Thursday, December 26, 2013

Mix Cheese Tart

20 pack mix Strawberry, Blueberry dan kiwi ditempah oleh Ida Bangsar untuk dibawa pulang ke kampungnya di JB.

Tuesday, December 17, 2013

Indulgence, Fruit Koktail Kek dan Lasagna



Sebanyak 5 set Beef Lasagna, sebiji Indulgence kek dan sebiji Fruit Koktail kek ditempah oleh liyana Sungai Buaya untuk celebrate besday anak-anaknya. Thanks Liyana for your continuous support.

Tiramisu Kek

Ditempah oleh my best friend untuk santapan bersama keluarga. Thanks Ita.

Mini Bun Pizza Lagi

30 biji roti mini piza ditempah oleh Syam untuk projek jualannya. TQVM

Tuesday, December 10, 2013

Mix Muffin dan Cream Puff

350 biji mix muffin coklat dan vanila yang dipacking 2 biji 1 plastik serta loose 50 bj dgn 50 biji cream puff di tempah oleh Ida Taman Saujana Rawang untuk Majlis Aqiqah anknya. TQ.

Tiramisu Kek

Kek tiramisu yang ditempah oleh Pae- Taman Tun Perak untuk hubbynya... TQ Pae.

Kek Marble Susu dan Melty Hersey



4 biji kek Marble Susu dan 5 kotak Melty Hershey dengan extra cream di tempah oleh sahabat2 Dila di Hospital Selayang.  Tq ye dila ....

Sosej Bun dan Mini Bun Piza again

10 pcs sosej bun dan 5 pcs mini bun piza ditempah oleh Pae - Tun Perak untuk makan2. TQ.

Mini Bun Piza

10 pcs Mini Bun Piza di tempah oleh BB untuk makan2. TQ BB.

Monday, December 2, 2013

Chocken Lasagna dan Crepe Durian

3 set Chicken Lasagna dan 2 pack crepe durian di tempah oleh rakan sekerja Dila - Hospital Selayang. TQ. Dila

Melty Hershey

1st time order dari Shida Tasik Puteri. Semoga memenuhi selera anda. TQ

10 pcs Sosej Bun dan Mini Bun Piza

Tempahan dari opismate untuk dibuat makan2.TQ Syam.


Tuesday, November 26, 2013

Sosej Bun

Tempahan dari BB 10 pcs untuk makan-makan. Thanks B

New Product In The House - Aneka Roti

 Mini Sosej Bun Pizza

Sosej Bun

Dua produk terbaru dari Teratak Honeyz - Mini Sosej Bun Pizza dan Sosej Bun. Sesiapa nk tempah untuk majlis hari jadi, Aqiqah atau sebagainya.. jgn lupa contact ye...

Kek Indulgence


Tempahan dari regular customer Ida Taman Jati untuk celebrate besdaynya... TQ Ida

Krim Puff dan Lasagna

Tempahan dari customer lama Nurul Aini untuk di bawa pulang ke Seremban. TQ Nurul... walau kita dah kerja berjauhan tapi masih ingat dekat akak.

Monday, November 18, 2013

PRETZEL


Sedapnya pretzel... dulu kalau pergi KLCC mmg x pernah missed beli pretzel Auntie Anne's tatkala menonton wayang. La ni mmg dah lama x turun KLCC sementelah AEON dah dibuka di Rawang. So x perlu bersusah payah nk menonton wayang lagi... Pretzel ni dah lama di request oleh ank Kak Honeyz si Angah. rasanya dh setahun dia minta buatkan... lamanya .... dia tunggu baru dapat makan.. disebabkan ada kelapangan minggu ni  so smalam buatlah pretzel ni.... walau 1st time buat... berpuas hati juga... sebab menjadi.... cuma tebal sedikit.... Rangup di luar lembut di dalam ..... ini lah hasilnya.... Pretzel buatan tanganku....

Friday, November 15, 2013

3 biji Tiramisu Kek



3 biji kek di tempah oleh Dee Wangsa Maju. 2 daripada kek tersebut diberikan kepada guru-guru yang mendidik anaknya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Tahniah kepada Alia kerana telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR semalam. Auntie doakan semoga Alia terus berjaya dalam peperiksaan yang mendatang juga dalam apa jua bidang diceburi. Tahniah....

Monday, November 11, 2013

Coklat Wording

Tempahan dari Shaz Setiawangsa. Thanks Shaz.

Durian Crepe dan Melty Hershey

3 pack Crepe Durian dan 8 set Melty  hershey dari rakan2 Dila Hospital Selyang. Kali ni crepe tukar warna kuning atas permintaan orang yang mengandung... Semoga kesemuanya berpuas hati.

Krim Puff

Tempahan dari Roze Setiawangsa untuk dibawa picnic bersama rakan2. Thanks Roze.

Friday, November 8, 2013

Coklat Hand Boquet Biru




Tempahan dari Ira Gombak nk warna biru. Thanks Ira & harap berpuas hati ye...

Wednesday, November 6, 2013

Tempahan dari Sekolah Ren Al Amin Bukit Beruntung

Multi orders dari Sekolah Rendah Al Amin Bukit Beruntung sempena Maal Hijrah semalam yang meliputi Kek Indulgence, Kek Fruit Flan, 3 set Lasagna Ayam, 5 set Piza Hawaiian, 3 set Fruit Tart dan Melty Hershey. Terima kasih kepada Liyana Sungai Buaya yang menguruskan tempahan ini.

Fruit Flan @ Fruit Koktail Kek


Tempahan dari Ida Taman Jati Buat buat ank nye... Along. Kepada Along Selamat Hari Lahir yang ke 7 dan semoga menjadi ank yang soleh...

Monday, November 4, 2013

Multi Orders lagi...

98 biji Assorted Muffin, 1 brownie , 2 Peanut butter kek serta 3 chicken Lasagna di tempah oleh Dee bagi pihak ibunya serta sebahagiannya di bawa pulang ke kampung suami. Terima kasih Alang...

Brownie Cheese

Tempahan dari Anis Taman Tun Teja untuk Besday anaknya yang ke 15. Kepada Haziq semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia serta di akhirat.

Tempahan Dari TI

Multi orders dari Texas Instruments merangkumi Tart Gulung , Almond London, Multy Hershey dan Melty Tiramisu. Thank you All.

Thursday, October 31, 2013

Krim Puff dan Melty Hershey

Tempahan oleh Dila dan rakan sepejabat di Hospital Selayang. Thanks All.

Monday, October 28, 2013

Durian Crepe

Crepe durian yang ditempah oleh jiran2 - Anis, Ida, Shida serta rakan sekerja Dila- Hospital Selayang. Thank you all.

Wednesday, October 23, 2013

Tempahan dari Texas Instruments



10 Melty Hershey, 2 Melty Tiramisu dan 2 balang tart gulung oleh rakan2 hubby. Thank you all.

Tuesday, October 22, 2013

Melty Tiramisu....

Dibuat untuk mereka yang sukakan rasa tiramisu. Thanks Aida for the orders.

Lasagna dan Brownie Cheese

Beef Lasagan
 
Chicken Lasagna
 
3 Beef Lasagna, 3 Chicken Lasagna serta 2 Brownie Cheese ditempah Oleh Ila Bandar Sunway untuk Majlis Hari Lahir anaknya. Thanks ye...


15 box Melty Hershey.....




Lagi tempahan dari Selayang Hospital. Thanks Dila & Ina.
Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews