Friday, May 21, 2010

5 Tip Menahan Marah


Setiap manusia mempunyai sifat marah dan sabar sebenarnya adalah penghalang sifat itu. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya, apabila hilang sabar maka timbullah kemarahan.

Marah Menurut Imam al-Ghazali Sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.

Erti Marah dari sudut Perubatan
Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF.

Apa yang berlaku apabila anda marah?
i) Degupan jantung meningkat
ii) Tekanan darah meningkat

iii) Pernafasan menjadi cepat dan pendek
iv) Mengalami ketegangan otot-otot

v) Paras hormon (adrenalina dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan badan terasa kuat dan pantas


Ada 5 kategori marah
i. cepat marah atau marah tidak bertempat,
ii. marah pertengahan (mampu mengawal marahnya atau marah bertempat),

iii. marah sederhana,

iv. tidak tahu marah

v. marah keterlaluan.

Menurut Imam Al-Ghazali lagi, 10 punca menyebabkan sifat marah:
1) rasa bangga diri (sombong)
2) takjub kepada peribadi sendiri

3) suka bergurau senda yang berlebihan dan melampaui batas

4) suka bercakap perkara sia-sia

5) suka membuat fitnah

6) suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara

7) khianat

8) tamak kepada harta dan pangkat

9) tidak dapat mengendalikan nafsu

10) emosi dengki dan irihati.


Apabila seseorang itu marah maka pergerakan fizikalnya akan turut berubah. Api kemarahan yang semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina.

Orang yang sedang marah akan merendah-rendahkan orang dimarah, muka dan matanya menjadi merah, badannya terketar-ketar, tangan dan kakinya menjadi ringan untuk memukul dan menghentam, akalnya pada waktu itu tidak digunakan secara betul, semua tindakan mengikut nafsu kemarahannya.

Imam Al Ghazali juga menerangkan bahawa perasaan marah boleh diatasi dengan ilmu pengetahuan dan berikut adalah ....

5 tip untuk menahan perasaan marah..
1) Ingat balasan tuhan tentang sifat marah yang keterlaluan
2) Mengingati saranan Islam dalam keutamaan dan kelebihan bersikap positif dalam segala aspek. Sentiasa bersopan-santun, menghormati dan menahan marah yakni sabar

3) Permusuhan adalah sesuatu yang buruk dan fikirkan tentang akibat buruk daripada perlakuan itu

4) Cuba anda gambarkan rupa anda ketika sedang marah. Betapa buruknya wajah anda tatkala sedang marah.

5) Renungkan apakah sebab kita tidak dapat menahan marah dan cuba memperbaiki diri sendiri.


** Oleh yang demikian marilah kita mengawal sifat marah kita sebagaimana hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.”***

4 comments:

  1. thanks 4 de tips... hehe, sori da lame x singgah... ;D

    ReplyDelete
  2. gud info kawan.. :-)
    terus terang, saya antara orang yang cepat marah.. :p

    ReplyDelete
  3. nice tips..tq 4 sharing..
    peace ya..
    (^__^)v

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews