Friday, May 14, 2010

Telemovie 'Salam Terakhir' di Astro Prima


Hari Ahad lepas pukul 9malam honeyz tengok cerita ni di saluran Astro Prima. Kebetulan malam tu husband honeyz gi main badminton dgn anaksulung honeyz. Dan secara tak sengaja dia bukakan saluran tu. Selama hari dia sorang aje yang menonggok depan tv tu sebab kitaorg x suka dia tukar2 chanel.

Disebabkan dia xde dan honeyz pun ambil peluanglah tengok drama tu dengan my second boy and youngest daughter. Cerita ni amat menyentuh hati honeyz ngan my girl. Dari mula sampailah abis honeyz nangis sampai sedu sedan. Sedih sangat tengok lakonan Zul Huzaimy ni. Walaupun x banyak cakap tapi gaya lakonannya buatkan air mata honeyz ni meleleh aje. Sampai Abg ngah cakap ... la mummy ni asyik nangis aje.. ni yang bosan tu.... Lastly on Monday morning mata honeyz bengkak masa pegi keje... abih sume office mate tanya napa mata.... tu yang honeyz nak gelak tu... tengok tv sampai bengkak mata....

Malam semalam pun ada dia nye ulangan.. Kali ni hubby lak tengok... honeyz tengok lat lat aje sebab ada keje... ingatkan x nangis... tapi nangis lagiii... nasib baik honeyz tengok part last aje...


Pada member2 yang nak tengok cerita ni bleh ar tengok esok 15hb ada dia nye ulangan lagi.. dan ini sinopsis dramanya

'Salam Terakhir' lakonan Zul Huzaimy, Intan Azura, Kaza, Memey Suhaiza dan Fadilah Mansor. Ia mengisahkan Salem, seorang peguam dan peminat fanatik Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Namun, dia dihalau bapa kandungnya kerana terlalu marah selepas Salem tewas dalam satu kes mahkamah yang membabitkan adiknya, Sulaiman. Disebabkan kekalahan itu, Sulaiman dijatuhi hukuman mati atas tuduhan mengedar dan memiliki dadah. Salem yang diharamkan dan disumpah bapanya supaya tidak lagi menjejakkan kaki ke kampung, semakin tertekan apabila dia disahkan doktor menghidap barah otak. Malah, Salem juga di ambang perkahwinan dengan kekasihnya, Zulaika.

***Syabas honeyz ucapkan pada pelakon2 'Salam Terakhir' diatas lakonan mereka yang mantap***.

8 comments:

  1. kita ada tengok nih . .sedeh . .dia mati kt dpn umah sendiri . lps kawen plak tuh . .:(

    ReplyDelete
  2. a'ahh dah tengok hr tu..sedih tau..nak2 kuar lagu salam terakhir tu..sayu jerk rasenyer..

    ReplyDelete
  3. ehmmmm dengar ajer sbb lepak depan pc..

    ReplyDelete
  4. Pinjam sinopsis yer kak..sapa2 yg xsempat tgk..leh donlot kat jiwang.tv..aku ada rekodkkan..thanks

    ReplyDelete
  5. kira berjayalah pengarah dan penulis skripnya bila ramai penonton menghayati dan menangis tersedu-sedu depan tv. he he.. cerita ni saya tak tengok tapi masa tengok cerita Cinta si pengali kubur lakunan nasir bilal khan, tersyahdu juga kita.

    ReplyDelete
  6. Macam mana nak download cite ni

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Followers

Total Pageviews