Ni sample door gift coklat yang dibeli oleh kak zurah untuk di pilih buat majlis bertunang August ni..
Selamat Datang ke Teratak Honeyz. Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda ke blog ini. Dan segala komen adalah amat digalakkan
Teratak Honeyz
- Home
- Aneka Biskut Raya
- Harga Aneka Tart
- Harga Aneka Cream Puff
- Harga Aneka Brownie
- Harga Aneka Kek
- Harga Aneka Lasagna
- Harga Aneka Muffin
- Harga Aneka Pai
- Harga Aneka Puff Pastry
- Harga Aneka Roti
- Harga Coklat Loly Bouquet
- Harga Coklat Homemade
- Harga Juadah Sampingan
- Harga Pulut Kuning
- Harga Serunding
- Tempahan dan Bayaran
- Hubungi Teratak
Monday, July 12, 2010
Door Gift Coklat
Ni sample door gift coklat yang dibeli oleh kak zurah untuk di pilih buat majlis bertunang August ni..
Labels:
Homemade Coklat
Friday, July 9, 2010
Lagi tempahan Coklat
Sejak berjinak2 dengan dunia coklat last week, honeyz x putus-putus menerima tempahan coklat. Walaupun masih dalam kuantiti yang kecil tapi honeyz telah menerima tempahan doorgift untuk majlis bertunang dan wedding yang akan berlangsung tidak lama lagi. Syukur sekali lagi kepada Allah s.w.t yang memberikan rezeki yang berterusan.
Labels:
Homemade Coklat
Wednesday, July 7, 2010
Homemade Coklat

Syukur Alhamdulillah kepada Allah s.w.t kerana memberi rezeki pada honeyz hari ini. Walaupun x banyak, cuma 2 container kecil tapi honeyz rasa memadai buat permulaan sebab baru je terjebak dgn dunia coklat. Tempahan coklat yang di minta oleh jiran dan kawan abg e. Kepada mereka yang membeli kak honeyz ucapkan terima kasih..
Labels:
Homemade Coklat
Friday, July 2, 2010
Novel2 Utk Dijual - Gerimis Di Hati

Gerimis Di Hati (RM 8)
Penulis: Sharifah Abu Salem
Harga Asal : RM 15.00
Jumlah Ms : 391
Cetakan: 2001
Penulis: Sharifah Abu Salem
Harga Asal : RM 15.00
Jumlah Ms : 391
Cetakan: 2001
Gerimis di hati bermula apabila Emily datang ke Malaysia untuk menemui ayahnya, Syed Mukri yang sedang nazak. Kedatangan Emily telah menimbulkan kekecohan kerana selama ini Tengku Habibah, isteri pertama ayahnya tidak mengetahui bahawa Syed Mukri pernah berkahwin lagi dengan wanita Inggeris. Rahsia kewujudan Emily
hanya terbongkar apabila Syed Mukri menamakan Emily sebagai salah seorang penerima harta pusaka.
Sharifah Yasmin. kakak Emily tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia mempunyai adik yang bakal mewarisi kekayaan ayahnya. Apatah lagi, melihatkan kemesraan Tengku Farid, sepupunya dengan Emily semakin menambah sakit di hati. Dia bertindak cuba memisahkan kedua mereka asalkan cintanya pada Tengku Farid
berbalas.
Berjayakah Sharifah Yasmin melakukannya? Bagaimanakah Tengku Farid melalui kehidupan tanpa Emily? Mampukah Tengku Farid melakukan pengorbanan atau Tengku Farid Sendiri yang terpaksa menjadi korban?
Dengan garapan bahasa yang indah, lembut dan bersahaja, GERIMIS DI HATI pasti meruntun perasaan anda. Sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang pengorbanan!
Labels:
Novel-Novel untuk dijual
Novel2 Utk Dijual-Kau Untukku
Penulis: Aisya Sofea
Harga Asal : RM 19.90
Jumlah Ms : 521
Cetakan: 2001
Harga Asal : RM 19.90
Jumlah Ms : 521
Cetakan: 2001
Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.
Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja.
Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.
Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.
Kau Untukku; indah, Romantis dan membuai perasaan.
Labels:
Novel-Novel untuk dijual
Novel2 Utk Dijual - Sehangat Asmara
Sehangat Asmara (SOLD OUT)
Penulis: Aisya Sofea
Harga Asal : RM 19.90
Jumlah Ms : 548
Cetakan: 2003
Harga Asal : RM 19.90
Jumlah Ms : 548
Cetakan: 2003
Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati. Kebahagian mereka tiba - tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara. Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya menuntut Misya, anak comel yang selama ini disembunyikan oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya?
Labels:
Novel-Novel untuk dijual
Thursday, July 1, 2010
Tekanan Darah Rendah (hipotensi)
Tekanan darah yang dianggap rendah untuk anda mungkin normal seseorang individu lain. Kebanyakan doktor mendiagnos tekanan darah rendah sebagai TERLALU RENDAH hanya jika ia menyebabkan simptom-simptom yang dapat anda rasai.
Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.
Tekanan Darah Rendah = Tekanan darah kurang 90/60 mmHg.
Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah ini yang rendah (sama ada sistolik sahaja atau diastolik sahaja), tekanan darah anda tetap dikira rendah.
Cth: 115 / 50 = tekanan darah rendah @ 85 / 70 = tekanan darah rendah
......(normal) (rendah)......................................(rendah) (normal)
......(normal) (rendah)......................................(rendah) (normal)
Kejatuhan tekanan darah secara tiba-tiba boleh membahayakan. Penurunan tekanan darah walaupun hanya sebanyak 20 mmHg (cth: drp. 130mmHg à 110mmHg) boleh menyebabkan pening dan pitam apabila otak gagal mendapat bekalan darah yang cukup
Faktor-Faktor yang menyebabkan Tekanan darah menjadi rendah
Faktor-Faktor yang menyebabkan Tekanan darah menjadi rendah
- Mengandung: Disebabkan sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat semasa mengandung, tekanan darah sangat cenderung untuk menjadi rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan darah sistolik lazimnya menurun sebanyak 5 – 10 mmHg dan tekanan diastolik menurun sebanyak 10-15 mmHg. Ini normal bagi ibu mengandung. Tekanan darah lazimnya kembali normal selepas melahirkan anak.
- Masalah Jantung: Masalah-masalah jantung yang boleh membawa kepada tekanan darah rendah termasuklah kadar degupan jantung yang sangat rendah (bradycardia), masalah injap jantung, serangan jantung dan kegagalan jantung. Keadaan-keadaan ini menghalang pengaliran darah secukupnya ke seluruh badan dan boleh menyebabkan tekanan darah rendah.
- Masalah Endokrin: Masalah kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) atau kelenjar tiroid yang terlebih aktif (hyperthyroidism) boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Selain itu, masalah lain seperti ketidakcukupan Kelenjar Adrenal ( Penyakit Addison), gula dalam darah yang rendah atau penyakit diabetis boleh menyebabkan tekanan darah rendah.
- Dehidrasi: Dehidrasi adalah keadaaan di mana badan anda kehilangan air lebih banyak daripada jumlah air yang anda ambil (minum). Dehidrasi boleh menyebabkan kelemahan, pening, dan kelesuan. Demam, muntah-muntah, cirit-birit yang teruk, terlebih menggunakan ubat diuretik (menyebabkan pembuangan air kencing) dan senaman yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi.
- Yang lebih serius ialah ”hypovolemic shock” (isipadu darah yang sangat rendah), satu komplikasi dehidrasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan kejatuhan tekanan darah secara mendadak dan mengurangkan bekalan oksigen ke tisu-tisu badan. Jika tidak dirawat, hypovolemic shock yang teruk boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa jam atau beberapa minit sahaja.
- Kehilangan Darah: Kehilangan darah disebabkan kecederaan yang parah atau pendarahan dalaman mengurangkan jumlah darah dalam badan anda, membawa kepada penurunan tekanan darah yang teruk.
- Jangkitan yang teruk (Septicemia): Septisemia berlaku apabila jangkitan di dalam badan memasuki saluran darah. Keadaan ini boleh membawa kepada kejatuhan tekanan darah yang mengancam nyawa. Keadaan ini dipanggil ”septic shock’.
- Tindak balas alahan yang teruk (anaphylaxis): Anaphylaxis adalah serius dan berpotensi mengancam nyawa. Pencetus-pencetus anaphylaxis yang lazim ialah makanan, sesetengah ubat, bisa serangga dan bisa ular. Anaphylaxis boleh menyebabkan masalah pernafasan, kegatalan,p embengkakan kerongkong dan kejatuhan tekanan darah.
- Kurang zat dalam diet anda: Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia– keadaan di mana badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah secukupnya lalu menyebabkan tekanan darah rendah.
Ubat-ubatan yang Boleh Menyebabkan Tekanan Darah Rendah
- Diuretik: ubat darah tinggi yang menyebabkan kencing yang banyak.
- Alfa-Blockers (ubat darah tinggi)
- Beta-blockers (ubat darah tinggi)
- Ubat-ubat untuk penyakit Parkinson
- Sesetengah jenis ubat penenang (anti-depressant)
- Sidenafil (Viagra), terutamanya jika digunakan bersama nitrogliserin (sejenis ubat jantung)
Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah:
Cara-cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah
Tekanan Darah Rendah Apabila Bangun Berdiri (Postural Hypotension)
Terjadi apabila anda berdiri dari posisi duduk atau bangun dari posisi berbaring. Graviti menyebabkan darah terkumpul ke kaki apabila anda berdiri. Bagi individu normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah postural hypotension, jantung dan urat darah tidak dapat bertindakbalas secukupnya terhadap graviti- lalu tekanan darah menjadi rendah, menyebabkan simptom-simptom pening, pandangan kabur dan kadangkala menyebabkan pitam.
Tekanan Darah Rendah Selepas Makan (Postprandial Hypotension).
Selalunya dihadapi oleh mereka yang berumur. Sejumlah besar darah berkumpul ke saluran penghadaman selepas anda makan. Bagi mereka yang normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah, mekanisme ini gagal berfungsi lalu menyebabkan tekakan darah menurun.
Terjadi apabila anda berdiri dari posisi duduk atau bangun dari posisi berbaring. Graviti menyebabkan darah terkumpul ke kaki apabila anda berdiri. Bagi individu normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah postural hypotension, jantung dan urat darah tidak dapat bertindakbalas secukupnya terhadap graviti- lalu tekanan darah menjadi rendah, menyebabkan simptom-simptom pening, pandangan kabur dan kadangkala menyebabkan pitam.
Tekanan Darah Rendah Selepas Makan (Postprandial Hypotension).
Selalunya dihadapi oleh mereka yang berumur. Sejumlah besar darah berkumpul ke saluran penghadaman selepas anda makan. Bagi mereka yang normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah, mekanisme ini gagal berfungsi lalu menyebabkan tekakan darah menurun.
Cara-cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah
- Makan lebih garam dalam diet anda- tetapi jangan terlalu berlebihan kerana natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.
- Minum lebih banyak air – terutamanya sewaktu cuaca panas dan ketika anda sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan isipadu darah anda dan menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan (cth: Oral Rehydration Salt, ORS).
- Bersenam selalu untuk menggalakkan pengaliran darah.
- Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan.Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.
- Pakai stoking elastik (gut/ compression stocking) – memakai stoking ini pada kaki boleh mengurangkan darah turun ke kaki, lalu mengekalkan lebih darah di bahagian atas badan.
- Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.
Jika langkah-langkah di atas tidak dapat memperbaiki tekanan darah anda, anda mungkin memerlukan bantuan ubat-ubatan.
Ubat-ubatan untuk Tekanan Darah Rendah
- Fludrocortisone – sejenis mineralocortikosteroid yang berkesan untuk ’postural hypotension’ dan tekanan darah rendah. Ia menyekat penyingkiran natrium oleh buah pinggang, menyebabkan penahanan bendalir badan dan sedikit bengkak. Ini perlu untuk menaikkan tekanan darah. Akan tetapi, penyekatan natrium ini juga akan menyebabkan kehilangan kalium. Jadi, amat penting untuk anada mendapatkan supplemen kalium setiap hari jika anada mengambil ubat fludrocortisone.
- Midodrine – ia berkesan memperbaiki tekanan darah bagi mereka yang mengalami postural hypotension. Ia bertindak dengan menyekat kebolehan urat darah untuk mengembang, justeru menaikkan takanan darah.
Dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
Labels:
Kenali Jenis2 Penyakit
Subscribe to:
Posts (Atom)

