Thursday, September 23, 2010

Tip mengadakan Rumah Terbuka

Gambar ehsan dari google

Diam tak diam, sudah 14 hari kita menyambut Aidil Fitri dan ada baki lagi 15 hari lagi untuk sesiapa mengadakan rumah terbuka. Sepanjang 2 minggu ini sudah pasti kita telah disajikan dengan pelbagai jenis menu yang berat-berat, seperti nasi beriani, lontong, mee laksa mee kari dan sebagainya. Dan kita juga di sajikan dengan air manis serta berkarbonat. Ini bukan sahaja menambahkan kalori serta pengambilan gula oleh tubuh badan malah sedikit demi sedikit telah merosakkan sistem penghadaman yang telah kita bina sepanjang sebulan berpuasa.

Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang teringin nak buat open house selepas ini, anda dinasihatkan mengikut tip2 berikut.

Sediakanlah Air Kosong selain Air Manis.
Sediakanlah air kosong selain air manis untuk para tetamu. Ini kerana kebanyakan tetamu segan untuk meminta air kosong dari tuan rumah kerana terasa seperti menyusahkan. Dengan adanya air kosong maka tetamu dapat mengurangkan pengambilan gula pada hari tersebut. Menurut pakar kita dikehendaki meminum lapan gelas air kosong sehari untuk membantu sistem penghadaman selain mengalirkannya kepada setiap organ-organ yang ada pada tubuh badan.

Perbanyakkan Sayur-Sayuran Dalam Setiap Hidangan.
Campurkanlah lebih banyak sayur-sayuran dalam setiap menu yang anda sediakan. Contohnya kuah lontong yang mengandungi sayur-sayuran. Juga lebihkan sayuran dalam mee, meehon goreng atau pasta. Anda juga boleh menyediakan salad atau vegetarian sandwic sebagai menu tambahan.

Sediakan Buah-buah
Sediakanlah sekurang-kurangnya 2 jenis buah-buahan sebagai pencuci mulut dan bukannya kek, puding atau kuih muih yang mengandungi banyak kandungan gula. Ini kerana tubuh badan kita hanya memerlukan gula dari kabohidrat yang telah kita ambil seperti nasi, mee atau pasta untuk ditukarkan kepada tenaga. Selain itu ia dapat membantu kanak2 mengambil serat dalam menu harian sekiranya mereka alergi terhadap sayur-sayuran.

4 comments:

  1. bulan Islam ade 29 hari je.... x sampai 30 hari....

    ReplyDelete
  2. pergh tips wat umah terbuka pon ada eh kak oney.. :p
    hehehehe.. time kasih.. :)

    ReplyDelete
  3. selalu keliru dengan lagu....
    "sebulan berpuasa..tamatlah hari ini"... kalo ikut kan kalendar Islam... bulan islam ade 29 hari je.... akak pun confuse tau...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews