Minggu depan semua umat islam akan menyambut Ramadan. Jadi hari ini honeyz nak berkongsi sedikit tip yang amat berguna untuk semua. Tip ni pun honeyz dapat dari sebuah majalah keluaran tempatan baru baru ni...
1. Kekalkan Prestasi
Di bulan puasa momentum kerja tidak seharusnya menurun, sebaliknya ia harus dikekalkan malah lebih menarik sekiranya ia di tingkatkan. Kualiti dan kuantiti kerja harus dipantau agar tidak terjejas apatah lagi menerima teguran dari pihak atasan. Tidak kira apa jua keadaan, sebagai pekerja bertanggungjawab, anda harus sentiasa bersedia memberikan yang terbaik untuk syarikat.
2. Jangan bermalas-malas
Badan kita tentuakan berasa penat lebih-lebih lagi apabila terdedah di bawah mentari yang terik di bulan puasa. Namun janganlah bermalas2 di pejabat dan hanya duduk sahaja. Uruskan kerja yang pastinya sudah menimbuni di atas meja. Jika di layan perasaan malas itu sudah pastinya kerja tidak akan siap. Lawan perasaan itu dan selesaikan kerja dengan mengikut jadual tersusun.
3. Jangan Beri Alasan
Biarpun di bulan ramadan, namun kerja tidak akan berkurangan. Usah beri alasan berpuasa untuk menolak kerja yang diberikan oleh ketua. Terima secara terbuka dan susun jadual kerja sebaik mungkin.
4. Sentiasa segar dan Bertenaga
Tenaga yang ada pada tubuh mungkin berkurangan pada bulan puasa, namun anda tetap boleh tampil segar seperti selalu. Semuanya terpulang kepada pemakanan yang di ambil. Lebihkan sayur-sayuran serta buah-buahan kerana keduanya mampu memberikan tenaga yg diperlukan oleh tubuh. Selain itu jangan abaikan tidur anda kerana tidur yg secukupnya dapat menyegarkan tubuh anda keesokan harinya.
5. Dekati Allah
Bulan Ramadan adalah bulan yang istimewa. Kerana pada bulan ini banyak pahala yang boleh dikumpul. Oleh itu dekatkan diri anda dengan Tuhan yang Maha Esa walau dimana anda berada. Sesibuk mana anda menyiapkan kerja usah lupa untuk meluangkan sedikit masa untuk sujud dan memohon keberkatan dariNya.
6. Kurangkan Bercakap
Tidak salah untuk bersikap ramah namun apa kata kurangkan bercakap di bulan puasa. Ini adalah untuk mengelakkan diri dari memperkatakan hal yang tidak berfaedah yang secara tidak langsung akan mengurangkan pahala puasa anda.
7. Jaga Penampilan Diri
Sebagai menghormati bulan yang penuh kerahmatan ini, jagalah tingkah laku dan juga penampilan diri. Usah bersikap keterlaluan dan ketepikan nilai2 murni. Selain itu sarungkan pakaian yang lebih sopan dan menutup aurat. Plaing penting ia memberi keselesaan kepada anda dan juga org sekeliling.

Thanks Share.
ReplyDeleteCool
New Entry Prof-Hariz
Caj RM3 5MB/minggu Hotlink