Thursday, December 16, 2010

Catatan Pejalanan ke Bayu Beach Resort & Apartment - Siri 1

Apartment yg honeyz tinggal: Pandangan dari Pantai

Pada 11 Dec 2010, honeyz & keluarga meluangkan masa utk bercuti di Bayu Beach Resort. Percutian yang dirancang dari bulan Oct di tunda ke bulan Dec. At first, percutian ini sepatutnya disertai dengan keluarga abang honeyz, tapi cancelled last minute dsebabkan oleh masalah tertentu.

11 Dec 2010
10 pagi - Bertolak dari Rawang. Jalan sesak sepanjang Jalan Kuching menghala ke Sungai Besi.
12.30 tghari - Sampai di Bayu Beach Resort. Perjalanan yg sepatutnya singkat mengambil masa yang agak lama kerana jalan sesak sepanjang highway menghala ke Nilai. Ini kerana terdapat kereta rosak di tengah jalan.
1.00 ptg - Bengang. Sebab x check in lagi bukan sebab nama xde tapi parking space x dapat. Alasan HR husband lambat fax form ke Bayu. (Bayu buat rules baru tuk private apartment - any application kena submit within 14 days). Yang Geram tu, HR kata dah fax lama tapi Bayu x dapat form.... spoiled sungguh cuti kali ni.. Nak x nak kena parking luar... Hu hu sedih dan geram.
1.30 ptg - Baru dapat Lepak kat apartment... Lepaskan penat sambil menjamu selera dengan bekalan yang di bawa dari rumah. Geram nye pasal honeyz xmo amik gambar masa ni...

Hubby tgh menghidupkan arang

8.00 malam - Acara BBQ dari honeyz sekeluarga...Honeyz tak guna bbq space yang bayu sediakan sebab malas nak berebut... so honeyz bawa sendiri dan wat kat bwh apartment berdekatan ngan pantai...

Dh pandai Bergaya Ank sulungk
Bergambar bersama Angah & Dayana

Baik nye lepak sambil meniarap sementara tunggu bbq siap

Dh makan main bola lak

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews