Tuesday, May 18, 2010

Cara-Cara Membentuk Minda Anak

(Credit to Google for the Image)

Biasanya minda kanak2 terbentuk melalui pengalaman mereka semasa berada di dalam ataupun di luar rumah. Akan tetapi, kaedah terbaik untuk membentuk perkembangan minda kanak2 adalah menerusi bahan bacaan, lukisan dan penceritaan. Menerusi kaedah ini, kanak-kanak terdidik secara tidak langsung mengenai cara berkomunikasi, berekspresi, sekaligus menimba pelbagai ilmu dan pengalaman untuk menyediakan diri ke peringkat umur yang lebih dewasa.

Oleh yang demikian, ibu bapalah yang harus memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan minda anak2 kerana pada peringkat permulaan kanak2 banyak bergantung kepada kedua org tuanya dan org disekeliling untuk mempelajari pelbagai pengalaman hidup.

Kanak2 boleh dibahagikan kepada 4 peringkat umur dimana keperluan dan tahap kefahaman mereka adalah berbeza antara satu dengan yang lain:-

a) Bayi - Kanak2 berumur 1 - 2 tahun
Bagi kanak2 kategori ini, mereka masih belum boleh membaca. Jadi kita haruslah membentuk minda mereka melalui penceritaan:-

- melakukan gerak laku ketika bercerita

- perbanyakkan memek muka ketika melakonkan watak cerita

- gunakan ayat ringkas serta mudah difahami

- gunakan boneka ketika bercerita


b) Bertatih - Kanak2 berumur 2 - 3 tahun
Untuk kanak2 ini anda digalakkan
:-
- menggunakan perkataan pendek, ringkas serta 'catchy'

- serta gambar-gambar yang berkaitan penceritaan

- menyelitkan unsur2 nyanyian yang mudah dan dekat dengan sesuatu aktivitinya

Contoh: Lagu 'Saya ada kucing' sambil menunjukkan seekor kucing yang mana ekornya panjang.


c) Kanak2 Pra Sekolah - Kanak2 berumur 3 - 4 tahun

- Pada fasa ini kanak 2 sudah mula keluar sedikit daripada persekitaran atau pengalaman biasanya yang lebih kecil. Kini pengalaman dan pengetahuan kanak-kanak semakin luas. justeru corak penceritaan juga menjadi semakin luas. Sebagai contoh kita boleh tentang binatang2 yang belum pernah dijumpainya.
- Boleh juga membacakan bahan bacaan yang ringkas serta mempunyai tauladan seperti arnab dan kura-kura.


d) Tadika - Kanak2 berumur 5 - 6 tahun

- Pada peringkat ini kanak2 semakin seronok untuk mendengar cerita atau
membaca buku cerita yang bersesuaian dengan umur mereka

- Tambahkan nyanyian yang lebih komplek serta mengandungi maksud yang lebih
mendalam

- perkayakan perkataan baru pada setiap hari (x kiralah 1 atau 2 perkataan)

- giatkan perlakuan dan nada suara

- penggunaan bahasa yang berulang2 boleh membantu anak anda meperkayakan
perkataan dan pengetahuannya.


Tip memilih bahan untuk anak anda
- Pilih buku mengikut kemampuan anak

- Buku yang dipilih untuk bayi seelok-eloknya uku yang diperbuat dari fabrik
dimana
ianya lembut serta tidak tajam
- Pilih muzik yang rancak sekiranya anda ingin mengajar mereka menyanyi

- Belikan buku atau alat yang lebih besar untuk kanak2 kecil dan sebaliknya untuk
kanak2 yang lebih besar
- Pilih buku bergambar untuk kanak2 berumur 2 - 3 tahun.

- Pastikan anda membaca buku cerita yang besesuaian dengan umur anak anda.


Segala maklumat dan tip2 ini dipetik daripada Prof. Madya Dr. Bustam Kamri, pensyarah pendidikan awal kanak2.

7 comments:

  1. gud info kawan.. :-) sangat berguna..
    tapi saya tambahkan sedikit bleh?kalau nak buang silakan..hehe..
    ajarlah anak anda dari kecil itu tata cara dalam mengaji quran.. sebab al-Quran lah yang membuatkan otak bersih dan lebih memberi idea yang bernas :-)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih wadud. Honeyz suka wadud selalu respons pada posting honeyz... Sila-sila kan jengah selalu. Ok

    ReplyDelete
  3. wah! good info le honey... mmg tgh nak membentuk minda si Wawa tu yg berusia 2 tahun 4 bulan. sgt petah bercakap so nk ajar dia bercakap benda2 yg perlu... :D.

    nak tambah sket gak... jgn lupa ajar anak pendidikan seks (bkn seks 'itu') tp ajar anak perempuan sifat malu, dan anak lelaki dan perempuan kena diajar perbezaan gender dan apa yg perlu diorg hadapi bl berdepan ngan kawan different gender... :D. sekarang ni smakin kurang dididik sifat malu bg anak perempuan... cthnya kecik2 lagi dh biar anak bolen tak pakai seurat benang masa nak gi mandi, biar le dia berlarian dlm umah dgn keadaan bolen tu... :D. sekadar perkongsian...

    ReplyDelete
  4. Puteri. Disini kita boleh bertukar-tukar pandangan dan pendapat untuk dikongsi bersama. Jgn lupa singgah lagi ye...

    ReplyDelete
  5. sekarang nih mak pak dah malas nak bacakan buku untuk anak. so how?

    ReplyDelete
  6. kalau malas kenalah rajin2 diri ok...

    ReplyDelete
  7. info yang menarik..saya suka..=)
    cuma color text tu hijau, x boleh baca terpaksa select utk baca..tp itu x jd masalah..hee.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews