Thursday, May 13, 2010

Belimbing Besi dan Khasiatnya

Image: credit to Google

Pokok Belimbing Besi merupakan tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Juga dikenali dengan nama saintifiknya Averrhoa, Carambola, Averrhoaceae tau Oxalidaceace. Belimbing besi juga dipanggil starfruit di dalam bahasa Inggeris.

Belimbing besi ini berasal dari Sri Lanka dan popular di seluruh Asia Tenggara. Mempunyai pokok yang yang renek dan berbungan putih keungguan di hujung rantingnya. Warna buahnya adalah hijau sehingga kuning keemas dan apabila dipotong ianya menyerupai bentuk bintang.Ia juga sesuai dijadikan sebagai pokok penghias laman.

Khasiat
Buah belimbing ini mengandungi banyak air, berjus dan juga berserat dan amat berkhasiat untuk:

1. Menurunkan tekanan darah tinggi.

2. Sebagai antioksida yang boleh mengawal penyebaran sel barah atau kanser keseluruh tubuh badan pesakit.

3. Melancarkan sistem pencernaan dan juga menurunkan paras kolestrol dalam badan kita.

4. Sebagai agen pembersih usus perut.

5. Membekalkan vitamin C, zat besi dan kapur yang baik untuk kesihatan.

Cara pengambilan
1. Mengamalkan meminum jus ini setiap pagi tanpa dicampurkan bahan lain seperti gula. Buah yang digunakan mestilah yang telah matang dan masih hijau.

2. Boleh juga dimakan begitu sahaja sebagai pencuci mulut selepas makan.

3. Dicampurkan dalam pelbagai jenis masakan seperti gulai lemak, kerabu, halwa dan sebagainya.



2 comments:

  1. dulu penah tanam...rindu dkt arwah pokok belimbing

    ReplyDelete
  2. Kalau sesiapa yang mempunyai laman yang luas, lebih baik tanam pokok belimbing ni.. sebab banyak khasiat boleh kita dapat darinya

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews