Tuesday, October 12, 2010

Alahai Anakku Dah Kena Pakai Spek

Bersiap sedia untuk ke sekolah dengan spek mata

Last week anak kak honeyz mengadu, teacher suruh bawa gi cek mata. Kak honeyz marah balik kat dia. Kak honeyz kata matakan elok kenapa nak gi cek pulak. Ni mesti kes lambat baca kan. Sebab dah lama tak pegang buku. Anak kak honeyz diam je.. Pastu selang 2 ari dia cakap lak, teacher nak jumpa. La asal pulak ni... Dah lah teachernya asyik lambat dalam bulan ni.. mana kak honeyz ada masa nak jumpa. Nak rush gi kerja lagi. X sedap ati nya pasal kak honeyz call teacher dia. Teachernya suh kak honeyz bawa gi cek mata. Kak honeyz tanya kenapa? Teacher kata just go and cek her eye sight.

Keesokan harinya (Sabtu), kak honeyz bawa anak gi kedai spec suh dia cek ada rabun tak? Kedai kata ada tapi dia x berani nak buat sebab anak kak honeyz baru 6 tahun. Kedai suh gi specialist mata buat cek up and ambil power baru datang balik. Dia pun bagi map klinik mata kat rawang. Ooh ada rupanya, selama ari ni x tau pulak ada kat rawang.

Selepas berjumpa doktor, akhirnya kak honeyz terima hakikat yang anak kak honeyz kena pakai spec seawal usia 6 tahun. Ini disebabkan oleh keadaan korneanya yang tak berapa cembung (separuh melengkung dan separuh rata) menyebabkan dia susah nak fokus benda jauh dan kecil. Doktor kata mungkin boleh dibetulkan dengan laser tapi kena tunggu besar. Kesian anak kak honeyz dan terima kasih kepada Teacher Jesy atas keperihatinan beliau terhadap murid-muridnya. Tanpanya mungkin kak honeyz masih tak tahu yg anak kak honeyz ada masalah mata.

2 comments:

  1. alahai tin dia... kecik2 kena pakai spek da...
    cam pn rOs dulu. dajah 5 da kena pakai spek
    samapi la...

    ReplyDelete
  2. muhahaahaa... sihat la anak akak..:p
    hehehe...
    insyaallah beliau akan menjadi anak yang baik kak.. amin.. :-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews