Sunday, December 11, 2011

Chicken Poket Burger

Menu ringkas ini sesuai di buat breakfast atau bekalan untuk anak sekolah. cukup mengenyangkan dan mudah disediakan.

Bahan2 yg diperlukan:
roti pita
burger goreng ayamas (quick burger)
tomato, salad, timun
cili sos, tomato sos dan mayonis

cara2 membuatnya
1) panaskan roti pita di atas pan dan belah dua
2) goreng burger ayamas sehingga kekuningan
3) masukkan salad timun dan hirisan tomato dalam roti pita
4) selitkan burger dan letakkan mayonis serta cili sos.
5) siap dimakan sungguh menyelerakan

Selamat mencuba

Thursday, December 8, 2011

My 1st Bento

My 1st Bento :
Nasi goreng, Ayam Goreng, Mini sosej serta timun dan baby tomato


Bento merupakan bekal makanan yang dibawa ke sekolah atau ke pejabat. Dalam bekas makanan ini di isi dengan pelbagai jenis makanan untuk mencukupkan nutrisi harian. Ianya amat popular di Jepun. Kalau dijepun mereka akan menghias bekalan ini dengan pelbagai rupa dan bentuk. Teruja sangat dengan kreativiti depa so kak honeyz pun nak mencuba juga buat bento ni walaupun anak kak honeyz sedang bercuti sekarang. Dan inilah hasil pertama ku. Agak2 bilalah berpeluang nak buat bento seperti orang jepun tu ye...

Tempahan Coklat Wording




Tempahan dari Zura- Keramat untuk dijadikan hadiah kepada sepupunya yg akan melangsungkan perkahwinan hari sabtu ini. Terima kasih kepada zura dan 'Selamat Pengantin Baru ' kepada Faa'iza dan pasangan nya Izzhan. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Wednesday, December 7, 2011

Keterujaan, Kegembiraan, Kehampaan dan Kesedihan ke I-city Shah Alam


Amboi banyak betul Ke…. He he he. Ini sume gara2 sudah lama teruja nak ke I-City Shah Alam. Cantik sungguh melihat gambar2 yg teman kak honeyz yg sudah sampai ke sana. Mana taknya, cantik melihat pokok2 serta binatang2 yang bercaya tika di waktu malam.

So, pada hari Ahad (4hb December) kak honeyz sekeluarga berpeluang pergi ke sana buat pertama kalinya, setelah sekian lama mengidam nk pergi. Itu pun sebab KFC menganjurkan Programme “KFC Safari Explorers”. Kami pergi 2 keluarga. Pergi awal dalam pukul 3.30 petang sbb nk explorers program yang KFC buat sementara tunggu malam nak amik gambar.

So mari lihat kenapa disebalik Keterujaan ini ada 3 lagi Ke… yang mengekor

Keterujaan – Sebab Memang dah lama nak pergi, tapi x dapat pergi sbb sibuk ngan tempahan customer.

Kegembiraan – Gembira kerana berjaya juga menjejakkan kaki ke I-City. Anak2 pun gembira dengan aktiviti yang KFC sediakan.

Kehampaan – Dalam pukul 6 petang hujan turun selebat2 nya. Kami yg baru hendak berjalan2 ke kawasan berlampu2 terpaksa tundakan sekejap sambil mengikuti kembali aktiviti yang dibuat oleh KFC di bawah canopy yang terpsang. Outdoor games x bleh main. Waktu ni ada setengah pokok2 sudah mula disinari cahaya. Tapi x bleh nak bergambar sbb kilat sabung menyabung sampai ke tanah.

Kesedihan – Dalam pukul 8 malam hujan dah semakin reda.. niat di hati bolehle bergambar walaupun tanah becak. Tapi sedih sbb x dapat juga bergambar… sebab abang kak honeyz terima call suh pergi ke hospital. Mak sedara kak honeyz sedang tenat akibat dari kemoterapi yang dia buat khamis lalu. Sedih meninggalkan I-city dan sedih juga melihat keadaan maksu yang terpaksa melawan tindak balas kemoterapi yang baru di buatnya.

Kepada maksu dan keluarga, kak honeyz harap bersabar dalam setiap ujian dari Allah s.w.t dan honeyz doakan semoga cepat sembuh ya.

Tuesday, December 6, 2011

200 biji marble muffin



Lagi repeat order dari my regular customer- Dr Ja (Paediatrik Hospital). Seperti biasa Dr Ja order 200 biji marble muffin. Thank you very much Dr. for ur continuous support.

Monday, December 5, 2011

700 biji mix chocolate n vanila muffin



Tempahan dari sahabat lama untuk majlis perkahwinan adiknya. Semoga berpuas hati dengan tempahan ini. TQVM ye friend.

Thursday, December 1, 2011

Mix Cheese Tart - Cubaan untuk Pos

Mix Cheese Tat yg nak dihantar

Ready to post
Masih berkisar tentang Cheese Tart. Hari ni kak honeyz cuba mengepos mix cheese tart ke melaka dengan menggunakan pos laju. Harap2 ank buah kak honeyz terima nye dalam keadaan baik.
Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews