Tuesday, April 20, 2010

Van Sapu

Apalah malang nasib brader van sapu hari ni. Dahlah kena saman ngan pak polis. Semua penumpang di arahkan turun pula. Pak polis plak sibuk nak sound kitaorang yang ada kat dalam van tu. Siap cakap lagi van tu xde permitlah. Kalau mati, mati kataklah. Bagi aku kalau nak mati kat mana-mana pun boleh mati. X kira bas tu ada lesen ke atau tak. Kitaorang yang naik van tu pun tahu van sapu tu xde permit. Tapi perkhidmatan yang diberikan lebih efisen daripada sistem pengangkutan sekarang yang rata-rata menyusahkan pengguna bas serta mementingkan poket sendiri. Cubalah bayangkan, dari Masjid Jamek ke Pusat Bandar Damansara kalau melalui Jalan Tasik Perdana akan mengambil masa kurang dari 10 minit. Disebabkan rombakan yang diberikan, semua bas awan mesti beroperasi di KL Sentral. Dahlah lambat, menyusahkan pengguna serta kos tambang pengguna juga meningkat. Kerajaan harus memandang positif apa yang disuarakan rakyat sebab apa yang diberikan oleh kerajaan x semestinya menyenanglan rakyatt.. Betul tak??????????

Tak pasal2 lambat ari ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews