Thursday, March 31, 2011

Coklat Oreo dan praline dari Nurul


Tempahan dari Nurul. TQ very much.

Wednesday, March 30, 2011

Coklat Moist Kek


Ni kek honeyz buat last week utk minum petang bersama keluarga. Coklat moist kek disaluti dengan coklat ganache dan almond nib.

Cheese Tat -


Again order from Erni. 100 pcs cheese tat with blueberry and strawbery flavour n 3 box of oreo.

Tempahan Muffin dari FAMA


Again order from FAMA arranged by En. Asri. TQ banyak2

Friday, March 25, 2011

Jom buat Pizza

Pizza Tuna Island yg belum di masak

Ready to eat. Alamak gambar spoiled sikit terhangit

Ini piza yang honeyz buat utk ank2 makan last week. Ada Tuna Island, Hawaian Chiken dan sosej lover.. So sape 2 nak resepi piza ni bleh amik kat sini yer.. Ini resepi kak hanieliza.. Tapi toping tuk piza leh ikut cita rasa sendiri...

PIZZA

Bahan A

500 tepung roti
1 paket yeast mauripan
2 s/b gula
1 s/k garam
1 biji telur

Bahan B
3 s/b majerin/shorterning
250 ml air


cara:
1. Gaul rata semua bahan A sehingga sama rata.
2. Masukkan air dan uli sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan uli lagi sehingga menjadi doh yg lembut [anggaran 10 minit]
4. Bahagikan adunan pada 4 doh besar dan leperkan .
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.


INTI PIZZA

bahan

400 gm daging kisar [peroikan daging dan toskan]
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas -
1 cawan cendawan butang [belah 4]
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun aregano
garam

cara
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan daging kisar dan tambahkan garam serta daun aregano, tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga daging empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.


Thursday, March 24, 2011

Percubaan membuat Cupcakes


Ni cupcakes yg honeyz cuba buat. Uh hodohnya... itulah akibat sekiranya xmahu gi kelas... Nozle plak x banyak...

Wednesday, March 23, 2011

Cream Puff for FAMA

50 pcs Cream puff Custard untuk FAMA. Tempahan di uruskan oleh En. Asri. TQ very much ye..

Tuesday, March 22, 2011

Coklat Oreo, Praline & Cheese Tat

Tempahan dari Aunty Kamariah - Section 16 PJ untuk dibawa balik ke Kelantan. Tq aunty.

Friday, March 18, 2011

Tak Seindah Mimpi dan Tak Semanis Impian-Sold Out


Novel2 terpakai yang telah dijual kepada Azlinda dari Johor Bahru. Ni mesti follow cerita Trilogi Cinta kat tv kan. Lepas linda beli ada sorang lagi duk tanya buku tu. Tapi dah sold outkan nakbuat camne lagi..Anyway Thank you very much ye Linda atas pembelian buku tu.

Thursday, March 17, 2011

Kari Kepala Ikan Tenggiri


Hari ini honeyz nak letak gambar kari kepala ikan lak. Sudah agak lama honeyz x masak untuk family. Depa tu, asyik2 makan nasi kedai jek... maklumlah tempahan coklat, muffin dan krim puff berderet aje. Menu mereka hari2 Nasi Goreng USA, kuetiau lah... sampai depa naik boring. Disebabkan jadual tempahan tidak terlalu pack dan lama lagi... maka honeyz masaklah lauk kegemaran hubby dan ank2.. kari... Husband honeyz ni mmg hantu kari... dari kecik sampailah besar maknya ari2 masak kari... x kiralah kari ikan, daging, ayam, telur atau ikan masin. Dan honeyz juga kena belajar masak kari ni every weekend ngan mak dia sebelum kahwin. Masa tu fed-up gaklah kan sebb kadang2 jadi kadang tercairlah... Tapi lama kelamaan honeyz dah expert dah. Dan yang paling honeyz suka masak kari mak mertua ni just main campak2 aje dan x perlu nak tengok atau kacaunya selalu... sampai masa padam api dan hidang... byk keje leh buat...walaupun xde daun kari... tapi baunya ... semerbak....dan rasanya... mmph sehingga menjilat jari...

Kari Kepala Ikan Tenggiri:

Kepala ikan tenggiri dibelah 2 dan dibersihkan dan digaulkan bersama garam dan kunyit
3 ulas bawang merah -dihiris
2 ulas bawang putih-di hiris
2 sudu besar rempah kari ikan - any brand (honeyz guna babas)
Air asam jawa secukupnya...
santan dari 1/2 biji kelapa (agak2 dapat 3/4 mangkuk tau fu fah)
sayur bendi atau terung
cili hijau jika suka untuk hiasan
1 biji tomato
minyak untuk menumis

caranya ringkas... aje

-panaskan minyak dan masukkan bawang putih serta merah sehingga naik bau
-masukkan rempah kari... kacau jgn bagi hangit
-masukkan air perahan asam jawa dan sebatikan rempah kari
-masukkan kepala ikan bila sebatian asam jawa dan rempah kari mendidih
-biarkan seketika sehingga nampak minyak naik...
-masukkan santan dan kecilkan api
-masa ni bleh ar masukkan garam ikut selera anda...
kemudian masukkan sayur bendi, terung, cili hijau dan tomato.
-biarkan ia mendidih sendiri sehingga masak.

* Honeyz nak tau kari tu dh masak senang aje... kalau honey dukkat depan.. dan tercium bau kari yang harum serta menyelerakan... so dh masaklah...

Sorylah honeyz x pandai nak ajar orang... serupa ngan MIL. Honeyz belajar pun dari pemerhatian secara langsung atau tidak langsung...

Wednesday, March 16, 2011

Krim Puff@ Cream Puff Lagi

Ini tempahan dari jiran tetangga honeyz, Mas. mas order 20 biji custard cream puff dan 20 biji coklat cream puff.

Yang ni pula tempahan BB. Nak bawa gi bercuti katanya... 40 biji coklat cream puff. Kepada Mas dan BB terima kasih atas tempahan ini.

Monday, March 14, 2011

Cream Puff N Praline dari Su Abu


Again, orders from Su Abu. Kali ni su minta cream puff with coklat n custard filling and mix praline falvour blueberry, orange and peanut butter. Tq dear.

Also, honeyz nak ucapkan tima kasih pada shida, hasnah n kak imah atas tempahan krim puff. Sorry ye delay sikit waktu delivery tu sebab ada masalah teknikal.. tu yg x sempat nak snap gambo...

Friday, March 11, 2011

Marble muffin Lagi serta praline

Lagi 50 pcs marble muffin yang di tempah oleh Jiran. Tq Sa Fa for the arrangement.
Yang ni pula another order from Zana- PJ. Tq All.

Thursday, March 10, 2011

Coklat wording untuk majlis pertunangan



Tempahan di terima dari Suzanna Abu Bakar untuk majlis pertunangan nya. Coklat 35 pcs dengan wording serta 3 box of Oreo Upin Ipin. TQ Ana for the orders

Wednesday, March 9, 2011

Tempahan Mix Cheese Tat dan Oreo

Tempahan Aneka Cheese Tat dan Oreo dari Erni n her office mate. TQ dear.

Tuesday, March 8, 2011

Marble Muffin untuk Majlis Perkahwinan

500 biji marble muffin yang di tempah oleh Jelita Zuryn untuk majlis perkahwinannya yg berlangsung 2 hari lepas. Terima kasih atas tempahan ini

Monday, March 7, 2011

Coklat Krim Puff


Lagi tempahan dari kak eda- Taman Jati.. Tq ye kak.

Homemade Coklat- Tempahan dari Millennium dan Jiran

Tempahan Abg Ramli - Jiran Setaman

Tempahan dari Intan- Millennium Hotel

Ni tempahan coklat dari Millennium dan jiran setaman honeyz. Tq ye .

Thursday, March 3, 2011

Tempahan Muffin

Tempahan dari Asri


Minggu ni sahaja sudah 2 kali honeyz terima tempahan muffin dari Asri jiran kak honeyz. Asrilah yg menjadi org tengah di atas tempahan ini. Honeyz pun lupa nak tanya sapa yang order. Dengar kata dr wifenya aritu, FAMA. Di kesempatan ini, honeyz ucapkan terima kasih banyak2 kpd Asri kerana sudi menjadi org tengah dalam menguruskan tempahan muffin ini.



Doorgift Muffin untuk sebarang Majlis - RM 0.90 sen

Oh ya sebelum terlupa, honeyz nk beritahu kepada sume kawan2 yg doorgift untuk muffin juga ada honeyz sediakan. Muffin diletakkan dalam cavity box seperti di bawah. Harga including cavity box RM0.90 sen sahaja. Sesiapa yang berminat bleh berhubung dengan honeyz ye.

Wednesday, March 2, 2011

Coklat Bouquet dan Lain-lain Tempahan

Ini tempahan sulung loly bouquet yg honeyz terima dari customer yang duk jauh di utara, Farah- Alor Setar, Kedah. Selain dari loly bqt, farah juga menempah bermacam2 jenis coklat seperti didalam gambar ini. Kak honeyz ucapkan terima kasih dan semoga berpuas hati dengan semua tempahan ini.

Cream Puff Lagi

New packaging for Cream Puff

Tempahan Kak Eda - Taman Jati (Coklat Cream Puff)


Tempahan dari Kak Faridah

Tempahan dari Mfuz-Mas

Tempahan Susulan dari Kak Eda- Taman Jati (Coklat Cream Puff)

Ni tempahan krim puff dari jiran2 kak honeyz. Terima Kasih semua di atas sokongan anda..
Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews