Tuesday, May 11, 2010

Kenali Penyakit Tiroid

Oleh kerana salah seorang sahabat honeyz ada mengalami masalah Tiroid so honeyz ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang penyakit ini. Mungkin ada yang diantara kita yang tak tahu apa Tiroid ni kan so jom kita kenali serba sedikit penyakit ini.

Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Ianya berbentuk seperti rama-rama. Fungsinya ialah untuk mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia.

Apabila Tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, Ia boleh memberi kesan terhadap setiap aspek kesihatan- terutamanya terhadap berat, kemurungan dan tahap tenaga.

Penyakit Tiroid Terbahagi kepada dua jenis:-
i) Hipertiroidisme/Tirotosikosis
ii) Hipotiroidisme

"Hipertiroidisme" berlaku disebabkan hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada org biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah:

- Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya pesakit tiroid akan akan mengeluarkan hormon yang berlebihan pada setiap sel tiroidnya.
- Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh menjadi elok sendiri
- Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan.

Antara Tanda2 org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipertiroidisme":-
- Bengkak di leher
- Cirit Beret

- Degupan Jantung bertambah, sentiasa berdebar2

- Gementar dan gelisah, terketar2

- Haid tdk teratur, kurang atau tidak datang

- Kesuburan turun

- Penumpuan kurang

- Mata menjadi besar (bulging)

- Angin yang tidak menentu

- Kejang Otot

- Oesteoporosis

- Pengeluaran peluh yang banyak

- Suhu badan naik, tak tahan panas

- Rambut tidak kuat

- Sukar bernafas, Sukar tidur

- Tekanan darah naik

- Turun berat badan walau selera naik

- Lemah


"Hipotiroidism" merupakan keadaan tiriod yang sering berlaku dan biasa berlaku terhadap wanita. Ianya disebabkan oleh penghasilan hormon tiroid yang tidak mencukupi. Sekiranya ia tidak dirawat ia boleh menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat kegemukan (Obesiti), penyakit jantung dan kemurungan

Antara Tanda2 org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipotiroidism":-
- Kesukaran untuk menurunkan berat badan. Walau melakukan berbagai jenis
senaman,

- Penambahan berat badan. Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet.

- Kemurungan atau kegelisahan

- Cepat berasa letih

- Faktor Genetik

- Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period

- Masalah sembelit yang teruk

- Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus. Manakala kulit
menjadi kasar dan berkuping

- Sakit otot dan sendi. Masalah capal dan tendonitis.


Siapakah yang berisiko mendapat Tiroid
- Perempuan
- Mempunyai sejarah keluarga (Genetik)

- Mengidap sakit pituitari atau endokrin yang lain

- Usia lebih dari 60 tahun. Boleh juga berlaku pada org yang lebih muda.. seperti
kawan honeyz.. lewat 30-an

- Orang yang kuat merokok.


Oleh yang demikian, sesiapa yang mengalami simtom2 di atas digalakkan menjalani pemeriksaan doktor untuk menjana kesihatan yang lebih baik... Insya allah di lain hari honeyz berkongsi tentang penyakit yang lain pulak.

Monday, May 10, 2010

Sushi Style Honeyz


Semalam petang. X tahu nak makan apa..Tengok kabinet ade lak nori seaweed. Apa lagi buat sushilah tuk minum petang. Tapi honeyz nye sushi ni kelakar sikit. Sebab kitaorang tukarkan wasabe dengan cili padi.. ikut tekak melayukan..Tapi taste dia not bad ye..

Bahan2
2 cawan beras sushi
5 sudu besar cuka makan
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Seaweed
Timun di buang arinya dan dipotong memanjang
Carrot juga dipotong memanjang
(timun dan carot direndam dalam air garam untuk menjadi rangup)
Telur yang telah didadarkan di potong memanjang
Hotdog yangtelah dikukus
Sedikit mayonis.

Inti boleh digantikan dengan tuna, crab meat ataupun ayam goreng berempah yang dihiris nipis.


Cara2nya
- Basuh beras dan masak mengikut sukatan air yang diberikan
- Larutkann gula, garam bersama cuka
- Beras yang telah masak digaulkan bersama larutan cuka tadi dengan menggunakan sudip kayu
- Panas seaweed dalam oven lebih kurang 2 minit
- Hamparkan sehelai seaweed pada sushi mat
- Ratakan nasi keseluruh seaweed. Agak2 jgn terlalu banyak
- Letakkan Timun, carot serta salah satu bahan daging (telur, tuna atau hirisan ayam)
- Letakkan sedikit mayonis
- Gulung seaweed tadi dan potong
- Hidangkan bersama cilipadi bercampur kicap... Ini sushi melayu...

Friday, May 7, 2010

Ayat Kursi dan Kelebihannya


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera memerintahkan Zaid bin Sabit menulis serta menyebarkannya.

Kelebihannya
Jika dibaca ayat Kursi setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.


Mencerdaskan akal fikiran sekiranya di baca sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah.


Antara Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."


Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain..
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sem bahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin ' Amr r. a... , Rasullullah s.. a. w. bersabda,


" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Thursday, May 6, 2010

Didik Anak Agar Cemerlang


Hari ini Honeyz nak berkongsi tip untuk parents. Tip ni honeyz terbaca dalam akhbar baru-baru ni. Rasanya x salahkan untuk berkongsi dengan sume orang. Dah benda baik...Berikut adalah beberapa tip untuk dijadikan panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang cemerlang berbanding rakan sebayanya..

1. Mulakan hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Apabila anak kita dipanggil dengan nama yang tidak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. dalam Islam sangat digalakkan kita memberi nama yang baik untuk anak kita.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila dipeluk setiap hari, anak2 anda akan tahu kita sayangkan mereka. Dia juga akan tahu kita akan jadi penyokong paling kuat. Dia akan sedar kita akan sentiasa bersamanya sekiranya sekiranya dia kurang berjaya.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin apabila berhadapan denagn persekitaran.

4. Berikan kata2 peransang, berikan ciuman, pelukan atau pujian sekiranya dia melakukan kebaikan. Dengan ini mereka akan rasa dihargai dan mungkin mereka akan membuat lebih lagi untuk menggembirakan anda dan dirinya.

5. Jangan memaksa anak2 yang belum matang melakukan sesuatu kebaikan secara berterusan. Ini kerana fitrah manusia yang acapkali melakukan kesalahan. Kita sebagai ibu bapa haruslah menerangkan bahawa keburukan tersebut boleh merosakkan hidup mereka sekiranya terus di amalkan. Kebanyakan kanak2 akan belajar daripada kesilapan.

Wednesday, May 5, 2010

Khasiat Limau Nipis



Limau nipis atau nama botaninya Citrus Aurantifolia merupakan sejenis tumbuhan yang mana buahnya boleh dijadikan air minuman dan kadangkala jusnya di campur dalam masakan. Ianya berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara dan mengadungi vitamin A dan C.

Antara Khasiat Limau Nipis

1) Limau nipis boleh menegangkan kulit muka dan mengecutkan jerawat - caranya ialah dgn membersihkan muka dahulu dengan air bersih. Kemudian potong nipis2 limau itu lalu digosokkan di muka dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air bersih. Sekiranya dilakukan 4 hari seminggu Insyaallah muka anda akan licin dan bebas dari jerawat.

2) Membuang lemak dan menguruskan badan - Amalkanlah meminum jus limau nipis selepas makan. Anda juga boleh campurkan jus limau nipis dengan teh tanpa gula.

3) Mengempis perut yang buncit - Campurkan jus limau nipis dengan kapur makan dan sapukan pada perut setiap malam. Jika diamalkan insyaallah berkesan

4) Menghilangkan hanyir ikan - Rendam ikan yang telah disiang kedalam bekas yang di isi perahan limau nipis. Kemudian bilas dengan air bersih. k

5) Menghilangkan kelemumur - Gosokkan limau nipis yang telah dipotong kecil ke kulit kepala dan bilas lah dengan air bersih

6) Menyembuhkan sakit tekak bagi kanak-kanak - campurkan perahan air limau dengan sedikit madu lalu di minum.

7) Mengenakakn sambal belacan - Perahkan jus limau nipis pada sambal belacan yang ditumbuk. Keenakannya pasti terserlah jika ditambah dengan ulam-ulaman.

Tuesday, May 4, 2010

Penyakit Anemia

Anemia merupakan sejenis penyakit dimana tubuh badan mengalami kekurangan sel darah merah semasa proses pembawaan oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalakan oleh protein yang dipanggil hemoglobin. Anemia juga membawa maksud heamoglobin yang tidak mencukupi. Paras Hea moglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

Anemia disebabkan oleh perkara2 berikut:

1. Kehilangan darah (terbahagi kepada akut atau kronik)
- Kehilangan darah akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah
- Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan

2. Kurang penghasilan sel darah merah dalam sum-sum
- kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
- Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubatan
- Kekurangan hormone: Paras hormo tiroid rendah
- kerosakan sum-sum: kanser darah, penyakit sum-sum
- Gangguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia

3. Pemusnahan sel darah merah berlebihan
- berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat. Terbahagi kepada dua iaitu Anemia disebabkan kekurangan zat besi dan Talasemia.

Simptom dan Gejala Penyakit Anemia ini biasanya tidak disedari oleh penghidapnya. Sekiranya anda mengalami sebahagian simtom2 berikut, adalah disarankan anda menjalani pemeriksaan doktor untuk ujian kesihatan.
- Keletihan setiap masa
- Pening
- Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
- Kulit pucat
- Kadar denyutan jantung cepat
-Kurang daya ingatan

Kompilasi yang disebabkan oleh Anemia
- Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi
- mengalami masalah semasa mengandung seperti melahirkan bayi pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan

Tips untuk pesakit Anemia
Diet untuk memperbanyakkan hemogloblin makan makanan yg kaya dengan zat besi seperti daging merah, ikan, ayam, hati telur, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau, bayam, brokoli dan tauhu

Mempercepatkan penyerapan zat besi
-Makan atau minum jus limau, strawberi, brokoli atau buah-buahan dan sayur2an yang mengandungi vitamin C

Elakkan minum kopi atau teh selepas makan kerana kedua-dua minuman ini menyukarkan tubuh menyerap zat besi.

Berhati2 dengan kalsium kerana kalsium melemahkan penyerapan zat besi. Anda harus berbincang dgn doktor bagaiman cara terbaik mendapatkan kalsium dan zat besi sekali gus utk tubuh anda

Vitamin B12 dan Asid Folat penting untuk tubuh dan boleh didapati dari daging ayam, daging merah dan sayur2an

Suplemen Zat besi- berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil supleman ini kerana ianya mempunyai kesan sampingan seperti pening kepala, muntah dan alahan

Lakukan pemeriksaan kesihatan setiap 5 hingga 10 tahun
-sekiranya anda wanita yang tidak hamil di usia produktif, buat pemeriksaan darah untuk mengesan adakah anda menghidap anemia.

Monday, May 3, 2010

Nasi Ayam


Memandangkan madu lebah asli yang honeyz beli dengan orang asli dari Pahang banyak lagi so honeyz pun buatlah nasi ayam tengahari semalam. Dengan cara ni aje, baru madu tu luak sikit demi sikit. Lagipun honeyz kesian dengan brother org asli tu yang asyik telefon honeyz je bila turun KL sebab bawa madu dari hutan.

Rumah honeyz plak kalau masak nasik ayam je mesti kena masak 2 ekor untuk 5 orang. Kuat makan betul anak-anak aku ni.. Xpelah kan janji sihat...

Resepi Nasi Ayam Honeyz

Untuk rebusan
Ayam dibelah 4
2 ulas bawang putih- di tumbuk
2 cmhalia - di ketuk

Cara: Rebus air sehingga mendidih bersama bahan tumbuk, kemudian masukkan dan rebus sehingga empuk (sila cucuk isi ayam dengan garpu atau chopstik untuk pastikan isi ayam telah empuk)

Bahan perap.

Ayam yang telah empuk ditoskan dan diperap bersama kicap, sos tiram dan madu.

1 sudu besar sos Tiram
Kicap Pekat & Kicap Cair...(Kak honeyz pakai kicap kipas udang aje)
Madu.. (Ikut Anggaran Sendiri - Anak dan hubby kak honeyz suka madu banyak )

Bahan Sos
2 ulas bawang putih
2cm halia
8 biji Cili Masak dibuang biji
5 Limau nipis - diambil airnya (Nak pakai cuka pun boleh0
Blender bersama 2 senduk air rebusan ayam
Tambahkan Garam serta gula secukup rasa (rasa lemak manis sikit)

Sos Kicap
Lebihan kicap perap
2 biji bawang putih -ketuk
Didihkan lebihan perapan kicap bersama 1 senduk rebusan ayam

Untuk Nasi
5 cawan beras
3 sudu besar marjerin
1cm halia - tumbuk halus
4 ulas bawang putih - di tumbuk
Serai di ketuk
Sehelai daun pandan
Air rebusan ayam - anggaran 1 cawan beras bersamaan 11/2 cawan air rebusan bergantung pada jenis beras
Garam

cara: Tumis bahan tumbuk dengan marjerin hingga naik bau.. masukkan beras adan air rebusan ayam. Tambahkan garam secukup rasa. Masak seperti nasik biasa.

*** Kesedapan Nasi Ayam bergantung pada keenakan nasinya (nak tau nasik tu sedap ke idak - bleh try makan tanpa letak sos cili dan kicap) Sos cili tu sebagai pembuka selera aje yang digunakan untuk mencicah timun dan ayam.
Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews