Thursday, December 29, 2011

Coklat Wording Warna Maroon



Tempahan Coklat wording bertemakan maroon di tempah oleh Kak Tini dari Gombak untuk dijadikan hantaran untuk majlis perkahwinan anaknya. Tima kasih kak atas tempahan ini.

Monday, December 26, 2011

Mix Cheese Tart N Krim Puff



Tempahan diterima dari azza puchong untuk dijadikan menu sampingan pada majlis hari jadi anaknya. Terima kasih banyak2 di atas tempahan ini. semoga berpuas hati.

Thursday, December 22, 2011

Coklat bertemakan Hitam Silver


Tempahan dibuat juga dari jiran kak honeyz, shida untuk dijadikan hantaran pertunangan adiknya . Shidah minta buatkan coklat dalam 2 bekas sebab dia akan deco sendiri kotak tersebut. Disebabkan kaler silver xde so kak honeyz gantikan dengan grey kaler. Kepada Nurul Husna kak honeyz ucapkan "Selamat Bertunang" dan semoga pertunangan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Tempahan susulan: Coklat Home Made


Repeat order dari Ibu Iwan. Hari nak 2 box of 50 pcs. Tak tahulah nak makan or nak bagi orang. Anyway thanx akak.

Wednesday, December 21, 2011

Vanila Muffin dan Krim Puff


Tempahan dari Hj. Asri untuk FAMA. Thank you for this arrangments.

Friday, December 16, 2011

Tempahan dari Ibu Iwan


Tempahan coklat dari Ibu Iwan untuk diberikan kepada emaknya yg akan balik ke kelantan hari ini. Gabungan 5 perisa (peanut, strawbery, milk, dark n white) menjadi pilihan .Tima kasih ye kak for ur continuos order and please come again.

Thursday, December 15, 2011

bX-l4u1mh - Problem untuk updating design blog

Hmm... apa pulak masalahnya dengan blog ni. Kuar error bX-l4u1mh kat design pulak. Nak tambah elemen page pun xboleh. Honeyz ingat, blog honeyz je yang terkena rupanya ramai sudah yg kena. Sapa2 rakan blogger yg dapat solve problem ni harap boleh bg tips n comment ye.

Tuesday, December 13, 2011

Kek Red Velvet


Kek ini ditempah oleh jiran kak honeyz - Shida. Shida minta buatkan red velvet yang kecil. Kak honeyz buatkan kek red velvet seberat 550+-gram. Harap red velvet ini memenuhi selera anda ye. Sekiranya ada kekurangan minta maaf banyak2 .. almaklumlah bakers tak terlatih. " Selamat Hari Jadi yang ke ?? . Tima kasih.

Sunday, December 11, 2011

Chicken Poket Burger

Menu ringkas ini sesuai di buat breakfast atau bekalan untuk anak sekolah. cukup mengenyangkan dan mudah disediakan.

Bahan2 yg diperlukan:
roti pita
burger goreng ayamas (quick burger)
tomato, salad, timun
cili sos, tomato sos dan mayonis

cara2 membuatnya
1) panaskan roti pita di atas pan dan belah dua
2) goreng burger ayamas sehingga kekuningan
3) masukkan salad timun dan hirisan tomato dalam roti pita
4) selitkan burger dan letakkan mayonis serta cili sos.
5) siap dimakan sungguh menyelerakan

Selamat mencuba

Thursday, December 8, 2011

My 1st Bento

My 1st Bento :
Nasi goreng, Ayam Goreng, Mini sosej serta timun dan baby tomato


Bento merupakan bekal makanan yang dibawa ke sekolah atau ke pejabat. Dalam bekas makanan ini di isi dengan pelbagai jenis makanan untuk mencukupkan nutrisi harian. Ianya amat popular di Jepun. Kalau dijepun mereka akan menghias bekalan ini dengan pelbagai rupa dan bentuk. Teruja sangat dengan kreativiti depa so kak honeyz pun nak mencuba juga buat bento ni walaupun anak kak honeyz sedang bercuti sekarang. Dan inilah hasil pertama ku. Agak2 bilalah berpeluang nak buat bento seperti orang jepun tu ye...

Tempahan Coklat Wording




Tempahan dari Zura- Keramat untuk dijadikan hadiah kepada sepupunya yg akan melangsungkan perkahwinan hari sabtu ini. Terima kasih kepada zura dan 'Selamat Pengantin Baru ' kepada Faa'iza dan pasangan nya Izzhan. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Wednesday, December 7, 2011

Keterujaan, Kegembiraan, Kehampaan dan Kesedihan ke I-city Shah Alam


Amboi banyak betul Ke…. He he he. Ini sume gara2 sudah lama teruja nak ke I-City Shah Alam. Cantik sungguh melihat gambar2 yg teman kak honeyz yg sudah sampai ke sana. Mana taknya, cantik melihat pokok2 serta binatang2 yang bercaya tika di waktu malam.

So, pada hari Ahad (4hb December) kak honeyz sekeluarga berpeluang pergi ke sana buat pertama kalinya, setelah sekian lama mengidam nk pergi. Itu pun sebab KFC menganjurkan Programme “KFC Safari Explorers”. Kami pergi 2 keluarga. Pergi awal dalam pukul 3.30 petang sbb nk explorers program yang KFC buat sementara tunggu malam nak amik gambar.

So mari lihat kenapa disebalik Keterujaan ini ada 3 lagi Ke… yang mengekor

Keterujaan – Sebab Memang dah lama nak pergi, tapi x dapat pergi sbb sibuk ngan tempahan customer.

Kegembiraan – Gembira kerana berjaya juga menjejakkan kaki ke I-City. Anak2 pun gembira dengan aktiviti yang KFC sediakan.

Kehampaan – Dalam pukul 6 petang hujan turun selebat2 nya. Kami yg baru hendak berjalan2 ke kawasan berlampu2 terpaksa tundakan sekejap sambil mengikuti kembali aktiviti yang dibuat oleh KFC di bawah canopy yang terpsang. Outdoor games x bleh main. Waktu ni ada setengah pokok2 sudah mula disinari cahaya. Tapi x bleh nak bergambar sbb kilat sabung menyabung sampai ke tanah.

Kesedihan – Dalam pukul 8 malam hujan dah semakin reda.. niat di hati bolehle bergambar walaupun tanah becak. Tapi sedih sbb x dapat juga bergambar… sebab abang kak honeyz terima call suh pergi ke hospital. Mak sedara kak honeyz sedang tenat akibat dari kemoterapi yang dia buat khamis lalu. Sedih meninggalkan I-city dan sedih juga melihat keadaan maksu yang terpaksa melawan tindak balas kemoterapi yang baru di buatnya.

Kepada maksu dan keluarga, kak honeyz harap bersabar dalam setiap ujian dari Allah s.w.t dan honeyz doakan semoga cepat sembuh ya.

Tuesday, December 6, 2011

200 biji marble muffin



Lagi repeat order dari my regular customer- Dr Ja (Paediatrik Hospital). Seperti biasa Dr Ja order 200 biji marble muffin. Thank you very much Dr. for ur continuous support.

Monday, December 5, 2011

700 biji mix chocolate n vanila muffin



Tempahan dari sahabat lama untuk majlis perkahwinan adiknya. Semoga berpuas hati dengan tempahan ini. TQVM ye friend.

Thursday, December 1, 2011

Mix Cheese Tart - Cubaan untuk Pos

Mix Cheese Tat yg nak dihantar

Ready to post
Masih berkisar tentang Cheese Tart. Hari ni kak honeyz cuba mengepos mix cheese tart ke melaka dengan menggunakan pos laju. Harap2 ank buah kak honeyz terima nye dalam keadaan baik.
Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews