Friday, April 30, 2010

Tip untuk berjaya dalam pekerjaan


Apakah cara terbaik untuk sampai ke kemuncak kerjaya dengan cepat dan berkesan? Salah satui caranya ialah dgn memenangi hati bos anda. Berikut adalah cara2 yang boleh diguna pakai untuk memennagi hati bos anda…

1. Bertanya khabar tentang keluarga bos anda – bukan sebagai ‘Busy body’ tapi bos anda akan rasa dihargai sekiranya anda turut sama mengambil berat tentang sakit pening atau masalah keluarganya sekiranya dia ada menyentuh tentang hal keluarganya ketika berbual dgn anda.

2. Mempunyai minat yang sama dgn bos anda – Anda boleh meluangkan masa bersama-sama bos anda, sekiranya anda mempunyai minat yang sama dgnnya seperti main bowling dan sebagainya.

3. Pelawa bos anda minum atau makan bersama. Jgn salah paham ye … bukan dating… tapi dengan bertanya sama ada dia mahu mengirim membeli makanan ketika anda mahu keluar makan. Boleh juga menceritakan tentang keenakan makanan di restoran2 yang belum dicubanya.

4. Buah Tangan- Ni takyah bagi tahu pun tak pe. Sume org faham. Ole-oleh sekiranya anda pergi melancong atau bekerja di luar kawasan.

5. Hindari pergaulan yang terlalu formal dan mengikut protokol – Pergaulan yang formal akan menjarakkan hubungan baik anda dgn bos. Tapi ada tapinya, sebelum mengamalkan cara ini anda harus perhatikan sama ada Bos anda bukanlah seorang yang strict dan boleh dibuat kawan. Kerana pergaulan yang tidak formal boleh merapatkan hubungan antara bos dan pekerja kerana anda akan berinteraksi secara normal seperti kawan. Kadang kala anda boleh berlawak dengan nya dan pada masa yang sama anda masih menghormatinya sebagai orang atasan.

6. Jadilah pakar dalam segala hal- Ini perlu sekiranya wujud problem atau conflict di tempat kerja. Anda dapat mengatasinya dengan cemerlang. Sekiranya anda gagal mengatasinya, cuba cari solution dengan bertanyakan kepada mereka yang lebih arif tentang perkara itu.

Dalam-banyak2 kaedah di atas aku sangat suka kaedah no. 5. Cara ni aku dah guna pakai lama dah. Cara ini membuatkan aku berasa selesa ketika berinteraksi dengan bos aku.... tapi ingat jangan pijak pala bos pulak...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews