Tuesday, June 1, 2010

Shrek Forever After



Last Saturday, honeyz dan family gi Tropicana City Mall, Damansara. Tengok Movie Shrek Forever After.. Honeyz dan anak2 duduk seat yang paling atas sekali... sebelah honeyz ada Minah Saleh duduk ngan anak dia sekali... rasa umurnya lebih kurang 2 tahun lebih kut... dari mula movie ni start dah ada gangguan dari that boy.... asyik merengek aje... dahlah tu merengek punyalah kuat....asyik2 tanyak mak dia " It's not scary mummy?" dan mak dia asyik cakap "It is not?... Asyik ulang ayat tu nak dekat setengah jam... last last budak tu nangis masa tengok Rumpelstiltskin... takut punya hal kot...alih2.... mak dia terpaksa bawa dia kuar..... baru lah aman sikit nak tengok ... Kepada sesiapa yang belum tengok movie ni... pergilah tengok.... berbaloi.... dan ada pengajaran dari movie tersebut.... Anak2 honeyz pun enjoy..... Honeyz bagi rate 4/5 untuk cerita ni...
Anak kak honeyz dengan banner Shrek

ni sinopsis ceritanya...

Menerusi filem keempat ini Shrek menikmati kehidupan bahagia di samping Fiona dan tiga cahaya mata. Tidak lagi menakutkan penduduk kampung, Shrek melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan baik.

Paparan ‘manis’ itu bagaimanapun bertukar rentak apabila Shrek mula dihantui perasaan bosan melakukan perkara sama setiap hari. Pengarah membawa penonton menyelami rasa rindu Shrek terhadap kehidupan lamanya sebelum bertemu Fiona. Jiwanya memberontak mahu menjadi makhluk yang bebas berbuat apa saja hingga digeruni manusia.

Rumpelstiltskin cuba mempedayakan shrek

Naratif semakin menarik apabila Shrek terpedaya dengan kata-kata Rumpelstiltskin supaya melakukan perjanjian yang membolehkannya kembali merasai kehidupan lama tanpa mengetahui teman barunya itu mempunyai agenda tersembunyi.

Shrek ketika menandatangani perjanjian

Selepas menandatangani perjanjian, impian Shrek menjadi kenyataan. Dia diburu manusia namun kegembiraan itu sementara saja kerana banyak kejutan menanti, termasuk takhta mentuanya menjadi milik Rumpelstiltskin dan paling menyedihkan, Fiona tidak mengenalinya.

Shrek menyedari kesilapannya lalu nekad membetulkan kembali keadaan demi menyelamatkan keluarga dan rakan.

Tidak dinafikan tiga filem terdahulu sungguh menghiburkan yang sarat dengan elemen komedi, namun berbeza kali ini apabila lebih dramatik dengan adanya suntikan ‘mood’ sedih, kecewa dan penyesalan.

Puss yang berubah bentuk badan setelah dimanja oleh Fiona

Shrek bagaikan hilang arah apabila Fiona dan dua teman baiknya iaitu Donkey serta Puss tidak mengenalinya. Lebih mengecewakan apabila tiada lagi cinta sejati dan dia harus berusaha keras untuk membuktikan Fiona adalah isterinya.

Pengembaraan Shrek kali ini diserikan dengan kumpulan pemberontak gergasi hijau yang diketuai Fiona dan ramai ahli sihir yang menjadi suruhan Rumpelstiltskin. Puss tampil berbeza dengan tubuhnya yang gempal kerana terlalu dimanjakan oleh Fiona.


Princess Fiona yang bertukar menjadi pahlawan

Sebelum ini Fiona puteri yang lemah lembut tetapi dalam edisi keempat ini dia pahlawan yang berani dan disegani pengikutnya. Aksinya yang lasak menggeletek hati, apatah lagi dia lebih ‘ganas’ daripada Shrek.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews