Thursday, December 29, 2011

Coklat Wording Warna Maroon



Tempahan Coklat wording bertemakan maroon di tempah oleh Kak Tini dari Gombak untuk dijadikan hantaran untuk majlis perkahwinan anaknya. Tima kasih kak atas tempahan ini.

Monday, December 26, 2011

Mix Cheese Tart N Krim Puff



Tempahan diterima dari azza puchong untuk dijadikan menu sampingan pada majlis hari jadi anaknya. Terima kasih banyak2 di atas tempahan ini. semoga berpuas hati.

Thursday, December 22, 2011

Coklat bertemakan Hitam Silver


Tempahan dibuat juga dari jiran kak honeyz, shida untuk dijadikan hantaran pertunangan adiknya . Shidah minta buatkan coklat dalam 2 bekas sebab dia akan deco sendiri kotak tersebut. Disebabkan kaler silver xde so kak honeyz gantikan dengan grey kaler. Kepada Nurul Husna kak honeyz ucapkan "Selamat Bertunang" dan semoga pertunangan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Tempahan susulan: Coklat Home Made


Repeat order dari Ibu Iwan. Hari nak 2 box of 50 pcs. Tak tahulah nak makan or nak bagi orang. Anyway thanx akak.

Wednesday, December 21, 2011

Vanila Muffin dan Krim Puff


Tempahan dari Hj. Asri untuk FAMA. Thank you for this arrangments.

Friday, December 16, 2011

Tempahan dari Ibu Iwan


Tempahan coklat dari Ibu Iwan untuk diberikan kepada emaknya yg akan balik ke kelantan hari ini. Gabungan 5 perisa (peanut, strawbery, milk, dark n white) menjadi pilihan .Tima kasih ye kak for ur continuos order and please come again.

Thursday, December 15, 2011

bX-l4u1mh - Problem untuk updating design blog

Hmm... apa pulak masalahnya dengan blog ni. Kuar error bX-l4u1mh kat design pulak. Nak tambah elemen page pun xboleh. Honeyz ingat, blog honeyz je yang terkena rupanya ramai sudah yg kena. Sapa2 rakan blogger yg dapat solve problem ni harap boleh bg tips n comment ye.

Tuesday, December 13, 2011

Kek Red Velvet


Kek ini ditempah oleh jiran kak honeyz - Shida. Shida minta buatkan red velvet yang kecil. Kak honeyz buatkan kek red velvet seberat 550+-gram. Harap red velvet ini memenuhi selera anda ye. Sekiranya ada kekurangan minta maaf banyak2 .. almaklumlah bakers tak terlatih. " Selamat Hari Jadi yang ke ?? . Tima kasih.

Sunday, December 11, 2011

Chicken Poket Burger

Menu ringkas ini sesuai di buat breakfast atau bekalan untuk anak sekolah. cukup mengenyangkan dan mudah disediakan.

Bahan2 yg diperlukan:
roti pita
burger goreng ayamas (quick burger)
tomato, salad, timun
cili sos, tomato sos dan mayonis

cara2 membuatnya
1) panaskan roti pita di atas pan dan belah dua
2) goreng burger ayamas sehingga kekuningan
3) masukkan salad timun dan hirisan tomato dalam roti pita
4) selitkan burger dan letakkan mayonis serta cili sos.
5) siap dimakan sungguh menyelerakan

Selamat mencuba

Thursday, December 8, 2011

My 1st Bento

My 1st Bento :
Nasi goreng, Ayam Goreng, Mini sosej serta timun dan baby tomato


Bento merupakan bekal makanan yang dibawa ke sekolah atau ke pejabat. Dalam bekas makanan ini di isi dengan pelbagai jenis makanan untuk mencukupkan nutrisi harian. Ianya amat popular di Jepun. Kalau dijepun mereka akan menghias bekalan ini dengan pelbagai rupa dan bentuk. Teruja sangat dengan kreativiti depa so kak honeyz pun nak mencuba juga buat bento ni walaupun anak kak honeyz sedang bercuti sekarang. Dan inilah hasil pertama ku. Agak2 bilalah berpeluang nak buat bento seperti orang jepun tu ye...

Tempahan Coklat Wording




Tempahan dari Zura- Keramat untuk dijadikan hadiah kepada sepupunya yg akan melangsungkan perkahwinan hari sabtu ini. Terima kasih kepada zura dan 'Selamat Pengantin Baru ' kepada Faa'iza dan pasangan nya Izzhan. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Wednesday, December 7, 2011

Keterujaan, Kegembiraan, Kehampaan dan Kesedihan ke I-city Shah Alam


Amboi banyak betul Ke…. He he he. Ini sume gara2 sudah lama teruja nak ke I-City Shah Alam. Cantik sungguh melihat gambar2 yg teman kak honeyz yg sudah sampai ke sana. Mana taknya, cantik melihat pokok2 serta binatang2 yang bercaya tika di waktu malam.

So, pada hari Ahad (4hb December) kak honeyz sekeluarga berpeluang pergi ke sana buat pertama kalinya, setelah sekian lama mengidam nk pergi. Itu pun sebab KFC menganjurkan Programme “KFC Safari Explorers”. Kami pergi 2 keluarga. Pergi awal dalam pukul 3.30 petang sbb nk explorers program yang KFC buat sementara tunggu malam nak amik gambar.

So mari lihat kenapa disebalik Keterujaan ini ada 3 lagi Ke… yang mengekor

Keterujaan – Sebab Memang dah lama nak pergi, tapi x dapat pergi sbb sibuk ngan tempahan customer.

Kegembiraan – Gembira kerana berjaya juga menjejakkan kaki ke I-City. Anak2 pun gembira dengan aktiviti yang KFC sediakan.

Kehampaan – Dalam pukul 6 petang hujan turun selebat2 nya. Kami yg baru hendak berjalan2 ke kawasan berlampu2 terpaksa tundakan sekejap sambil mengikuti kembali aktiviti yang dibuat oleh KFC di bawah canopy yang terpsang. Outdoor games x bleh main. Waktu ni ada setengah pokok2 sudah mula disinari cahaya. Tapi x bleh nak bergambar sbb kilat sabung menyabung sampai ke tanah.

Kesedihan – Dalam pukul 8 malam hujan dah semakin reda.. niat di hati bolehle bergambar walaupun tanah becak. Tapi sedih sbb x dapat juga bergambar… sebab abang kak honeyz terima call suh pergi ke hospital. Mak sedara kak honeyz sedang tenat akibat dari kemoterapi yang dia buat khamis lalu. Sedih meninggalkan I-city dan sedih juga melihat keadaan maksu yang terpaksa melawan tindak balas kemoterapi yang baru di buatnya.

Kepada maksu dan keluarga, kak honeyz harap bersabar dalam setiap ujian dari Allah s.w.t dan honeyz doakan semoga cepat sembuh ya.

Tuesday, December 6, 2011

200 biji marble muffin



Lagi repeat order dari my regular customer- Dr Ja (Paediatrik Hospital). Seperti biasa Dr Ja order 200 biji marble muffin. Thank you very much Dr. for ur continuous support.

Monday, December 5, 2011

700 biji mix chocolate n vanila muffin



Tempahan dari sahabat lama untuk majlis perkahwinan adiknya. Semoga berpuas hati dengan tempahan ini. TQVM ye friend.

Thursday, December 1, 2011

Mix Cheese Tart - Cubaan untuk Pos

Mix Cheese Tat yg nak dihantar

Ready to post
Masih berkisar tentang Cheese Tart. Hari ni kak honeyz cuba mengepos mix cheese tart ke melaka dengan menggunakan pos laju. Harap2 ank buah kak honeyz terima nye dalam keadaan baik.

Monday, November 28, 2011

Bluebery n Strawbery Cheese tart





Minggu Cheese Tart. Again 60pcs mix strawbery n bluebery cheese tart di tempah oleh ikin- FAMA. Ini merupakan tempahan susualan dari ikin. Thank you very much ye dik n ur cocoa collagen power plus very superb.

Saturday, November 26, 2011

Mix Cis tat Lagi




Tempahan susulan dari Dayah untuk dibawa pulang ke kampung. Kali ni dayah menempah 60 biji mix flavour (kiwi, oren, blubery n stobery). Harap perisa baru menepati citarasa kamu ye. TQVM for ur order n pls come again.

Friday, November 25, 2011

700 biji mix cis tat serta 30 box doorgift


Mix Cheese Tat - stobery, kiwi, oren dan bluebery


30 box of 2 pcs Coklat doorgift bertemakan oren putih



700 biji Cheese tat dan Coklat doorgift sedia di hantar

Tempahan susulan dari Nor & Zul Taman Tun Perak untuk Majlis perkahwinan adiknya. 700 biji mix cis tat berperisa bluebery, stobery , kiwi dan oren menjadi pilihan untuk diberikan kepada tetamu yang datang. Juga 30 box of 2 pcs coklat doorgift bertemakan oren putih ditempah khas untuk diberikan kepada keluarga terdekat pengantin. Tqvm ye Nor atas tempahan yang x putus2.

Thursday, November 24, 2011

130 box doorgift coklat



130 box pack in 3 pcs doorgift merupakan tempahan susulan dari Zairul -Puchong. Tempahan kali ini adalah sebagai doorgift buat majlis perkahwinan adiknya. TQVM for ur repeat order ye.

Thursday, November 17, 2011

Coklat Loly Bouquet & Coklat Wording Tema Oren Putih



Tempahan Coklat loly & wording bertemakan oren dan putih ini di tempah oleh Nor & Zul untuk Majlis perkahwinan adiknya dan nor juga telah membeli lagi sejambak loly coklat untuk diberikan kepada cikgu anaknya. Tima kasih byk2 ye nor sbb slalu melanggan coklat dengan akak.

Tuesday, November 15, 2011

Tempahan Coklat Wording



Tempahan minggu ini dibuat oleh rakan facebook yang baru dikenali, Adik Nora dari UITM Shah Alam. Nora menempah 2 set Coklat wording 35pcs. Kombinasi kaler dan susun atur coklat adalah dari ilham adik nora sendiri. Cuma coklat smiley aje yg x dapat dimuatkan dalam kotak tersebut. Apa2 pun tima kasih banyak2 dan harap adik Nora berpuas hati.

Sunday, November 6, 2011

Lagi Cheese Brownie n others




Grand Millennium Hotel




Idah




Kak Faridah



Tempahan semalam 3 set marble cheese brownie 10x10 in dr Grand Millennium Hotel, 1 set chewy gooey yummy brownie dan brownie cheese dari kak faridah serta 3 packs of cheese tat dari Idah. Thanx All.

Friday, November 4, 2011

Brownie



Hari ni kebanyakan tempahan adalah brownie. Chewy gooey yummy brownie dan cheese brownie. Ada 2 biji coklat moist kek. Bertungkus lumus menyiapkan semuanya dan pukul 5.30 petang tadi dah deliver kesemuanya. Thanx to my regular customer Dr. Ja. Harap2 brownie memenuhi citarasa Dr. Juga Bbynisha yg x putus2 ode kek ngan kak honeyz n staf2 cimb. Next time nak order jgn lupa contact kak honeyz lagi ye.

Thursday, November 3, 2011

Chewy Gooey Yummy Brownie

Chewy Gooey Yummy Brownie
Harga: RM13 (saiz 6x6 in)
Harga: RM38 (Saiz 10x10 in)
Ramuan: Butter, Brown Sugar, Coklat Compound, Telur, Serbuk Coklat, Coklat Emulco, Tepung, Almond Stripe

2 set Chewy Gooey Yummy Brownie bersaiz 6x6in untuk tempahan hari ini dari Bbnisyah. Brownie ini penuh dengan rasa coklat danboleh dimakan begitu sahaja sebab very rich. Kalau nak makan dengan icecream pun sedap.

Tuesday, November 1, 2011

Novel Kuseru Rindu Itu dan Novel Biarkan Ia Berlalu

Kuseru Rindu Itu (RM 23 termasuk Pos)
Jumlah M/s: 729
Harga Asal RM26

Penulis : Hanni Ramsul
Hanni Ramsul merupakan seorang penulis yg sedang meningkat naik. Setiap karya yang dihasilkan sungguh bermutu dan Novel2nya sgt laris di pasaran seperti Novel "Biarkan YM berbicara" serta Novel "Pergilah Air Mata" dan "Kuseru Rindu itu" merupaLinkkan karyanya yang ketiga dicetak. Banyak lagi novel2nya akan menyusul di pasaran. Kepada sesiapa yg nak baca bab awal cerita ni boleh klik kat bawah ni ye... Bab 1-15


Biarkan Ia Berlalu (RM 33 termasuk Pos)
Jumlah M/s : 1140
Harga Asal : RM37
Penulis: Sha Ibrahim

Merupaka seorang penulis baru. Tapi hasil penulisannya setanding dengan penulis2 sedia ada. "Biarkan Ia berlalu" merupakan Novel pertama beliau yang dicetak. Untuk menilai hasil karyanya bolehlah klik disini:


Note: Sebenarnya bukan kak honeyz x sayang dengan sume2 novel ni. Novel2 ni mempunyai kualiti masing2. Cuma kak honeyz x mahu penuhkan gobok yng sememangnya dah penuh dengan beraneka benda. Kepada penulis2 ini kak honeyz doakan anda terus maju jaya ke hadapan dan Kak honeyz tetap akan beli novel2 kalian pada masa akan datang.

Monday, October 31, 2011

Lagi Brownie Cheese

Marble Cheese Brownie
Saiz: 6x6 in (RM16)
Berat: (+ -) 600 gram

Ni tempahan untuk hari ini. 3 set brownie cheese bersaiz 6x6 in dari CIMB jalan Tun Perak. Thanx for ur order.

Sunday, October 30, 2011

Tempahan Kek Angy Bird, Fruit Tat dan Choc oreo




Tempahan dari ipar kak honeyz untuk besday anaknya. Kek coklat moist yang disalut fresh cream serta edible imej angry bird. Selain itu ipar honeyz turut menempah chock oreo angry bird dan fruit tat. Harap memuaskan hati.




Saturday, October 29, 2011

Doorgift Coklat




50 sets 2pcs with ribbon


Tempahan dari zairul puchong untuk birthday anaknya. Thanx n kak honeyz harap zairul berpuas ati ye.

Thursday, October 27, 2011

Tempahan Cheese tat



Tempahan Cheese tat lagi untuk hari ini. Kali ini dari Dayah n Friend. Dayah order 30pcs mix blueberry n stobery cheese tat dan kawannya 150 pcs blueberry cheese tat. Tima kasih kepada sume.

Wednesday, October 26, 2011

Tempahan brownie cheese dan cheese tat





Brownie cheese


Harga: RM16 (saiz 6x6 in)


RM40 (saiz 10x10 in)


Tempahan ini dibuat oleh ex-schoolmate kak honeyz, erni dan officemate nye. kali ini brownie cheese yang ditempah adalah bersaiz kecil iaitu 6x6in berbanding saiz biasa yang kak honeyz buat iaitu 10x10 in. selain brownie cheese erni menempah sebanyak 80 cheese tat blueberry, coklat dan plain. Thanx ye dear.



Thanx jugak kpd jiran kat honeyz Idah Megat atas kesudian untuk membeli lagi sebiji brownie tersebut. harap anda sukakannya.

Kepada sesiapa yg nak tempah brownie cheese bolehlah hubungi kak honeyz ye.

Friday, October 21, 2011

Roti Jala

Hmm... pagi2 tadi lagi kak honeyz dah pergi menjala. Menjala ikan ke? Eh bukanlah.. kak honeyz pergi menjala roti kat atas dapur. Sebabnya ank kak honeyz yang sulung tu suka benor makan roti jala. Tapi dia suka makan kosong je. Lagi pulak semalam ada buat kari ayam so ada lebih kuahnya. Jadi x payah membazirkan... boleh dicicah ngan roti jala tersebut. Ni kasi close up gambar:



Kepada sesiapa yang mahu menempah roti jala boleh hubungi kak honeyz melalui sms atau email. Kak honeyz jual roti jala ni bersama kuahnya sekali. Harga2 boleh dilihat pada halaman "Harga Juadah Sampingan" ye.

Fakta: Roti jala atau roti kirai merupakan makanan tradisi malaysia sejak turun temurun lamanya. Roti jala ini dibuat daripada tepung gandum yang di adun bersama dengan susu serta air. Ianya sesuai dimakan dengan kuah kari ayam/daging. Untuk negeri2 disebelah Utara Malaysia, Roti jala ini dimakan bersama-sama dengan kuah durian.
Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews