Wednesday, April 14, 2010

Info: Makanan Mencegah Kanser

Terdapat 6 jenis makanan yang boleh mengurangkan risiko kanser, terutamanya bagi wanita. Antaranya:

Yogurt rendah lemak – Ia mengandungi probiotik (bacteria baik) yang memperbaiki kesihatan usus dan secara tidak lansung akan mengurangkan risiko kanser usus. Kandungan bacteria asidofilus meransang pertumbuhan bacteria baik dalam usus yang akan menyah aktifkan bahan berbahaya seperti nitrat dan nitrit yangboleh menjadi racun. Ia juga kaya dengan kalsium dan secara purata secawan yogurt boleh membekalkan kira-kira 448 miligram kalsium. Ia dapat menampung keperluan kalsium harian wanita untuk mengelak masalah osteoporosis (reput tulang) terutama selepas monopaus.

Ikan berlemak (Salmon, Makeral, sardin, kod dan tuna) – amat kaya dengan asid lemak seperti omega-3, asid dokoheksanoik (DHA) dan asid esosapentanoik (EPA) yang mempunyai peranan penting dalam kesihatan dan fungsi membran setiap sel. Ia adalah asid lemak poli tak tepu yang membantu membentuk transmitter pada saraf dan sangat penting untuk otak. Berdasarkan kajian sel yang terdahulu, didapati Omega-3 dan vitamin D boleh melindungi seseorang dari risiko penyakit kanser.

Kekacang – Ia adalah sumber protein dan serat selain mengandungi karbohidrat, vitamin dan mineral. Kekacang mempunyai bahan penting dipanggil isoflavonoids yang bertugas mengawal paras hormon dalam badan dan membantu mengurangkan gejala sindrom sebelum haid (PMS). Bahan fotokimia (seperti saponin) dalam kekacang mampu melindungi sel daripada alami kerosakan yang akhirnya boleh menyebabkan kanser. Saponin didadapi mampu merencatkanpertumbuhan sel kanser, sekali gus boleh mengurangkan risiko kanser sepertu payudara. Kandungan seratnya yang tinggi boleh melindungi seseorang daripada kanser usus dan ianya mampu mengurangkan paras kolestrol dan menjadi makanan alternatif yang baik untuk mengurangkan berat badan.

Keluarga tomato dan buah-buahan bewarna oren- Mengandungi bahan2 yang dipanggil likopen yang mampu melindungi wanita daripada kanser payudara. Buah-buahan ini juga kaya dengan antioksidan yang boleh mengurangkan kerosakan sel akibat tindakan radikal bebas.

Vitamin D - Sumber utama vitamin D ialah cahaya matahari dan makanan. Bagaimanapun,hanya makanan tertentu yang mengandungi vitamin D seperti Ikan berlemak, minyak ikan, telur, bijirin sarapan pagi dan sedikit di dalam daging serta keju. Banyak kajian mendapati vitamin D mampu mengurangkan risiko kanser usus dan rectum, payudara, prostat, ovari dan ketumbuhan otak. Ia juga dapat membantu penyerapan kalsium untuk kesihatan tulang dan ini sangat penting untuk wanita.


Beri – Semua jenis buah-buahan daripada keluarga beri(strawberi, beri biru, beri hitam contohnya) kaya dengan bahan anti kanser di panggil asantosian kerana ia berfungsi memperbaiki kerosakan sel. Malah ia juga kaya dengan vitamin c dan asid folik yang bertindak sebagai antioksidan bagi melindungi sel.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews