Friday, October 29, 2010

Homemade Coklat: Ben 10 dan Upin Ipin menjadi pilihan

Tempahan dari jiran kak honeyz untuk anak kesayangannya. Terima kasih atas tempahan anda.

Wednesday, October 27, 2010

Homemade Coklat: Tempahan dari Nurul


Tempahan mix coklat praline dan coklat oreo dari Nurul. Thanx for ur support.

Monday, October 25, 2010

Rezeki yang tidak disangka

Setelah pertama kali membuat blueberry and strawberry cheese tat last week dengan tak semena-mena kak honeyz mendapat rezeki yang tak disangka2. Syukur Alhamdulillah diatas rezeki yang Allah berikan kepada kak honeyz. Tempahan blueberry and strawberry cheese tart sebanyak 50 biji. Juga coklat homemade dari Alliance bank.


Tuesday, October 19, 2010

Blueberry & Strawbery Cheese Tat



First time buat blueberry & strawbery cheese tart. Sedap jugak rasanya ya. Anak2 kak honeyz sibuk suh buat lagi.

Monday, October 18, 2010

Coklat Homemade: Lagi Tempahan dari Grand Millennium



Lagi tempahan coklat dari Grand Millennium Hotel. Terima kasih di atas tempahan anda...

Friday, October 15, 2010

Chicken Lasagna


Ni chicken lasagna yang kak honeyz buat lagi last sunday. Baru ari ni nak buat posting... asyik bertangguh je.. Lasagna ni kak honeyz buat lagi sebab anak2 dan hubby suh buat sebab depa x puas makan masa kak honeyz buat pada 3rd Open House Raya di rumah kak honeyz di penghujung bulan Syawal. Tak sangka pulak kak honeyz buat 2 tray besar abis licin kesemuanya. Nak ambil gambar menu hari tersebut pun x sempat. Jiran2 yg dah beraya kat umah kak honeyz pun datang beraya lagi sebab dengar kak honeyz masak ala-ala western ari tu. Mana taknya, kak honeyz buat menu di luar kebiasaan (selalu wat nasi minyak, tomato, beriyani or nasi ayam). Nasib baik gambar lasagna ni pun kak honeyz sempat snap, tu pun selepas kak honeyz perasan lasagna dalam tray besar dah abis dimakan oleh anak2 dan hubby.

Kepada sesiapa yang nak resepi sila ambil kat sini ye:

Chicken Lasagna
Lasagna Sheet Secukupnya direbus
Sos putih
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 kotak 250 ml susu full cream(apa2 brand)
Mozarella Cheese (yang ni kak honeyz agak2 je ikut tekak kak honeyz)
Sedikit garam,
Sedikit lada sulah
Cara: Cairkan butter dalam kuali atau pan dengan api perlahan kemudian masukkan tepung kacau hingga sebati. Jgn sampai bergentel. Masukkan Susu kacau rata kemudian masukkan cheese, garam dan lada sulah. kacau rata sehingga kuah agak pekat. Ketepikan.

Sos Daging
1 paket ayam/daging kisar brand ramly
2 ulas bawang putih di cincang
1 biji bawang besar di potong dadu
1 batang carrot juga di dadu
1 biji buah tomato di dadu
1 tin tomato puree
sedikit oregano
gula dan garam secukupnya.
Cara: panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan ayam atau daging. Bila daging agak empuk, masukkan tomato puree dan bahan2 lain. Masukkan garam dan gula. Suaikan rasanya ye.. dan kalau boleh sos daging hendaklah mnis sedikit sebab sos putih akan berasa masin disebabkan ada cheese.(untuk sesiapa yang sukakan pedas- eloklah tambahkan cili sedikit dalam masakan)

Cara Melapis Lasagna
Ambil loyang dan ratakan sos daging di permukaan loyang. Kemudian taburkan sedikit mozarella cheese yang telah di parut. kemudian aturkan lasagna sheet rapat menutupi permukaan sos daging. kemudian letak lagi sos daging di ikuti dengan sos putih serta sedikit parutan cheese. Ikuti langkah ini sehingga penuh loyang tersebut. Kemudian bakar selama 40- 45 minit dengan suhu 185'C.



Wednesday, October 13, 2010

Coklat Homemade: Koleksi Terkini Teratak Honeyz

Hari tu ada buyer tanya coklat bentuk teddy dan coklat bentuk bunga 5 kelopak ada tak dalam koleksi jualan kak honeyz. Malangnya xde sebab payah gak nak mencari. Tapi hari ini dengan rasminya kak honeyz telah menambah koleksi coklat jualan kak honeyz.

Tuesday, October 12, 2010

Alahai Anakku Dah Kena Pakai Spek

Bersiap sedia untuk ke sekolah dengan spek mata

Last week anak kak honeyz mengadu, teacher suruh bawa gi cek mata. Kak honeyz marah balik kat dia. Kak honeyz kata matakan elok kenapa nak gi cek pulak. Ni mesti kes lambat baca kan. Sebab dah lama tak pegang buku. Anak kak honeyz diam je.. Pastu selang 2 ari dia cakap lak, teacher nak jumpa. La asal pulak ni... Dah lah teachernya asyik lambat dalam bulan ni.. mana kak honeyz ada masa nak jumpa. Nak rush gi kerja lagi. X sedap ati nya pasal kak honeyz call teacher dia. Teachernya suh kak honeyz bawa gi cek mata. Kak honeyz tanya kenapa? Teacher kata just go and cek her eye sight.

Keesokan harinya (Sabtu), kak honeyz bawa anak gi kedai spec suh dia cek ada rabun tak? Kedai kata ada tapi dia x berani nak buat sebab anak kak honeyz baru 6 tahun. Kedai suh gi specialist mata buat cek up and ambil power baru datang balik. Dia pun bagi map klinik mata kat rawang. Ooh ada rupanya, selama ari ni x tau pulak ada kat rawang.

Selepas berjumpa doktor, akhirnya kak honeyz terima hakikat yang anak kak honeyz kena pakai spec seawal usia 6 tahun. Ini disebabkan oleh keadaan korneanya yang tak berapa cembung (separuh melengkung dan separuh rata) menyebabkan dia susah nak fokus benda jauh dan kecil. Doktor kata mungkin boleh dibetulkan dengan laser tapi kena tunggu besar. Kesian anak kak honeyz dan terima kasih kepada Teacher Jesy atas keperihatinan beliau terhadap murid-muridnya. Tanpanya mungkin kak honeyz masih tak tahu yg anak kak honeyz ada masalah mata.

Thursday, October 7, 2010

Homemade Coklat: Doorgift Untuk Majlis Tahlil


Tempahan di terima dari Kak Fadilah dari Grand Millennium Hotel untuk Majlis Tahlil yang dibuatnya pada hari Sabtu nanti. Doorgift berserta bunga reben yang berwarna biru ini di request oleh akak ni. Untuk Coklatnya kak honeyz cadangkan luv biru dan milk rose tapi akak ni suka sangat rose strawberry. So dia minta di gabungakan 2 warna ni. Pada tempahan kali ini yang blue luv ni kak honeyz letak dark coklat & almond untuk mengurangkan rasa manisnya. Harap Kak Fadilah berpuas hati..

Wednesday, October 6, 2010

Homemade Coklat: Coklat Oreo



Masa buat open house pada hari ahad yang baru ni, kak honeyz ada buat coklat baru. X lah baru mana pun dalam industri coklat ni cuma baru dalam senarai produk coklat kak honeyz. So kira macam product launchinglah ari tu. so ini lah dia coklat bisco kak honeyz buat, coklat yang disalut biskut oreo. Ada dua jenis satu kak honeyz letak edible imej menggunakan karekter cartoon dan satu lagi dihiasi dengan warna.





Dan terima kasih kak honeyz ucapkan pada ida (jiran) kerana telah menempah coklat oreo dengan imej upin dan barbie buat santapan anak2 nya.

Tuesday, October 5, 2010

Novel : Pergilah Air Mata dan Street Vendetta



Setelah lama mencari akhirnya ku temui juga. Inilah novel yang kak honeyz cari2 dari awal tahun ini. Novel-novel ini semuanya kak honeyz baca secara online untuk bab-babnya yang awal dan apabila telah dibukukan maka terpaksalah beli sebab nak tahu kesudahan ceritanya. Tak rugi kak honeyz beli buku ni walaupun penulis2 nya masih baru dalam dunia penulisan tetapi gaya penceritaan setanding dengan penulis-penulis lama.

Pergilah Air Mata merupakan karya terbaru Hani Ramsul yang merupakan penulis best seller novel Biarlah YM Berbicara. Dua-dua Novel ni best dan kak honeyz memang mengikuti semua karya beliau, sama ada yang telah dibukukan atau pun yang online. Ini pula sinopsis untuk novel tersebut:

Pergilah Air Mata (RM26)
Penulis: Hani Ramsul
Harga Asal : RM 28
Jumlah Ms : 858
Cetakan: 2010

Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah. Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi. Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina. Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung. Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik. Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya. Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.

Ini pula sinopsis untuk Street Vendetta

Street Vendetta (RM17)
Penulis: Mazni Aznita
Harga Asal : RM 19.90
Jumlah Ms : 631
Cetakan 2: 2010
Sinopsis:

Anabella si gadis hipokrit bermata duitan yang gemarkan kekayaan dan gemarkan status. Kojie, si jejaka selekeh..bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Bila kedua-duanya bertemu, dunia seakan mahu runtuh. Kerana sebuah kereta, kedua-duanya dipertemukan dalam situasi aneh. Kerana mengejar sebuah cinta, kedua-duanya saling cuba memahami.Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkannya.Perpisahannya terakhirnya dengan Kojie di Cherating entah kenapa sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella mula dihimpit keliru. Siapa Kojie? Siapa pula Fakruzi? Semuanya akan terjawab di dalam Street Vendetta. Love is always a beautiful things in our heart. Sweet and Sour!!


Monday, October 4, 2010

Coklat untuk majlis Pertunangan

Ni coklat praline yang di tempah oleh zalee untuk majlis pertunangan adiknya yang berlangsung semalam. Bertemakan warna putih dan oren. Terima kasih banyak2 atas tempahan ini dan kepada adiknya kak honeyz doakan semoga jodoh anda berpanjangan.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews