Wednesday, December 7, 2011

Keterujaan, Kegembiraan, Kehampaan dan Kesedihan ke I-city Shah Alam


Amboi banyak betul Ke…. He he he. Ini sume gara2 sudah lama teruja nak ke I-City Shah Alam. Cantik sungguh melihat gambar2 yg teman kak honeyz yg sudah sampai ke sana. Mana taknya, cantik melihat pokok2 serta binatang2 yang bercaya tika di waktu malam.

So, pada hari Ahad (4hb December) kak honeyz sekeluarga berpeluang pergi ke sana buat pertama kalinya, setelah sekian lama mengidam nk pergi. Itu pun sebab KFC menganjurkan Programme “KFC Safari Explorers”. Kami pergi 2 keluarga. Pergi awal dalam pukul 3.30 petang sbb nk explorers program yang KFC buat sementara tunggu malam nak amik gambar.

So mari lihat kenapa disebalik Keterujaan ini ada 3 lagi Ke… yang mengekor

Keterujaan – Sebab Memang dah lama nak pergi, tapi x dapat pergi sbb sibuk ngan tempahan customer.

Kegembiraan – Gembira kerana berjaya juga menjejakkan kaki ke I-City. Anak2 pun gembira dengan aktiviti yang KFC sediakan.

Kehampaan – Dalam pukul 6 petang hujan turun selebat2 nya. Kami yg baru hendak berjalan2 ke kawasan berlampu2 terpaksa tundakan sekejap sambil mengikuti kembali aktiviti yang dibuat oleh KFC di bawah canopy yang terpsang. Outdoor games x bleh main. Waktu ni ada setengah pokok2 sudah mula disinari cahaya. Tapi x bleh nak bergambar sbb kilat sabung menyabung sampai ke tanah.

Kesedihan – Dalam pukul 8 malam hujan dah semakin reda.. niat di hati bolehle bergambar walaupun tanah becak. Tapi sedih sbb x dapat juga bergambar… sebab abang kak honeyz terima call suh pergi ke hospital. Mak sedara kak honeyz sedang tenat akibat dari kemoterapi yang dia buat khamis lalu. Sedih meninggalkan I-city dan sedih juga melihat keadaan maksu yang terpaksa melawan tindak balas kemoterapi yang baru di buatnya.

Kepada maksu dan keluarga, kak honeyz harap bersabar dalam setiap ujian dari Allah s.w.t dan honeyz doakan semoga cepat sembuh ya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews