Sunday, August 12, 2012

Selesai Sudah Tempahan Raya

Alhamdulillah Syukur kepada Allah s.w.t kerana walaupun kak honeyz tak berapa sihat akibat kemalangan 9hb July lepas, kak honeyz mampu menyiapkan tempahan kuih-kuih raya dengan bantuan anak-anak. Sebanyak 40 bekas tat nenas, 50 balang popiah horlicks, 20 bekas coklat, 10 set Hamper Raya, 10 balang cornflakes coklat, 2 bekas almond london serta 2 balang shortbread marble berjaya dihantar kesemuanya secara berperingkat sejak minggu lepas. Kepada customer2 akk yang tempahannya terpaksa ditolak, Akk mintak maaf banyak2 kerana keadaan kesihatan akak tidak mengizinkan kerana sehingga ke hari ini akk masih mendapat rawatan susulan di klinik berdekatan. Insya Allah tahun depan jika diizinkan Allah kak honeyz ambil tempahan kamu semua seperti tahun2 yang lepas ye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews