Tuesday, October 5, 2010

Novel : Pergilah Air Mata dan Street Vendetta



Setelah lama mencari akhirnya ku temui juga. Inilah novel yang kak honeyz cari2 dari awal tahun ini. Novel-novel ini semuanya kak honeyz baca secara online untuk bab-babnya yang awal dan apabila telah dibukukan maka terpaksalah beli sebab nak tahu kesudahan ceritanya. Tak rugi kak honeyz beli buku ni walaupun penulis2 nya masih baru dalam dunia penulisan tetapi gaya penceritaan setanding dengan penulis-penulis lama.

Pergilah Air Mata merupakan karya terbaru Hani Ramsul yang merupakan penulis best seller novel Biarlah YM Berbicara. Dua-dua Novel ni best dan kak honeyz memang mengikuti semua karya beliau, sama ada yang telah dibukukan atau pun yang online. Ini pula sinopsis untuk novel tersebut:

Pergilah Air Mata (RM26)
Penulis: Hani Ramsul
Harga Asal : RM 28
Jumlah Ms : 858
Cetakan: 2010

Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah. Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi. Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina. Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung. Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik. Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya. Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.

Ini pula sinopsis untuk Street Vendetta

Street Vendetta (RM17)
Penulis: Mazni Aznita
Harga Asal : RM 19.90
Jumlah Ms : 631
Cetakan 2: 2010
Sinopsis:

Anabella si gadis hipokrit bermata duitan yang gemarkan kekayaan dan gemarkan status. Kojie, si jejaka selekeh..bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Bila kedua-duanya bertemu, dunia seakan mahu runtuh. Kerana sebuah kereta, kedua-duanya dipertemukan dalam situasi aneh. Kerana mengejar sebuah cinta, kedua-duanya saling cuba memahami.Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkannya.Perpisahannya terakhirnya dengan Kojie di Cherating entah kenapa sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella mula dihimpit keliru. Siapa Kojie? Siapa pula Fakruzi? Semuanya akan terjawab di dalam Street Vendetta. Love is always a beautiful things in our heart. Sweet and Sour!!


3 comments:

  1. hadoi...
    wadud pown x paham orang yang suke baca novel..:D
    heheheh.. wadud suka lagi akak buat kek praline tuh, baru sedap..:D

    ReplyDelete
  2. ye lah wadud, esok ada praline baru yg kak honeyz buat. nanti tengok ye

    ReplyDelete
  3. salam..sis tak jual ke novel pergilah air mata tu? hmm

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews