Selamat Datang ke Teratak Honeyz. Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda ke blog ini. Dan segala komen adalah amat digalakkan
Teratak Honeyz
- Home
- Aneka Biskut Raya
- Harga Aneka Tart
- Harga Aneka Cream Puff
- Harga Aneka Brownie
- Harga Aneka Kek
- Harga Aneka Lasagna
- Harga Aneka Muffin
- Harga Aneka Pai
- Harga Aneka Puff Pastry
- Harga Aneka Roti
- Harga Coklat Loly Bouquet
- Harga Coklat Homemade
- Harga Juadah Sampingan
- Harga Pulut Kuning
- Harga Serunding
- Tempahan dan Bayaran
- Hubungi Teratak
Thursday, December 29, 2011
Coklat Wording Warna Maroon
Monday, December 26, 2011
Thursday, December 22, 2011
Coklat bertemakan Hitam Silver

Tempahan dibuat juga dari jiran kak honeyz, shida untuk dijadikan hantaran pertunangan adiknya . Shidah minta buatkan coklat dalam 2 bekas sebab dia akan deco sendiri kotak tersebut. Disebabkan kaler silver xde so kak honeyz gantikan dengan grey kaler. Kepada Nurul Husna kak honeyz ucapkan "Selamat Bertunang" dan semoga pertunangan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Tempahan susulan: Coklat Home Made

Repeat order dari Ibu Iwan. Hari nak 2 box of 50 pcs. Tak tahulah nak makan or nak bagi orang. Anyway thanx akak.
Wednesday, December 21, 2011
Friday, December 16, 2011
Tempahan dari Ibu Iwan

Tempahan coklat dari Ibu Iwan untuk diberikan kepada emaknya yg akan balik ke kelantan hari ini. Gabungan 5 perisa (peanut, strawbery, milk, dark n white) menjadi pilihan .Tima kasih ye kak for ur continuos order and please come again.
Thursday, December 15, 2011
bX-l4u1mh - Problem untuk updating design blog
Tuesday, December 13, 2011
Kek Red Velvet

Sunday, December 11, 2011
Chicken Poket Burger
Bahan2 yg diperlukan:
roti pita
burger goreng ayamas (quick burger)
tomato, salad, timun
cili sos, tomato sos dan mayonis
cara2 membuatnya
1) panaskan roti pita di atas pan dan belah dua
2) goreng burger ayamas sehingga kekuningan
3) masukkan salad timun dan hirisan tomato dalam roti pita
4) selitkan burger dan letakkan mayonis serta cili sos.
5) siap dimakan sungguh menyelerakan
Selamat mencuba
Thursday, December 8, 2011
My 1st Bento
Nasi goreng, Ayam Goreng, Mini sosej serta timun dan baby tomato
Bento merupakan bekal makanan yang dibawa ke sekolah atau ke pejabat. Dalam bekas makanan ini di isi dengan pelbagai jenis makanan untuk mencukupkan nutrisi harian. Ianya amat popular di Jepun. Kalau dijepun mereka akan menghias bekalan ini dengan pelbagai rupa dan bentuk. Teruja sangat dengan kreativiti depa so kak honeyz pun nak mencuba juga buat bento ni walaupun anak kak honeyz sedang bercuti sekarang. Dan inilah hasil pertama ku. Agak2 bilalah berpeluang nak buat bento seperti orang jepun tu ye...
Tempahan Coklat Wording



Tempahan dari Zura- Keramat untuk dijadikan hadiah kepada sepupunya yg akan melangsungkan perkahwinan hari sabtu ini. Terima kasih kepada zura dan 'Selamat Pengantin Baru ' kepada Faa'iza dan pasangan nya Izzhan. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.
Wednesday, December 7, 2011
Keterujaan, Kegembiraan, Kehampaan dan Kesedihan ke I-city Shah Alam

So, pada hari Ahad (4hb December) kak honeyz sekeluarga berpeluang pergi ke sana buat pertama kalinya, setelah sekian lama mengidam nk pergi. Itu pun sebab KFC menganjurkan Programme “KFC Safari Explorers”. Kami pergi 2 keluarga. Pergi awal dalam pukul 3.30 petang sbb nk explorers program yang KFC buat sementara tunggu malam nak amik gambar.
So mari lihat kenapa disebalik Keterujaan ini ada 3 lagi Ke… yang mengekor
Keterujaan – Sebab Memang dah lama nak pergi, tapi x dapat pergi sbb sibuk ngan tempahan customer.
Kegembiraan – Gembira kerana berjaya juga menjejakkan kaki ke I-City. Anak2 pun gembira dengan aktiviti yang KFC sediakan.
Kehampaan – Dalam pukul 6 petang hujan turun selebat2 nya. Kami yg baru hendak berjalan2 ke kawasan berlampu2 terpaksa tundakan sekejap sambil mengikuti kembali aktiviti yang dibuat oleh KFC di bawah canopy yang terpsang. Outdoor games x bleh main. Waktu ni ada setengah pokok2 sudah mula disinari cahaya. Tapi x bleh nak bergambar sbb kilat sabung menyabung sampai ke tanah.
Kesedihan – Dalam pukul 8 malam hujan dah semakin reda.. niat di hati bolehle bergambar walaupun tanah becak. Tapi sedih sbb x dapat juga bergambar… sebab abang kak honeyz terima call suh pergi ke hospital. Mak sedara kak honeyz sedang tenat akibat dari kemoterapi yang dia buat khamis lalu. Sedih meninggalkan I-city dan sedih juga melihat keadaan maksu yang terpaksa melawan tindak balas kemoterapi yang baru di buatnya.
Kepada maksu dan keluarga, kak honeyz harap bersabar dalam setiap ujian dari Allah s.w.t dan honeyz doakan semoga cepat sembuh ya.
Tuesday, December 6, 2011
200 biji marble muffin
Monday, December 5, 2011
700 biji mix chocolate n vanila muffin


Tempahan dari sahabat lama untuk majlis perkahwinan adiknya. Semoga berpuas hati dengan tempahan ini. TQVM ye friend.
Thursday, December 1, 2011
Mix Cheese Tart - Cubaan untuk Pos
Monday, November 28, 2011
Bluebery n Strawbery Cheese tart
Saturday, November 26, 2011
Mix Cis tat Lagi
Friday, November 25, 2011
700 biji mix cis tat serta 30 box doorgift
Thursday, November 24, 2011
130 box doorgift coklat
Thursday, November 17, 2011
Coklat Loly Bouquet & Coklat Wording Tema Oren Putih


Tempahan Coklat loly & wording bertemakan oren dan putih ini di tempah oleh Nor & Zul untuk Majlis perkahwinan adiknya dan nor juga telah membeli lagi sejambak loly coklat untuk diberikan kepada cikgu anaknya. Tima kasih byk2 ye nor sbb slalu melanggan coklat dengan akak.
Tuesday, November 15, 2011
Tempahan Coklat Wording


Tempahan minggu ini dibuat oleh rakan facebook yang baru dikenali, Adik Nora dari UITM Shah Alam. Nora menempah 2 set Coklat wording 35pcs. Kombinasi kaler dan susun atur coklat adalah dari ilham adik nora sendiri. Cuma coklat smiley aje yg x dapat dimuatkan dalam kotak tersebut. Apa2 pun tima kasih banyak2 dan harap adik Nora berpuas hati.
Sunday, November 6, 2011
Friday, November 4, 2011
Brownie

Thursday, November 3, 2011
Chewy Gooey Yummy Brownie

Harga: RM13 (saiz 6x6 in)
Harga: RM38 (Saiz 10x10 in)
Ramuan: Butter, Brown Sugar, Coklat Compound, Telur, Serbuk Coklat, Coklat Emulco, Tepung, Almond Stripe
Tuesday, November 1, 2011
Novel Kuseru Rindu Itu dan Novel Biarkan Ia Berlalu

Jumlah M/s: 729
Harga Asal RM26
Penulis : Hanni Ramsul


Jumlah M/s : 1140
Harga Asal : RM37
Penulis: Sha Ibrahim
Merupaka seorang penulis baru. Tapi hasil penulisannya setanding dengan penulis2 sedia ada. "Biarkan Ia berlalu" merupakan Novel pertama beliau yang dicetak. Untuk menilai hasil karyanya bolehlah klik disini:
Monday, October 31, 2011
Lagi Brownie Cheese
Ni tempahan untuk hari ini. 3 set brownie cheese bersaiz 6x6 in dari CIMB jalan Tun Perak. Thanx for ur order.
Sunday, October 30, 2011
Saturday, October 29, 2011
Doorgift Coklat
Thursday, October 27, 2011
Tempahan Cheese tat




Wednesday, October 26, 2011
Tempahan brownie cheese dan cheese tat
Tempahan ini dibuat oleh ex-schoolmate kak honeyz, erni dan officemate nye. kali ini brownie cheese yang ditempah adalah bersaiz kecil iaitu 6x6in berbanding saiz biasa yang kak honeyz buat iaitu 10x10 in. selain brownie cheese erni menempah sebanyak 80 cheese tat blueberry, coklat dan plain. Thanx ye dear.
Kepada sesiapa yg nak tempah brownie cheese bolehlah hubungi kak honeyz ye.
Friday, October 21, 2011
Roti Jala



Kepada sesiapa yang mahu menempah roti jala boleh hubungi kak honeyz melalui sms atau email. Kak honeyz jual roti jala ni bersama kuahnya sekali. Harga2 boleh dilihat pada halaman "Harga Juadah Sampingan" ye.
Fakta: Roti jala atau roti kirai merupakan makanan tradisi malaysia sejak turun temurun lamanya. Roti jala ini dibuat daripada tepung gandum yang di adun bersama dengan susu serta air. Ianya sesuai dimakan dengan kuah kari ayam/daging. Untuk negeri2 disebelah Utara Malaysia, Roti jala ini dimakan bersama-sama dengan kuah durian.