Monday, May 31, 2010

SUKAN TAHUNAN TADIKA ASUHAN BUDI


Hari Jumaat lepas bersamaan 28hb May 2010, Sekolah Tadika anak honeyz mengadakan acara sukan tahunannya. Ingatkan bolehlah rest pada ari cuti tersebut setelah penat menghabiskan kerja2 yang datang berlambak selama seminggu... tapi sebagai ibu dan bapa kita mestilah support mereka kan... Disebabkan student2nya x ramai lebih kurang dalam 26 orang yang merangkumi murid 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Jadi perlawanan dibahagikan kepada 2 kumpulan ... Kumpulan Merah dan Kumpulan Biru... dan ini sebahagian acara2 yang dilakukan pada ari tersebut....


Murid2 sedang mendengar taklimat dari Guru


Acara memanaskan badan dilakukan


Acara bermula.. murid2 sedang menanti giliran masing2.. Anak bongsu honeyz... the tallest girl in school.


Acara Cat Walk dan membawa bola



Tersenyum gembira melihat kumpulannya leading....



Acara Lompat Pagar dan Hari Hujan....kena pakai rain coat sambil bawa payung... Lawak


Amboii masamnya cik kak ni... sebab member lambat finishedkan task...


Dah penat berhujan kena pancing ikan pulak....



Dah lah susah memancing kena serve plak tetamu yang datang...


Menanti Giliran yang terakhir.... Kelihatan Head Mistressnya memberi sokong padu... Mana taknya red house yang menang....


Membina istana dari tin

Kemenangan berpihak kepada Red House dengan jumlah kemenangan 4 berbalas 3... Acara terakhir... x sempat di snapkan sebab anak honeyz yang sulung leka melihat adiknya berjalan memakai terompah dengan lajunya....


Bergambar kenangan bersama Head Mistressnya dan hadiah yang dimenanginya....





Thursday, May 27, 2010

Ke Busy-an Melanda

Uhhh.... Rasa macam dah lama tak update blog...walaupun baru seminggu... ni sume gara-gara busy... dengan conference yang baru saja selesai semalam..... Itulah kalau xde keje memang relax memanjang.... tapi kalau ada keje sekali dia datang fuhhh...berlambak gila...

Kepada follower2 atau pengunjung honeyz yang selalu mendapatkan tip2 dari blog ini... Insya Allah next week honeyz postkan ntry2 yang berguna untuk kalian sume.....


Friday, May 21, 2010

5 Tip Menahan Marah


Setiap manusia mempunyai sifat marah dan sabar sebenarnya adalah penghalang sifat itu. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya, apabila hilang sabar maka timbullah kemarahan.

Marah Menurut Imam al-Ghazali Sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.

Erti Marah dari sudut Perubatan
Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF.

Apa yang berlaku apabila anda marah?
i) Degupan jantung meningkat
ii) Tekanan darah meningkat

iii) Pernafasan menjadi cepat dan pendek
iv) Mengalami ketegangan otot-otot

v) Paras hormon (adrenalina dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan badan terasa kuat dan pantas


Ada 5 kategori marah
i. cepat marah atau marah tidak bertempat,
ii. marah pertengahan (mampu mengawal marahnya atau marah bertempat),

iii. marah sederhana,

iv. tidak tahu marah

v. marah keterlaluan.

Menurut Imam Al-Ghazali lagi, 10 punca menyebabkan sifat marah:
1) rasa bangga diri (sombong)
2) takjub kepada peribadi sendiri

3) suka bergurau senda yang berlebihan dan melampaui batas

4) suka bercakap perkara sia-sia

5) suka membuat fitnah

6) suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara

7) khianat

8) tamak kepada harta dan pangkat

9) tidak dapat mengendalikan nafsu

10) emosi dengki dan irihati.


Apabila seseorang itu marah maka pergerakan fizikalnya akan turut berubah. Api kemarahan yang semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina.

Orang yang sedang marah akan merendah-rendahkan orang dimarah, muka dan matanya menjadi merah, badannya terketar-ketar, tangan dan kakinya menjadi ringan untuk memukul dan menghentam, akalnya pada waktu itu tidak digunakan secara betul, semua tindakan mengikut nafsu kemarahannya.

Imam Al Ghazali juga menerangkan bahawa perasaan marah boleh diatasi dengan ilmu pengetahuan dan berikut adalah ....

5 tip untuk menahan perasaan marah..
1) Ingat balasan tuhan tentang sifat marah yang keterlaluan
2) Mengingati saranan Islam dalam keutamaan dan kelebihan bersikap positif dalam segala aspek. Sentiasa bersopan-santun, menghormati dan menahan marah yakni sabar

3) Permusuhan adalah sesuatu yang buruk dan fikirkan tentang akibat buruk daripada perlakuan itu

4) Cuba anda gambarkan rupa anda ketika sedang marah. Betapa buruknya wajah anda tatkala sedang marah.

5) Renungkan apakah sebab kita tidak dapat menahan marah dan cuba memperbaiki diri sendiri.


** Oleh yang demikian marilah kita mengawal sifat marah kita sebagaimana hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.”***

Thursday, May 20, 2010

6 Kaedah Menguruskan Masa di Pejabat


Bagi wanita yang berkejaya serta sudah berumahtangga, mereka akan sentiasa dihambat masa, hingga ada ketikanya ruang untuk bersama keluarga amat terhad. Bermula jam 9 tiba di pejabat, ada sahaja kerja yang perlu dilaksanakan, menyiapkan tugasan, menghubungi pelanggan, bertemu bos untuk membuat laporan tugasan, berkomunikasi bersama teman sekerja atau pekerja bawahan bagi melaksanakan pelbagai jenis tugasan. Kadangkala kita akan berasa tertekan sekiranya kita tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan.

Sebenarnya masalah ini boleh ditangani sekiranya kita bijak menguruskan masa yang diperuntukkan: Berikut adalah tip2 pengurusan masa yang boleh dikongsi bersama.. tidak terhad pada wanita bahkan lelaki juga boleh mempraktikkannya...

1. Utamakan tugasan yang lebih penting & segera
Disini anda boleh pecahkan kepada 3 bahagian

a. Segera dan penting: Dilaksanakan terlebih dahulu
b. Penting tetapi tidak diperlukan segera.
Ianya boleh dilaksanakan sebaik kita menyelesaikan tugasan
segera dan penting. Dengan melaksanakannya boleh
meningkatkan prestasi kerja serta kebolehan anda akan terserlah.

c. Lain-lain tugasan yang tidak diperlukan dengan segera.
Ini boleh disiapkan dalam jangkawaktu yang sesuai setelah
menyelesaikan kerja2 yang penting dan segera dahulu.

2. Buat jadual dan senaraikan tugasan harian
Dengan adanya jadual tugasan atau memo, kerja-kerja dapat
dilaksanakan pada waktu yang ditetapkan dengan sempurna.
Kadangkala tanpa senarai tugas kita akan terlupa tentang sesuatu
kerja yang penting dan ini akan memburukkan prestasi kerja kita.

3. Elakkan gangguan ketika anda sedang melaksanakan tugasan anda
Gangguan memang tidak boleh dielakkan. Biasanya gangguan
datang daripada teman sekerja, panggilan telefon dan berbagai
masalah lagi. Oleh itu anda boleh menghadkan masa gangguan yang
datang dari perkara-perkara tadi.

4. Bersikap Realistik
Anda perlu bersikap lebih realistik dengan tidak merangka jadual
atau senarai kerja yang keterlaluan serta tidak mampu
dilaksanakan. Ia mungkin indah dipandang di atas kertas tetapi
realitinya anda tidak mampu melaksanakannya seterusnya
memberi tekanan pada anda..

5. Tepati masa memulakan tugasan
Pastikan anda sentiasa menepati masa dan tidak membohongi diri
sendiri. Cuba jadikan ketepatan masa suatu cabaran dalam
perlaksanaan tugasan anda. Ketika merangka jadual, anggarkan
masa yang di ambil untuksetiap tugasan. Dengan cara itu anda
dapat menjangka masa anda menyiapkan sesuatu tugasan.

6. Jangan suka bertangguh
Laksanakan segala tugasan tanpa bertangguh. Sekiranya tugasan
anda habis lebih awal dari jangkaan yang dibuat.... mungkin anda
boleh menyiapkan sedikit demi sedikit tugasan yang ditetapkan
untuk hari esok...

Wednesday, May 19, 2010

Petua Hari Ini




Petua Mengatasi Senggugut

Honeyz tahu setiap bulan tentu ramai kaum wanita yang sering mengalami senggugut. Tak kiralah tua atau muda pasti pernah mengalaminya kan. Oleh itu honeyz bagi sedikit petua untuk mengatasi nya. Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. kemudian ambil lima biji lada hitam di tumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tadi bersama secawan air panas. Kemudian minum setiap hari pada waktu malam. Insyaallah senggugut akan hilang.


Mencantikkan Kulit
Ambil putih telur dan kacau sehingga sebati. Kemudian sapukan ke muka dan biarkan kering. Agak2 dalam 10 hingga 15 minit. basuh muka dengan air suam. Amalkan seminggu 3 kali pada waktu malam. Insyaallah muka anda akan nampak lebih lembab, licin dan berseri.


Merawat Rambut Gugur
Campurkan lendir lidah buaya bersama santan kelapa pada rambut. Biarkan selama setengah jam sebelum dibilas. Kemudian bersyampulah seperti biasa.

***Selamat Mencuba****

Tuesday, May 18, 2010

Cara-Cara Membentuk Minda Anak

(Credit to Google for the Image)

Biasanya minda kanak2 terbentuk melalui pengalaman mereka semasa berada di dalam ataupun di luar rumah. Akan tetapi, kaedah terbaik untuk membentuk perkembangan minda kanak2 adalah menerusi bahan bacaan, lukisan dan penceritaan. Menerusi kaedah ini, kanak-kanak terdidik secara tidak langsung mengenai cara berkomunikasi, berekspresi, sekaligus menimba pelbagai ilmu dan pengalaman untuk menyediakan diri ke peringkat umur yang lebih dewasa.

Oleh yang demikian, ibu bapalah yang harus memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan minda anak2 kerana pada peringkat permulaan kanak2 banyak bergantung kepada kedua org tuanya dan org disekeliling untuk mempelajari pelbagai pengalaman hidup.

Kanak2 boleh dibahagikan kepada 4 peringkat umur dimana keperluan dan tahap kefahaman mereka adalah berbeza antara satu dengan yang lain:-

a) Bayi - Kanak2 berumur 1 - 2 tahun
Bagi kanak2 kategori ini, mereka masih belum boleh membaca. Jadi kita haruslah membentuk minda mereka melalui penceritaan:-

- melakukan gerak laku ketika bercerita

- perbanyakkan memek muka ketika melakonkan watak cerita

- gunakan ayat ringkas serta mudah difahami

- gunakan boneka ketika bercerita


b) Bertatih - Kanak2 berumur 2 - 3 tahun
Untuk kanak2 ini anda digalakkan
:-
- menggunakan perkataan pendek, ringkas serta 'catchy'

- serta gambar-gambar yang berkaitan penceritaan

- menyelitkan unsur2 nyanyian yang mudah dan dekat dengan sesuatu aktivitinya

Contoh: Lagu 'Saya ada kucing' sambil menunjukkan seekor kucing yang mana ekornya panjang.


c) Kanak2 Pra Sekolah - Kanak2 berumur 3 - 4 tahun

- Pada fasa ini kanak 2 sudah mula keluar sedikit daripada persekitaran atau pengalaman biasanya yang lebih kecil. Kini pengalaman dan pengetahuan kanak-kanak semakin luas. justeru corak penceritaan juga menjadi semakin luas. Sebagai contoh kita boleh tentang binatang2 yang belum pernah dijumpainya.
- Boleh juga membacakan bahan bacaan yang ringkas serta mempunyai tauladan seperti arnab dan kura-kura.


d) Tadika - Kanak2 berumur 5 - 6 tahun

- Pada peringkat ini kanak2 semakin seronok untuk mendengar cerita atau
membaca buku cerita yang bersesuaian dengan umur mereka

- Tambahkan nyanyian yang lebih komplek serta mengandungi maksud yang lebih
mendalam

- perkayakan perkataan baru pada setiap hari (x kiralah 1 atau 2 perkataan)

- giatkan perlakuan dan nada suara

- penggunaan bahasa yang berulang2 boleh membantu anak anda meperkayakan
perkataan dan pengetahuannya.


Tip memilih bahan untuk anak anda
- Pilih buku mengikut kemampuan anak

- Buku yang dipilih untuk bayi seelok-eloknya uku yang diperbuat dari fabrik
dimana
ianya lembut serta tidak tajam
- Pilih muzik yang rancak sekiranya anda ingin mengajar mereka menyanyi

- Belikan buku atau alat yang lebih besar untuk kanak2 kecil dan sebaliknya untuk
kanak2 yang lebih besar
- Pilih buku bergambar untuk kanak2 berumur 2 - 3 tahun.

- Pastikan anda membaca buku cerita yang besesuaian dengan umur anak anda.


Segala maklumat dan tip2 ini dipetik daripada Prof. Madya Dr. Bustam Kamri, pensyarah pendidikan awal kanak2.

Monday, May 17, 2010

Novel-Novel Baru dan Lama Untuk Dijual


Honeyz nak let go novel-novel terpakai ni sebab rak buku honeyz dah semakin semak. Honeyz akan letakkan novel-novel terpakai ini secara berperingkat. Kepada sesiapa yang berminat nak beli novel-novel ini, bolehlah email honeyz di honeyz_73@yahoo.com.my atau sms 016-315 2524. Setiap novel yang dah dijual akan ditagkan dengan sold out untuk mengelakkan kekeliruan. Ha rga-harga ynag tertera adalah termasuk harga pos.

Biarlah YM Berbicara SOLD OUT
Penulis: Hanni Ramsul
Harga Asal : RM 20
Jumlah Ms : 582
Cetakan: 2009

Abang Kamal... walaupun segunung
cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati

Encik Firdauz... Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti, kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan, kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi...

Charming... Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat pada mu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu...

Aku... Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu.

SOLD OUT

Buatmu Kekasih RM 16
Penulis: Aisya Sofea
Harga Asal : RM 19.90
Jumlah Ms : 579
Cetakan: 2007

Tanpa Fikri, dunia Ika tidak bermakna. Tiada Lukman, betapa sepinya hati Farah. Betapa getir dugaan, Fuad tetap milik Umairah. Meski bertahun terpisah,hati Zainal hanya untuk Kay. Dan cinta suci Hanif, adalah memori terindah Intan Azureen

Tahun berlalu... Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan kebahagiaan, namun hakikat kehidupan bukan seindah yang diharapkan. Ada jiwa yang terluka,ada perasaan yang tersentuh, ada hati yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang. Segala dugaan cuba diatasi sebaik-baiknya.

BUATMU KEKASIH, mengqambarkan betapa akrabnya kita dengan watak-watak dalam karya terdahulu hingga merasakan bahagia mereka turut menghirup udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga berlampukan sinaran bulan yang satu. Khusus untuk pembaca tersayang, saya titipkan khabar terkini pasangan-pasangan yang pernah saya ilhamkan. Semoga dengan kisah yang saya lakarkan ini dapat memberi iktibar untuk kita meniti hidup seharian.

SOLD OUT
Terima Kasih Kekasih (RM 18)
Penulis: Norhayati Berahim
Harga Asal : RM 23.90
Jumlah Ms : 807
Cetakan:

Hidup ini penuh dengan dugaan, sesekali jatuh dan sesekali tersungkur. namun dugaan itu yang mematangkan dirinya. Walau sakit kerana dikhianati... itulah takdir yang h
arus diterima dengan hati yang terbuka

SOLD OUT
Double Novel
Yang Terindah-Anis Ayuni & Sukma Rindu- Fareza Zuliana (RM 15)

Yang Terindah
Elly, gadis pinggitan yang tidak pernah mengecap kasih sayang seorang ayah. Lalu rasa sayangnya tertumpah kepada Zahari, lelaki tempatnya berkongsi suka duka selama ini. Masa yang berlalu meninjak usia. rupanya dalam diam, telah lama lelaki itu menaruh hati terhadapnya. Tapi mana mungkin dia membalasnya. Dia tidak tega menerima lafaz cinta seorang lelaki yang telah bertahun-tahun dianggapnya sebagai abang sendiri. Lantas dia mengambil keputusan menjauhkan diri. Namun perpisahan itu menyedarkannya bahawa lelaki itu amat dekat dihati dan dikasihi. payahnya menerima hakikat perpisahan itu menyakitkan, mendera rindu dan menghukum perasaan sendiri. Saat hatinya terbuka untuk menerima Zahari, kehadiran Dr. Hazlin merobek segala impian. Berjayakah dia memiliki semula hati lelaki yang telah ditolak cintanya itu atau cukupkah sekadar mengabdikan momen terindah itu dalam kenangannya? Persoalan demi persoalan tidak terungkai, namun yang pasti lelaki itu amat dicintainya.

Sukma Rindu
Pertemuan Dianza dan Azril adalah suatu kebetulan yang indah. Namun, kerana merasakan diri ini tidak pantas untuk bercinta, mereka membiarkan diri memendam rasa. Masing2 terpisah membawa arah sendiri, tanpa kata kepastian. Antara sahabat dan kekasih. Persahabatan dan percintaan. Bumi kampus telah menemukan Dianza dan Fredie. Dalam diam, ada rasa kasih yang bertunas. Rindu bertandang bila berjauhan, namun bukan mudah untuk mendapat kata pasti daripada seorang lelaki bernama Fredie. Lalu, Dianza membiarkan hari2 berlalu dengan seribu harapan yang menanti. cabaran datang menduga, Dianza bertemu dengan Azril semula. Pertemuan yang memaksa dia membuat pilihan. Perlukah dinanti kasih Fredie atau menerima Azril hanya kerana simpati? Dan ditangan Dianza, ada segala jawapannya.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews