Monday, November 29, 2010

Tempahan hari ni dan sabtu

Lagi tempahan dari Awie, Millennium 6 box oreo dan 1 box praline.


Ni pula tempahan dari Amran sabtu lepas, praline 50 biji dan oreo 1 box


2 box dari Awie

Terima kasih banyak2 pada awie yg tak putus2 menempah coklat dari honeyz serta amran.

Friday, November 26, 2010

Homemade Coklat: Order For Today

Again order dari Awie, Millennium Hotel. Thanx a lot.

Ni sample yang di minta oleh Kak Fazilah.


Thursday, November 25, 2010

2 box Mix Coklat Praline

Order dari Zaza, Rawang. Terima kasih banyak2 ye.

Ni pula sample doorgift untuk majlis berkhatan anak Su, kawan lama honeyz .



Tuesday, November 23, 2010


Tempahan semalam juga dari grand Millennium hotel. Thank you for your continuous support.


Monday, November 22, 2010

Jawatan Kosong: Data Entry Clerk

13 Jawatan kosong diperlukan segera sebagai 'Data Entry Clerk' oleh DPI Manpower Sdn Bhd. Calon2 yang berjaya akan diserap masuk ke "International Insurance Company" di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Qualifications needed:
- Minimum SPM with credit in English and Mathematics plus certificate in related studies
- Knowledge on computer
- Fresh graduated are encourage to apply.

If interested, please call Cik Rozita : 012-330 1394/012-538 1394 /03-7987 7968

6 bekas Coklat Oreo

Repeat order dari awi (Millennium). 6 bekas oreo yang bercampur imej menjadi pilihan. Juga sample doorgift untuk Christmas. Terima kasih banyak-banyak ye.

Friday, November 19, 2010

Homemade Coklat: Doorgift Untuk Majlis Pertunangan

180 box with 2 pcs coklat praline

Tempahan dari Ct Istiana untuk majlis pertunangannya yang akan berlangsung hari ahad nanti. Semoga pertunangan ini berakhir ke jinjang pelamin. Terima kasih banyak2 ye.

Thursday, November 18, 2010

Tempahan Coklat dari Awi

5 box coklat oreo serta 2 box 50 pcs coklat praline

Dah nak masuk 2 minggu tempahan coklat oreo menjadi pilihan. Trima kasih byk2 ye atas repeat order yang di berikan.

Monday, November 15, 2010

Coklat Praline, Oreo dan Cheese tat

Lagi tempahan dari Millennium Hotel 12 box praline, 6 box oreo serta cheese tat. Cheese tat lupa amik gambar lak mata dah ngantuk sampai terbangun lewat ari ni.

Ni pula order dari nelly untuk dirinya dan kawan2 sekolah. Terima kasih semua.

Friday, November 12, 2010

Tempahan Cheese Tat dari Alliance

Lagi tempahan cheese tat dari Alliance. 80 biji cheese tat sumenya. Thanx ye. Yang ni pula Coklat kukus yang honeyz buat untuk kawan. Cepat gak siap kek ni. Dalam 15 min jek kukus. Elok naiknya.

Kek Coklat Kukus baru kuar dari pengukus

Gambar ni pula dah letak topping. Tapi kali ni guna milo tuk topping sebab coklat cooking dah abis.

Thursday, November 11, 2010

Lagi Tempahan Oreo


Again order dari Millennium Hotel. Coklat oreo dengan logo MU serta Barbie& Snow white menjadi pilihan. Terima kasih ya semua yang membeli.

Yang ni pula order dari officemate. Thank you juga ya.

Wednesday, November 10, 2010

Coklat untuk Guru

Coklat yang ditempah oleh anak jiran kak honeyz untuk gurunya sebagai tanda terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan. Terima kasih pada ida dan nelly sebab sudi jadi regular customer honeyz.

Yang dibawah ni pula adalah tempahan dari Millennium hotel. Macam2 karekter cartoon yang mereka request. Terima kasih diatas tempahan ini. Jasa anda semua amat honeyz hargai.

Tuesday, November 9, 2010

Oven Baru

Oven yang lama berkhidmat

Align CenterBrand yang tak canggih tapi tahan lasak

Ni oven yang kak honeyz dapat semasa majlis perkahwinan kak honeyz 14 tahun lepas. Setelah sekian lama memberi khidmat pada kak honeyz, dengan rasminya ianya tak lagi berfungsi lagi pada ahad lepas semasa kak honeyz sedang sibuk membakar kulit cheese tat yang di tempah oleh pelanggan. Walaupun jenamanya taklah se-gah mana, tapi ketahanannya amat terserlah.

Dan yang ini pula oven baru yang kak honeyz beli semalam. Harap2 ianya dapat berkhidmat lama seperti IMAR.

Monday, November 8, 2010

Coklat dan Cheese tat


Ni tempahan dari kawan baik kak honeyz untuk di bawa balik ke kampungnya. 50 biji milk praline, 80 biji cheese tat serta coklat oreo untuk anak buahnya. Terima kasih dan harap berpuas hati dengan tempahan ini

Thursday, November 4, 2010

Homemade Coklat: Loose Pack Coklat for Doorgift



Ni tempahan dari Amy Damansara untuk majlis perkahwinan abangnya di klang. 1000 biji loose pack of dark coklat & peanut flavour berbentuk love. Mereka nak buat packaging sendiri. Terima kasih di atas tempahan anda dan sila kunjungi kami lagi. Kepada Abang Amy, Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berkekalan hingga ke akhir hayat

Tuesday, November 2, 2010

Homemade Coklat: Lagi Tempahan dari Millennium

3 mix coklat dan oreo ben 10

Strawberry rose & Blue Milk

Oreo with Edible Imej Barbie
Oreo with Snow White Imej

Oreo with Multi Karektor Imej

Terima kasih diatas tempahan anda.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews