahkan dua
2. Pecah-pecah kan daging berger ke dalam pan. Jgn bubuh minyak.. sebab berger akan kuarkan minyak nanti
3 Masukkan bawang dan carrot setelah daging agak garing
4 Masukkan cili sos & tomato sos apabila bawang dan carrot sedikit layu
5 Masukkan buah tomato dan gaul rata. Tambahkan sedikit lada sulah serta gula jika mahu
6. Isikan inti daging berger yang telah di masak tadi kedalam roti pita dan tambahkan mayonis diatasnya.
7. Siap untuk di mamam.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews