Sunday, January 29, 2012

Thomas Utility Knife



Akhirnya pisau ini menjadi milik kak honeyz setelah 3 minggu mengumpul stem dari Tesco. Inilah pertama kali kak honeyz berminat untuk mengumpul stem2 penukaran barang. Selalunya buang gitu aje.. bukan apa ... dulu kalau membeli barang dapur harus merentas 1 atau 2 daerah sebulan sekali. sebabnya masa tu dekat rawang xde pasaraya besar. Jadi kalau ada promosi sebegini kak honeyz x ambil pusing. Tapi sbb Tesco Rawang betul2 dekat benor dgn rumah kak honeyz n every week kesana... so baik ambil peluang keemasan ini kan.. Pisau yang bernilai RM130 ini menjadi milikku secara percuma. Masih ada lagi 2 bulan promosi ini berlangsung... agak2nya sempat tak nak buat koleksi yang lain....

Wednesday, January 25, 2012

Kek Pandan Layer


besar pulak loyang ni... lain kali guna bekas yg kecik sikit baru cantik


Kek ni kak honeyz cuba buat petang tadi lepas baca feedback dr ramai kata kek ni sedap. Oleh kerana masih bercuti so kak honeyz pun mencuba walaupun xde springform/loose tin, kak honeyz gagahkah jugak buat sbb nk tau kesedapannya. cuma kat sini bentuknya xdelah secantik mana sebb terguna loyang yg terbesar. Lain kali xde springform pun xpe pakaile apa2 bekas sbb kek ni snng lekang rupanya... sapa2 nk cuba boleh amik resepi hajah noraini... rasanya sedap dimakan ketika sejuk..dan x terlalu manis...



Bahan-bahan :1 biji kek span pandan bersaiz 9 inci


Bahan Kastad:
1000 gm air
125 gm gula
5 helai daun pandan,disimpulkan
110 gm susu cair Carnation/Ideal
2 gm mentega (sedikit saja)
1 1/2 sudu teh jeli segera (instant jelly)
85 gm tepung Hoen Kwee (hijau)
50 gm santan serbuk (segera)


Cara Membuatnya :
1. Kek span dihiris 3 lapisan. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan diatas ke dalam sebuah periuk.
3. Kacau diatas api sederhana hingga pekat dan mendidih. Angkat.
4. Sediakan tin springform atau loose tin bersaiz 9 inci.
5. Masuk lapisan kek pertama.Ia perlu kecil sedikit dari tin. Jika besar potong tepinya
6. Ambil satu cawan kastad dan tuangkan diatas dan kelilingnya. Ratakan.
7. Buat lapisan kedua dan ketiga.Habiskan kastad. Biarkan sejuk baru masuk petiais.
8. Sejukkan kek 5 jam dalam peti ais sebelum dipotong.
9. Hiaskan mengikut citarasa anda.

Monday, January 23, 2012

Kuih Gulung a.k.a Kuih Ketayap

Hujan pulak petang ni. Hmmm lapar pulak perut. Tadi dah beli kerepek kat kakak yg dtg jual dari rumah kerumah. X kenyanglah pulak. Dok terpikir apa menu yg paling ringkas. nk buat... aha...kuih gulung lah... Ni lah menu petang utk hari ini...Kuih Gulung.

Resepi

2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau.

-masuk kesemua bahan kedalam bekas dan adun sebati.
-panaskan kuali
-lengserkan sedikit minyak dan letak 1 senduk adunan kedalam kuali.
-lenggangkan kuali utk membentuk satu lapisan nipis.
-angkat apabila lapisan tepung lekang dari kuali.
-letakkan inti dan gulung.

initi

1/2 biji kelapa parut (putih sahaja)
1 cawan gula merah
3/4 cawan air.
daun pandan

cara buat inti
masukkan kelapa, gula merah serta daun pandan kedalam periuk dan masak sehingga kering. letak ke tepi.

Sunday, January 15, 2012

Tempahan for Chinese New Year



Tempahan Almond London dan Tart nenas dari regular customer - Mr EK How. TQ so much n happy Chinese New Year.

Tuesday, January 10, 2012

Besday Kek



Ini kek besday yg kak honeyz buat untuk ank dara kak honeyz yg telahpun berumur 8 tahun pada 4hb January. Disebabkan 4hb adalah hari 1st day sekolah so kami sambut 4 hari lewat dr tarikh tersebut. Kebetulan pada 8hb juga ank ke-2 kak honeyz berkhatam quran. So sgt cantiklah tarikh tu bg kami. Kak honeyz buatkan 2 kek utk besday girl. Satu kek fruit koktail yang diminta oleh ank kak honeyz. Kek ke-2 kak honeyz buatkan russian black n white yg dihias dengan edible imej Mickey n Minnie Mouse. Ni sume gara2 edible imej barbie doll dh abis. Sib baik dia boleh terima stelah dipujuk oleh kak honeyz n ayahnya. Tetamu kecil yg hadir pun sungguh menggalakkan. X rugi buat 2 kek... Terima kasih pada yang hadir...

Thursday, January 5, 2012

Coklat Bertemakan Warna Maroon


Tempahan dibuat oleh kawan kak honeyz untuk dijadikan hantaran perkahwinan sepupunya. Bertemakan warna maroon dan ita minta kak honeyz hiaskan bekas tersebut. so inilah hasilnya. harap puas hati. Ita tq so much for ur support


Ini pula tempahan tat nenas oleh Ms. Kim, Mas dan Kak Sabariah dari Grand Millennnium Hotel. 3 bekas kesemuanya tapi 1 bekas dh diambil terdahulu. tima kasih semua.


Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews