Friday, April 30, 2010

Tip untuk berjaya dalam pekerjaan


Apakah cara terbaik untuk sampai ke kemuncak kerjaya dengan cepat dan berkesan? Salah satui caranya ialah dgn memenangi hati bos anda. Berikut adalah cara2 yang boleh diguna pakai untuk memennagi hati bos anda…

1. Bertanya khabar tentang keluarga bos anda – bukan sebagai ‘Busy body’ tapi bos anda akan rasa dihargai sekiranya anda turut sama mengambil berat tentang sakit pening atau masalah keluarganya sekiranya dia ada menyentuh tentang hal keluarganya ketika berbual dgn anda.

2. Mempunyai minat yang sama dgn bos anda – Anda boleh meluangkan masa bersama-sama bos anda, sekiranya anda mempunyai minat yang sama dgnnya seperti main bowling dan sebagainya.

3. Pelawa bos anda minum atau makan bersama. Jgn salah paham ye … bukan dating… tapi dengan bertanya sama ada dia mahu mengirim membeli makanan ketika anda mahu keluar makan. Boleh juga menceritakan tentang keenakan makanan di restoran2 yang belum dicubanya.

4. Buah Tangan- Ni takyah bagi tahu pun tak pe. Sume org faham. Ole-oleh sekiranya anda pergi melancong atau bekerja di luar kawasan.

5. Hindari pergaulan yang terlalu formal dan mengikut protokol – Pergaulan yang formal akan menjarakkan hubungan baik anda dgn bos. Tapi ada tapinya, sebelum mengamalkan cara ini anda harus perhatikan sama ada Bos anda bukanlah seorang yang strict dan boleh dibuat kawan. Kerana pergaulan yang tidak formal boleh merapatkan hubungan antara bos dan pekerja kerana anda akan berinteraksi secara normal seperti kawan. Kadang kala anda boleh berlawak dengan nya dan pada masa yang sama anda masih menghormatinya sebagai orang atasan.

6. Jadilah pakar dalam segala hal- Ini perlu sekiranya wujud problem atau conflict di tempat kerja. Anda dapat mengatasinya dengan cemerlang. Sekiranya anda gagal mengatasinya, cuba cari solution dengan bertanyakan kepada mereka yang lebih arif tentang perkara itu.

Dalam-banyak2 kaedah di atas aku sangat suka kaedah no. 5. Cara ni aku dah guna pakai lama dah. Cara ini membuatkan aku berasa selesa ketika berinteraksi dengan bos aku.... tapi ingat jangan pijak pala bos pulak...

Thursday, April 29, 2010

11 Golongan Yang didoakan Oleh Malaikat

Firman Allah SWT – “Sebenarnya (malaikat –malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan. Mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan dengan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafaat melainkan kepada orang-orang yang diredai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya” (Surah Al Anbiyaa’ 26-28)

Inilah orang-orang yang didoakan oleh para malaikat


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a., bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Barang siapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra.; bahawa Rasulullah s.a.w bersabda
"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Imam Abu Dawud (dan Ibnu khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada saf terdepan." (hadis inidisahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Para imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
"Para malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat selama ia belum batal wuduknya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia”’ (Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini)


6. Orang-orang
yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra.,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda
"para malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "(hadis ini disahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

7. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda,
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" (Shahih Muslim)

8. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak”. Dan lainnya berkata Ya Allah. Hancurkanlah harta orang yang kedekut (Sahih Bukhari dan Muslim)

9. Orang yang sedang makan sahur.
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

10. Orang yang sedang melawat orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

11. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada oring lain.

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda

"Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah di antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang didalam lubangnya dan bahkan iakn, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain” (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih at Tirmidzi II/343)"


*****Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh Malaikat. Insyaallah.

Wednesday, April 28, 2010

KEBAB

My hubby semalam sibuk tanak makan nasik. Jemu katanya. Tetiba dia nampak roti pita yang akubeli kat carre4 semalam untuk bekal Angah pagi tadi. So apalagi... dia suh buat kebab. Since dah lama tak makan kebab jadi... inilah hasilnya....
Keba
b

Bahan-bahan yang diperlukan

5 keping roti pita
6 keping Ber ger ramly (Ayam/Daging)
1 batang carrot - potong dadu
1 biji bawang besar kuning - potong dadu
2 biji tomato - potong dadu
Daun salad (optional)
Tomato sos & Cili Sos
Lada Sulah dan Gula jika mahu

Cara-caranya

1. Roti dipanaskan atas frying pan sampai hingga sedikit kekuningan. Belahkan dua
2. Pecah-pecah kan daging berger ke dalam pan. Jgn bubuh minyak.. sebab berger akan kuarkan minyak nanti
3 Masukkan bawang dan carrot setelah daging agak garing
4 Masukkan cili sos & tomato sos apabila bawang dan carrot sedikit layu
5 Masukkan buah tomato dan gaul rata. Tambahkan sedikit lada sulah serta gula jika mahu
6. Isikan inti daging berger yang telah di masak tadi kedalam roti pita dan tambahkan mayonis diatasnya.
7. Siap untuk di mamam.

Monday, April 26, 2010

Bantal Panas a.k.a Tunku Moden (RM45)


A
malan bertungku merupakan amalan tradisional yang telah lama digunakan pakai sejak turun temurun dari nenek moyang kita. Tujuan utamanya adalah untuk melancarkan perjalanan darah. Namun sejajar dengan kehendak dan peredaran zaman, kaedah bertunku ini telah di transformasikan kepada bentuk yang lebih moden.

Kini dengan Bantal Panas @ Tunku elektrik, anda boleh melakukan kaedah bertunku pada bila-bila masa dan dimana juga anda berada. Dengan hanya 2 - 8 minit (bergantung kepada kepanasan yang anda inginkan), tunku ini telah boleh digunakan. Mudah dibawa dan sangat baik untuk kesihatan anda sekeluarga.

Diperbuat daripada bahan anti-kuman yang mengandungi cecair, tungku moden ini bersih dan mempunyai unsur perubatan yang tersendiri.


Fungsi :
1. Mengelakkan artritis.
2. Baik untuk pesakit strok.
3. Mengurangkan sakit servikal vertebra.
4. Mengurangkan sakit kepala, sakit gigi
5. Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan.
6. Melegakan masalah sengugut (period pain)
7. Membantu mengurangkan berat badan.
8. Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
9. Mengurangkan masalah perut kembung.
10. Melegakan bahagian tulang patah

Ciri-ciri:
Cecair merupakan air garam bukit dan gel, ianya diisi sekali sahaja dan mudah di bawa ke mana-mana.

Berat = 1.7kg++ setiap satu

Siapa yang sesuai memakainya?

* orang dewasa 12 tahun dan ke atas.
* wanita yang baru lepas bersalin dan menghadapi senggugut.
* Menghadapi masalah lenguh badan dan angin.
* Juga untuk lelaki sesuai untuk seluruh badan kecuali bahagian kemaluan.

Cara-cara penggunaan:

Caj tungku selama 5 hingga 8 minit dan lampu khas akan terpadam secara automatik. Bantal akan menjadi panas sehingga 70 - 80 darjah celcius dan ia akan bertahan di antara 2 - 3 jam.

Thursday, April 22, 2010

Koleksi telekung 22/04/2010



Latest koleksi dari Seri Anggun. Sesiapa yang ingin jadi pengedar boleh email saya di honeyz_73@yahoo.com.my untuk dapatkan harga pengedar. 3 pasang sudah boleh jadi pengedar. Klik imej untuk koleksi:

Wednesday, April 21, 2010

ORIGAMI


Semalam Abg E suh aku buatkan
Origami utk aktiviti sekolah dia. Mak ai berpeluh jugaklah at first. Tapi lama-kelamaan makin mahir lak. Sebenarnya origami ni secara tak lansung kita pernah buatnya semasa kecil. Tapi kebanyakan bentuk yang kita buat adalah topi, kapal terbang or kapal. Ini sume sebahagian dari Origami. Ni hasil yang aku buat semalam...

Origami ni berasal dari perkataan Ori yang membawa maksud “lipatan” dan kami (gami) membawa maksud “kertas”. Ia merupakan tradisi seni masyarakat Jepun dalam seni lipatan kertas. Origami bermula pada abad ke 17 dan mula popular pada pertengahan tahun 1900. Origami seterusnya berkembang membentuk satu seni moden.

Untuk sesiapa yang ingin belajar cara-cara buat origami ni boleh lah gi kat link ni.

http://www.origami-fun.com/

Tuesday, April 20, 2010

Van Sapu

Apalah malang nasib brader van sapu hari ni. Dahlah kena saman ngan pak polis. Semua penumpang di arahkan turun pula. Pak polis plak sibuk nak sound kitaorang yang ada kat dalam van tu. Siap cakap lagi van tu xde permitlah. Kalau mati, mati kataklah. Bagi aku kalau nak mati kat mana-mana pun boleh mati. X kira bas tu ada lesen ke atau tak. Kitaorang yang naik van tu pun tahu van sapu tu xde permit. Tapi perkhidmatan yang diberikan lebih efisen daripada sistem pengangkutan sekarang yang rata-rata menyusahkan pengguna bas serta mementingkan poket sendiri. Cubalah bayangkan, dari Masjid Jamek ke Pusat Bandar Damansara kalau melalui Jalan Tasik Perdana akan mengambil masa kurang dari 10 minit. Disebabkan rombakan yang diberikan, semua bas awan mesti beroperasi di KL Sentral. Dahlah lambat, menyusahkan pengguna serta kos tambang pengguna juga meningkat. Kerajaan harus memandang positif apa yang disuarakan rakyat sebab apa yang diberikan oleh kerajaan x semestinya menyenanglan rakyatt.. Betul tak??????????

Tak pasal2 lambat ari ni..

Thursday, April 15, 2010

Workshop on Virtualisation 11 May 2010

The above Workshop will be held as follow:
Date : 11 May 2010
Place : Armada Hotel, Petaling Jaya
Workshop Fee: RM 745
For more details on the workshop please click the brochure.

Wednesday, April 14, 2010

Info: Makanan Mencegah Kanser

Terdapat 6 jenis makanan yang boleh mengurangkan risiko kanser, terutamanya bagi wanita. Antaranya:

Yogurt rendah lemak – Ia mengandungi probiotik (bacteria baik) yang memperbaiki kesihatan usus dan secara tidak lansung akan mengurangkan risiko kanser usus. Kandungan bacteria asidofilus meransang pertumbuhan bacteria baik dalam usus yang akan menyah aktifkan bahan berbahaya seperti nitrat dan nitrit yangboleh menjadi racun. Ia juga kaya dengan kalsium dan secara purata secawan yogurt boleh membekalkan kira-kira 448 miligram kalsium. Ia dapat menampung keperluan kalsium harian wanita untuk mengelak masalah osteoporosis (reput tulang) terutama selepas monopaus.

Ikan berlemak (Salmon, Makeral, sardin, kod dan tuna) – amat kaya dengan asid lemak seperti omega-3, asid dokoheksanoik (DHA) dan asid esosapentanoik (EPA) yang mempunyai peranan penting dalam kesihatan dan fungsi membran setiap sel. Ia adalah asid lemak poli tak tepu yang membantu membentuk transmitter pada saraf dan sangat penting untuk otak. Berdasarkan kajian sel yang terdahulu, didapati Omega-3 dan vitamin D boleh melindungi seseorang dari risiko penyakit kanser.

Kekacang – Ia adalah sumber protein dan serat selain mengandungi karbohidrat, vitamin dan mineral. Kekacang mempunyai bahan penting dipanggil isoflavonoids yang bertugas mengawal paras hormon dalam badan dan membantu mengurangkan gejala sindrom sebelum haid (PMS). Bahan fotokimia (seperti saponin) dalam kekacang mampu melindungi sel daripada alami kerosakan yang akhirnya boleh menyebabkan kanser. Saponin didadapi mampu merencatkanpertumbuhan sel kanser, sekali gus boleh mengurangkan risiko kanser sepertu payudara. Kandungan seratnya yang tinggi boleh melindungi seseorang daripada kanser usus dan ianya mampu mengurangkan paras kolestrol dan menjadi makanan alternatif yang baik untuk mengurangkan berat badan.

Keluarga tomato dan buah-buahan bewarna oren- Mengandungi bahan2 yang dipanggil likopen yang mampu melindungi wanita daripada kanser payudara. Buah-buahan ini juga kaya dengan antioksidan yang boleh mengurangkan kerosakan sel akibat tindakan radikal bebas.

Vitamin D - Sumber utama vitamin D ialah cahaya matahari dan makanan. Bagaimanapun,hanya makanan tertentu yang mengandungi vitamin D seperti Ikan berlemak, minyak ikan, telur, bijirin sarapan pagi dan sedikit di dalam daging serta keju. Banyak kajian mendapati vitamin D mampu mengurangkan risiko kanser usus dan rectum, payudara, prostat, ovari dan ketumbuhan otak. Ia juga dapat membantu penyerapan kalsium untuk kesihatan tulang dan ini sangat penting untuk wanita.


Beri – Semua jenis buah-buahan daripada keluarga beri(strawberi, beri biru, beri hitam contohnya) kaya dengan bahan anti kanser di panggil asantosian kerana ia berfungsi memperbaiki kerosakan sel. Malah ia juga kaya dengan vitamin c dan asid folik yang bertindak sebagai antioksidan bagi melindungi sel.

Wednesday, April 7, 2010

Stok Baru Telekung Seri Anggun


Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi terkini Telekung Seri Anggun. Sila klik gambar untuk melihat koleksi.

Thursday, April 1, 2010

Tukar Tarikh dan Masa

Eh, apasal pulak date & time aku mengong ni ? Nak buat macam mana ye?

Templates Baru

Hari ini aku belajar buat templates baru nak tengok apa rupanya.
Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews