Friday, October 21, 2011

Roti Jala

Hmm... pagi2 tadi lagi kak honeyz dah pergi menjala. Menjala ikan ke? Eh bukanlah.. kak honeyz pergi menjala roti kat atas dapur. Sebabnya ank kak honeyz yang sulung tu suka benor makan roti jala. Tapi dia suka makan kosong je. Lagi pulak semalam ada buat kari ayam so ada lebih kuahnya. Jadi x payah membazirkan... boleh dicicah ngan roti jala tersebut. Ni kasi close up gambar:



Kepada sesiapa yang mahu menempah roti jala boleh hubungi kak honeyz melalui sms atau email. Kak honeyz jual roti jala ni bersama kuahnya sekali. Harga2 boleh dilihat pada halaman "Harga Juadah Sampingan" ye.

Fakta: Roti jala atau roti kirai merupakan makanan tradisi malaysia sejak turun temurun lamanya. Roti jala ini dibuat daripada tepung gandum yang di adun bersama dengan susu serta air. Ianya sesuai dimakan dengan kuah kari ayam/daging. Untuk negeri2 disebelah Utara Malaysia, Roti jala ini dimakan bersama-sama dengan kuah durian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews